CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4880|Reply: 13

Nikmati Lemang Tanpa Perlu Susah Payah Cari Buluh

[Copy link]
Post time 26-7-2016 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Lemang merupakan makanan warisan tradisional nenek moyang yang tidak akan dilupakan dan akan menjadi makanan atau hidangan wajib pada setiap perayaan.

Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi.

Ramai yang gemar makan lemang ini berbanding membuatnya kerana prosesnya agak sukar dan susah untuk mencari buluh.



Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak.

Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.

Tapi, kini anda tidak perlu susah-susah untuk membuat lemang kerana ada cara mudah dan dikenali sebagai lemang segera. Selepas ini mudahlah untuk makan lemang, boleh buat sendiri. namun, penulis tidak pasti pula rasa lemang tanpa menggunakan buluh ini.

Resepi lemang dikongsikan oleh Hamidah M. Ibrahim di laman Facebook miliknya.



Cara-cara penyediaan lemang tanpa buluh :

1) Tanak pulut susu bersama santan asli dan sedikit garam.

2) Matikan api bila santan dah kering dan pulut masih separuh masak.

3) Dapatkan 2 jenis daun pisang, yang pucuk muda dan yang tua.

4) Balut pulut dengan pucuk muda dahulu dalam keadaan daun melintang.

5) Di bahagian luar balut seperti biasa seperti kuih lopeh.

6) Kukus 30-40 minit

7) Bila masak, grill sebentar hingga garing bahagian luar daun.

8) Buang daun balut sebelah luar dan tinggalkan bahagian daun muda.

9) Lemang dah pun siap! Bolehlah potong seperti lemang biasa.

Selamat mencuba! Kalau sudah cuba, jangan lupa kongsikan di CARI ya.


Sumber : Resepi Sedap
Kredit : Facebook Hamidah M. Ibrahim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2016 03:26 PM | Show all posts
Aku dah lama buat lemang gaya gini...maintain rasa lemak lemang tapi takde la aroma buluh tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm leh cuba wat ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 06:38 PM | Show all posts
sedapnya lemang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam buat buras. Sedapnya lemang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 02:50 PM | Show all posts
rasapulut panggang ler jadinya cuma xde inti


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2016 03:17 PM | Show all posts
xsama rasa dia..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 06:33 PM | Show all posts
lemang mmg sedap pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2016 03:41 PM | Show all posts
mcm pulut panggang pulak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 09:19 AM | Show all posts
very high cholesterol
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 09:21 PM | Show all posts
indon takleh nampak ni nanti dia claim dia punya
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 04:38 PM | Show all posts
boleh try ni..malas nak cari kt meru sana..dahla kena amik nombo sebab terlalu ramai kestemer dia..lemang dia sedap gila..tapi takpelah tahun ni buat cara bgini aje..yg penting rendang daging sendiri bikin.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2017 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
2 in 1

Kuih lopeh n lemang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2017 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti boleh detect rasa lain tak sesedap yg ori
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.060277 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list