CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2432|Reply: 5

Rusia Membangunkan Kapal Udara Ketenteraan Berelemen Futuristik

[Copy link]
Post time 15-8-2016 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/





Sebuah kapal udara masa depan atau ‘zeppelin’ di bawah pelan futuristik kini sedang dibangunkan oleh Majlis Keselamatan Rusia yang dipengerusikan Presidennya, Vladimir Putin.


Kapal udara tersebut dikatakan dapat memuatkan penumpang seramai 200 orang dan boleh diterbangkan sehingga ke tahap ketinggian 105mph tanpa menggunakan landasan pesawat.


Memetik laporan Daily Mirror, dengan menelan kos perbelanjaan sebanyak 23 juta pound (RM119.4 juta), kapal udara berbentuk ‘separuh pesawat dan separuh kapal udara’ itu akan digunakan untuk membuka pintu pelaburan di Siberia.


Dengan adanya zeppelin moden itu, rangkaian kereta api berkelajuan tinggi yang baharu iaitu Trans-Siberia dan laluan Laut Utara di sepanjang garisan pantai Artik dan sungai-sungai yang luas dapat dihubungkan.


Ketika ini, Rusia telah memiliki sebuah kosmodrom atau lapangan kapal angkasa baharu yang dikenali sebagai Vostochny di Amur, wilayah yang terletak jauh di timur negara ini.


Difahamkan sebuah lagi kapal udara futuristik iaitu Atlant bakal dibangunkan oleh Rusia menjelang penghujung 2018 nanti. - CARI


sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/








sumber info: www.dailymail.co.uk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2016 02:24 PM | Show all posts
Macam ikan buntal designya
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 03:15 PM | Show all posts
Bergaya dan futuristik
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kelakar pun ada .
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 07:56 PM | Show all posts
takde apa yang kelakarnya. Ini kapal udara bukan kapal terbang ya.

tapi tak dinyatakan pula, gas apa digunakan. Hydrogen mcm dulu2 jugak kot?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat game red alert,ade kapal rusia rupa mcm ni..tp x ingat nama dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.056010 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list