CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 635|Reply: 0

DAP Bakar Sentimen Agama Hanya Untuk Menutup Isu Guan Eng

[Copy link]
Post time 28-7-2016 05:38 PM | Show all posts |Read mode
DAP Bakar Sentimen Agama Hanya Untuk Menutup Isu Guan Eng

By redzuan


Rakyat Malaysia diingat supaya tidak tertipu dengan kata-kata manis pihak pembangkang memandangkan mereka terus memasang  jerat untuk mempedayakan rakyat apabila agama dipermainkan tanpa rasa bersalah untuk membakar sentimen masyarakat Melayu.
Serangan yang dilakukan ke atas ajaran Islam sedang dilakukan tanpa mengira sensitiviti kaum Melayu. Isu yang berkaitan dengan agama dilakukan adalah bertujuan untuk melakukan pengalihan isu yang sedang hangat diperkatakan berikutan pendakwaan Guan Eng terhadap isu rasuah.
Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri, berkata tindakan DOJ itu tidak langsung ada kaitan dengan bangsa atau agama, Tepat  sememangnya ianya tiada kaitan dengan bangsa dan agama tetapi  yang mengaitkan bangsa dan agama ini adalah DAP , Parti yang disokong Ahli Parlimen ini.
Semua orang faham tentang hal ini. Isu yang dibangkitkan oleh DoJ adalah susulan dari permintaan pembangkang sendiri  dengan menjemput campur tangan asing ke dalam sistem  politik Negara. Semua rakyat Malaysia jelas tentang hal ini kecuali sekutu pembangkang sahaja.
Adakah ini serangan ke atas Islam? Jawapannya “Ya”. Ini adalah serangan ke atas agama Islam di Malaysia yang dimulakan oleh Teressa Kok yang mempertikaikan pengagihan wang zakat dan Nga Kor Ming pula mempertikaikan amalan sedekah oleh umat Islam sebagai rasuah.
Fakta ini dilihat sebagai langkah  untuk menutup skandal  rasuah, salah laku, kemungkaran yang dilakukan oleh Guan Eng  sebagaimana  dilaporkan. Pengalihan isu ini biasa dilakukan oleh DAP sebagaimana ancaman saman dibuat ke atas mana-mana ahli politik yang membangkitkan isu dana Israel  RM1.2 Billion sebagaimana didedahkan.
Hakikatnya, penyelewengan yang didedahkan itu melibatkan salah laku yang berlaku di dalam DAP dan ianya melibatkan kepentingan peribadi   dan menyalahi peraturan amalan biasa.
Menjemput Amerika Syarikat masuk campur hal ehwal dalaman  Malaysia mengaitkan ianya sebagai konspirasi jahat pembangkang  ke atas negara, tambah buruk lagi, ia bakal mengakibatkan satu kebenaran untuk kita rakyat Malaysia berhadapan dengan agenda yang lebih parah lagi.
Perlakuan jenayah tidak mengenal bangsa, budaya mahupun agama atau mana  mana parti, justeru itu pendakwaan keatas Guan Eng bukan satu kesalahan dimana ianya telah disiasat dan mempunyai dokumen yang sah sebagai bukti.
Kenapa dalam hal ini  penafian dan pembohongan dengan menuduh ianya satu konspirasi yang dilakukan oleh kerajaan terhadap Guan Eng. Dalam melaungkan ketelusan dan keadilan sebelum ini oleh DAP sudah bertukar kepada konspirasi apabila pemimpin mereka didakwa.
Tindakan sivil oleh DOJ boleh dilihat sebagai campur tangan Amerika dalam hal ehwal dalaman Malaysia memandangkan mereka  ini dijemput untuk melakukannya. Jemputan campurtangan ini telah dibuat oleh pihak  yang berkaitan dengan pembangkang.
Ketika ini rakyat sedang melihat permainan DAP dalam usaha untuk membina jambatan ketiga di Pulau Pinang, tetapi rakyat juga akan mengemukan satu siasatan lengkap dibuat dimana  penyalahangunaan wang rakayt yang cukup banyak jika pembatalan Terowong dasar laut dilakukan.
Siasatan seharusnya dibuat kerana ianya melibatkan  pengadaian  tanah kepada pemaju telah dilakukan.  Penyalahgunaan Dana awam sebanyak RM305 juta telah dileburkan  dengan sia sia.
Tapi kita tahu jentera DAP berkerja 24 jam sehari untuk mengalihkan isu pendedahan dan tindakan undang-undang terhadap Guan Eng  dengan memuatnaikan isu lain dalam apa cara dan keadaan pun. Kenyataan-kenyataan dari pemimpin DAP juga turut dilakukan untuk melakukan penafian.
Rakyat dalam desakan menyebut bahawa Guan Eng mesti  melepaskan jawatannya sekarang sebagaimana saranan DAP kepada pemimpin yang lain apabila mereka didakwa. Kebalkah DAP dengan tidak mahu mendengar apa yang rakyat mahukan?
Satu serangan politik yang keterlaluan ke atas kerajaan dan agama Islam adalah untuk mewujudkan satu suasana yang tidak selesa dengan isu yang sensitif kepada orang Melayu dan  penganut agama Islam.
Jangan menipu rakyat jelata dengan menolak kebenaran itu hanya kerana ia dimulakan oleh DAP sebuah parti perkauaman, kejam , zalim serta penindas.
  • PRU14.tv



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.056260 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list