CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1024|Reply: 0

Saari Sungib Mahu Azmin Buang PAS

[Copy link]
Post time 28-7-2016 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Saari Sungib Mahu Azmin Buang PAS Dari Kerajaan Selangor?

By Papa Diva July 25, 2016 : 12:02 pm


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib ketika ini mendesak Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membuat keputusan berkenaan parti PAS yang masih diberikan empat kerusi Exco dalam kerajaan negeri biarpun sudah tidak berada dalam pakatan pembangkang.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, turut melibatkan istana dalam desakan itu dengan mengatakan pihak istana yang mahu kerajaan negeri dianggotai oleh majoriti orang Melayu.
“Dengan hormat kepada Azmin, saya masih bantu dan sokong kerana beliau cuba bermain dengan budaya yang bahaya iaitu permainan politik istana.
“Isu yang akan ditekan di kerajaan Selangor ini (perlu) diterajui oleh majoriti Melayu,” kata Saari.
Jika dakwaan ini benar, beliau berkata, Azmin perlu sebaliknya memaklumkan kepada baginda bahawa Selangor mempunyai lapan anggota exco kerajaan negeri berbangsa Melayu daripada 11 orang.
Beliau membuat kenyataan yang merujuk kepad Azmin itu dalam satu forum yang dianjurkan oleh Gerak Budaya di Petaling Jaya malam tadi.
Ketika ini, kerajaan pimpinan Azmin terdiri dari PKR, PAS dan DAP walaupun pembangkang kini berpakat dalam pakatan baru iaitu Pakatan Harapan tanpa PAS.
Mereka berjaya menang Kerajaan Negeri Selangor itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ketika itu pembangkang bekerjasama dalam Pakatan Rakyat yang sudah terbubar.
Kini, PKR bergabung dengan DAP dan PAN tetapi PAS terus diberikan empat kerusi Exco kerana kerjasama itu.
Pakatan Harapan PKR, DAP dan PAN boleh membentuk Kerajaan Negeri Selangor dengan jumlah 30 ADUN tetapi mereka hanya ada 12 orang wakil rakyat Melayu berbanding dengan 25 orang jika bersama PAS dalam kerajaan negeri.
Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai 56 kerusi.
PAS dan PKR masing-masing mempunyai 13 kerusi manakala DAP 15 kerusi. AMANAH memiliki dua kerusi, Umno 12 manakala Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah ADUN bebas tunggal selepas dipecat daripada PKR.
Azmin bagaimanapun enggan mengulas dakwaan dan desakan Saari ini.
PRU14.tv



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.054404 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list