CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 852|Reply: 0

Siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat

[Copy link]
Post time 28-7-2016 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Bertujuan Elak PRU Lebih Awal Di Malaysia

By Papa Diva July 25, 2016 : 1:27 pm


Ramai penyokong kerajaan sudah tahu bahawa tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan tindakan sivil adalah kerana aduan yang dibuat oleh kumpulan yang anti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didalangi Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK) dalam entrinya berkaitan kes ini menulis ada tradisi di Amerika Syarikat (AS) di mana seseorang boleh membayar firma di sana dengan wang yang banyak sehingga membolehkan kes mereka didengar dengan cepat.
Menurutnya lagi, biasanya perkembangan selepas itu tidak menarik tetapi pihak firma akan memastikan kes itu akan menjadi kecoh serta mendapat liputan meluas.
Pasti ada niat tertentu kumpulan Dr Mahathir sehingga sanggup membuat aduan dan membayar jutaan ringgit untuk memastikan aduan mereka didengar dengan cepat dan kemudian membuat kontroversi di negara ini.
Ada pihak berpendapat mereka yang melakukan perkara ini sebenarnya bertujuan menghalang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 diadakan lebih awal daripada tahun 2018 iaitu tahun mandat Barisan Nasional (BN) untuk pada PRU ke-13 tamat.
BN digesa mengadakan PRU14 lebih awal memandangkan momentum sokongan kepada BN semakin kuat selepas kejayaan menang besar di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Pastinya, untuk mematahkan sokongan kuat rakyat kepada BN itu gerakan Dr Mahathir perlu mempunyai satu perancangan yang besar yang mampu mewujudkan persepsi yang kuat untuk buat rakyat curiga sekali lagi kepada Najib.
Dulu, tohmahan bahawa ada wang RM2.6 bilion dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dimasukkan ke dalam akaun Najib tidak menjadi selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan mengesahkan wang itu memang sumbangan derma dari keluarga Diraja Arab Saudi.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah mengesahkan perkara itu dan menganggap siasatan oleh SPRM selesai dan Najib tidak ada keperluan untuk didakwa di mahkamah.
Mereka agak dengan langkah terbaru ini, mereka mahu PRU14 yang mereka amat takuti itu tidak akan diadakan lebih awal seperti yang diperkatakan.
Najib sebelum ini pun mengatakan tidak ada keperluan lagi untuk mengadakan pilihan raya awal seperti yang diperkatakan.
Kumpulan yang anti-Najib ini sahaja yang begitu takut dengan bayang-bayang mereka sendiri sehingga betul-betul mahu menggagalkan apa yang hanya sekadar ramalan sahaja berkaitan pilihan raya awal berkenaan.
PRU14.tv



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.604588 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list