CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2130|Reply: 17

BRIM..BIJAK TAK NAJIB

   Close [Copy link]
Post time 10-8-2016 11:44 AM | Show all posts |Read mode




Di awal perlaksanaannya, ramai pihak yang mempertikai BR1M dengan pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan dan Perdana Menteri Najib Razak termasuklah kononnya BR1M itu adalah rasuah. Ingin penulis merakamkan rasa kasihan apabila kebodohan mereka telah menjadi perhatian ramai kerana bantuan yang hampir sama juga dilaksanakan di negeri-negeri yang mereka tadbir atas alasan “kebajikan”, waima dengan jumlah yang jauh lebih kecil berbanding BR1M.
Tidak perlulah kita nafikan bahawa ramai di kalangan pembangkang sendiri dengan rela hati membuat permohonan bantuan tersebut.
Umumnya, ramai pengalisis ekonomi (bukan politik) bersetuju dengan pemberian BR1M, iaitu mewujudkan kesan positif berganda kepada rakyat dan negara yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah meningkatkan perbelanjaan masing-masing sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi.
Pengarah dan Ketua Serantau Pasaran Modal Ekuiti RHB Investment Bank, Gan Kim Choon sebelum ini pernah berkata, perbelanjaan rakyat amat membantu dalam memacu ekonomi kerana langkah itu menjana pertumbuhan perniagaan domestik. Malah katanya, BR1M dapat merangsang ekonomi dalam jangka masa panjang.
Menurut portal berita TheGuardian, 35 pakar ekonomi di Britain sepakat dengan idea yang sama, bahawa menyediakan wang secara langsung kepada isi rumah akan menjadi dasar yang paling berkesan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak, BR1M telah diperkenalkan pada 2012, bukan sahaja sebagai cara untuk membantu rakyat, tetapi juga untuk merangsang ekonomi negara dengan perbelanjaan hasil dari pemberian BR1M. Ia juga bertindak sebagai pelopor agenda memulangkan lebihan pendapatan negara kepada rakyat, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Mereka baru terfikir, kita sudah melaksana!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
BR1M SUDAH BUKAN DEDAK LAGI

Dulu Tun Mahathir menfitnah DS Najib kononnya BR1M itu rasuah dan tidak HALAL. AkIbat percaya dengan Tun, Najib dihina oleh semua orang.

Walaupun teruk DS Najib difitnah dan diaibkan, akhirnya Tun M sendiri sekarang mengakui BR1M itu adalah satu inisiatif yang bagus untuk rakyat.

Sabar DS Najib, Allah selalu akan bantu orang yg teraniaya...

#BahayaFitnah
#SalahUndi
#MaafkanKamiDSNajib
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
DSN always in my heart.
Motif nak jadi piyem sbb nak jatuhkan DSN je
Keje mana tau nak buat
Sepatutnya bentuk kabinet, penuhi manifesto, tenangkan keadaan semasa peralihan kuasa
Tp yg patut buat, dia tanak buat
Sibuk kejar dan kerjakan kerajaan terdahulu
Lenkali kalau dah lupa cara nak memerintah negara, jangan ganggu pemimpin sedia ada...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Katenye lpsni still ada brim...tp hanya kpd yg btul2 memerlukan. Bagus jugak.....sbb iols menyampah dgn org yg update nak beli handbag bile dpt brim....patutnye simpanlah utk anak2 ke.

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 06:36 PM | Show all posts
syukur la yg bongkak dan tamak sudah insap... sudah dekat dgn masjid dan pergi terawih tiap2 malam...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 06:45 PM | Show all posts
sebab tu mahathir nak teruskan
nampak tak betapa cerdik mahathir dan betapa bangang abadi sebab percaya tipu daya selama ni?
20 tahun dia tipu malaysia dgn case anwar ni kan plak hal brim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2018 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
PPRT nya brim bagai sis
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedak yg diteruskan zaman tun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2018 10:12 AM | Show all posts
sbbkan iolss xdapat
maka lantak la
nak bagi ke idok
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 10:20 AM | Show all posts
bbalik replied at 18-5-2018 10:12 AM
sbbkan iolss xdapat
maka lantak la
nak bagi ke idok

aku pun tak dpt, tp tak suka tgk org2 kaya yg menipu pun tadah tangan jugak

jadi aku nk tgk mcm mana PH nak distribute brimbrombrem ni...ada ketirisan jgk tak sblm aku komen mcm2

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 10:22 AM | Show all posts
sayang semuanya sudah terlambat....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 10:23 AM | Show all posts
baideway BRIM yg lom byr thn ni dpt ke tak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 10:24 AM | Show all posts
tobby replied at 17-5-2018 06:13 PM
BR1M SUDAH BUKAN DEDAK LAGI

Dulu Tun Mahathir menfitnah DS Najib kononnya BR1M itu rasuah dan tid ...

nnti Tun jawab, BR1M tu bukan dedak, tu cara nak bantu rakyat, apa nama........najib buat tu yang dedak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 10:25 AM | Show all posts
tipu pendapatan sbb nakkan BRIM, pakai jalan belakang pun ada

kita minta team Tun M bendung gejala ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm brim bkn dikutuk bagai nk rak ke??
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 10:30 AM | Show all posts
malaysia ni dah stabil kan...
knp la gatai nak ubah kepimpinan...
zaman sekarang udah larakyat  x mo beli sokabar..
tgk berita tv pun x nak...
sebok dek viral je...
apa initiative govt buat pun x tau...
dedak dedak pun...
benefits to us jugak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2018 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bijak apanya. ..Tun lagi bijak. .hapuskan tol..gst. .brim tetap bagi. ..

Setakat bagi brim tapi semua barang naik. .gst. .minyak..tol..tak de guna. ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 10:36 AM | Show all posts
padam muka yang kaya raya pun dapat gak brim

nampak sangat ketidaktelusan

sakai sakai yang bagi pada anak beranak doranglah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.076337 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list