CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 856|Reply: 0

Peguam Negara Sindir Gobind Singh Deo, Anggap Peguam Itu Keliru

[Copy link]
Post time 28-7-2016 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Peguam Negara Sindir Gobind Singh Deo, Anggap Peguam Itu Keliru

By Papa Diva

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyelar Ahli Parlimen DAP-Puchong Gobind Sing Deo kerana mempertikaikan peringatan terakhir yang diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Beliau turut menyifatkan peguam yang mewakili parti pembangkang itu sedang dalam kekeliruan.
Mohamed Apandi secara sindiran berkata, Gobind telah berdepan konflik kepentingan antara tugasnya membela Guan Eng dalam dua pertuduhan rasuah yang dihadapinya dan kedudukannya sebagai pemimpin politik.
Memetik laporan Utusan Malaysia, kenyataan peguam itu supaya Mohamed Apandi berhenti mengugut Guan Eng tidak relevan kerana sudah jelas anak guamnya yang juga Setiausaha Agung DAP perlu berhenti daripada mengulas tuduhan mahkamah yang dihadapinya.
“Gobind keliru dan beliau meletakkan dirinya dalam konflik kepentingan antara tugas seorang peguam dengan peranannya sebagai ahli politik,” katanya dalam laporan akhbar tempatan itu.
Beliau diminta mengulas tentang tindak balas Gobind berkaitan peringatan yang bersifat amaran akhir semalam yang dikatakan seperti mengugut Guan Eng anak kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu.
Melalui satu kenyataan media semalam, beliau menegaskan Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang mempunyai hak untuk memberikan penjelasan ke atas dua pertuduhan yang ditanggungnya.
Guan Eng sebelum ini beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang dilihat ramai berunsur subjudis apabila secara konsisten mendakwa pertuduhan ke atas-nya berhubung pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran sebagai berniat jahat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Sehubungan itu, tegas Mohamed Apandi, cukup setakat itu kenyataannya terhadap reaksi Gobind dalam hal ini kerana beliau tidak berhasrat untuk menambah lagi ‘kekeliruan’.
PRU14.tv


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.055773 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list