CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: runaway_dida

(JTBC) - Fantastic - Jo Sang Wook , KIm Hyun Joo Beginning 2.9.16

[Copy link]
Post time 26-9-2016 10:05 PM | Show all posts
ji tae dh mati pucuk kah?

muka dia pun cam muka gatal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2016 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 25-9-2016 09:00 PM
annoying nye wtk hero

mcm budak2

Iols pun rs mcm tu..rimas kkdg tgk dia gelak....iols suka sang wook ni bwk watak serius...

dh drop smpai epi 4 aritu..tunggu review kata best br sambung balik..

Sbb byk sgt drama iols ilang fokus hihi..

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
wima replied at 26-9-2016 10:18 PM
Iols pun rs mcm tu..rimas kkdg tgk dia gelak....iols suka sang wook ni bwk watak serius...

dh d ...

Iols smbg smpi epi 6  

Bolehlah...

Cuma citer ni kuatnye pd lakonan heroin
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 01:46 AM | Show all posts
lawaklah suami baek seol ni
scene stealer betul

yg tak tahan dia kentut pastu sengih-sengih
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama ni yg buat I still tgk sbb KHJ.. storyline I rasa dah bit boring... watak hero tu pon x menarik.. harap2 citer ni cuma 12 ep je... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 12:57 AM | Show all posts
juddazura replied at 3-10-2016 12:21 AM
Drama ni yg buat I still tgk sbb KHJ.. storyline I rasa dah bit boring... watak hero tu pon x menari ...

yup drama ni makin lama makin boring
sib baik ade story psl baek sul dgn sang wook, ceria sedikit

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2016 09:20 AM | Show all posts
wima replied at 26-9-2016 10:18 PM
Iols pun rs mcm tu..rimas kkdg tgk dia gelak....iols suka sang wook ni bwk watak serius...

dh d ...

uols dah drop eh..huhu..

iols masih lagi bertahan..mungkin sebab sabtu ahad slot kosong...
coz iols dah drop cindralela..

layan sbb nak tgk ji soo..tp part ji soo tak byk..

so far still ok lagi coz hero walaupun peel mcm budak2..tp kelakar...

satu lagi suka tgk doc... coz pelakon y bawa watak doc selalu bawa watak villian..
1st time tgk dia berlakon watak baik dgn rambut jatuh lagi.. dia byk senyum baru jelas dimple dia..
masa jadi villian asyik muka ketat ja...

next epi doc mati rasanya... jadi tak best kalu dia mati..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Syik_Gojet replied at 3-10-2016 09:20 AM
uols dah drop eh..huhu..

iols masih lagi bertahan..mungkin sebab sabtu ahad slot kosong...

Aah uols...xde mood nk sambung..

Nape tah..iols rs kurang excited..

Rs mcm jln cite klise n bleh agak..

Yg menarik iols nk tau pun pasal ji soo tu..

Tp xde kekuatan plak..iols smpai epi 4 je..pastu x sambung2 lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2016 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Syik_Gojet replied at 3-10-2016 09:20 AM
uols dah drop eh..huhu..

iols masih lagi bertahan..mungkin sebab sabtu ahad slot kosong...

Dia ada blakon drama mbc awal thn aritu... 1 more happy ending... drama jang nara.. dia pgg watak husband kwn baik jang nara yg ada breast cancer... watak dia sweet...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 05:42 PM | Show all posts
juddazura replied at 3-10-2016 12:57 PM
Dia ada blakon drama mbc awal thn aritu... 1 more happy ending... drama jang nara.. dia pgg watak  ...

ooo.. cete tu ada tgk..

tapi tak perasan dia masa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2016 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Syik_Gojet replied at 3-10-2016 05:42 PM
ooo.. cete tu ada tgk..

tapi tak perasan dia masa tu..

A'a... abg dia pon plakon gak... yg jd watak penjaga swan dlm citer mr. Black tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2016 06:27 PM | Show all posts
Edited by runaway_dida at 11-12-2016 01:56 PM




Prakata:

Fantastic merupakan satu karya bergenre kan romantic comedy yang disiarkan oleh JTBC. Sesiapa yang menginginkan karya yangtidak terlalu complicated ‘Fantastic’ adalah satu drama yang boleh anda tonton. Walaupun bukan yang terbaik ianya adalah salah satu drama yang baik. Difahamkan drama Fantastic ini lebih berjaya compare dengan drama Uncontrollable Fond memandangkan ada simililarity dalam plot cerita.

1. Cerita  (7.5/10)


Cerita menggambarkan kisah cinta antara So- Hye (Kim Hyun Joo) dan Hae Sung (Joo Sang Wook). So Hye adalah seorang penulis drama siri TV yang popular, tapi  hanya memiliki 6 bulan lagi untuk hidup setelah disahkan menghidapi kanser. Hae –Sung pula adalah aktor popular, tapi mempunyai skill lakonan yang buruk.Melihat pada plot, Fantastic seolah-olah jelmaan semula drama Uncontrollably Fond Cuma sedikit berbeza. dalam drama Uncontrollably Fond  artis yang mempunyai beberapa bulan lagi untuk hidup, dan dalam drama Fantastic sebaliknya.

Lee So Hye (Kim Hyun Joo) dan Ryu Hae Sung (JooSang Wook). So Hye adalah seorang penulis popular untuk K-drama manakala HaeSung adalah seorang pelakon yang sangat popular di China, walaupun dia tidak sebenarnya pandai berlakon. Pada mulanya, mereka tidak mahu bekerjasama antara satu sama lain bukan kerana mereka tidak profesional, tetapi dimasa lalu mereka mempunyai sejarah silam di mana mereka berdua adalah sepasang kekasih. Kisah cinta mereka kandas ditengah jalan akibat salah faham yang terjadi.  Walau bagaimanapun, So Hye mendapat tahu dia mempunyai kanser dan cuba untuk menikmati hidupnya sebaik mungkin dalam tempoh masa 6 bulan, yang mana akhirnya membawa hubungan So Hye dan Hae Sung bertaut kembali.   (Akan ada scene yang sweet,romantik, sedih sepanjangdorg couple semula) Hae Sung akhirnya cuba memahami keadaan sebenar So Hye dan akhirnya mereka decides that mereka perlu menyesuaikan rancangan mereka untuk masa depan.


Kedua watak utama mempunyai chemistry yang baik.Keduanya give and take. xovershadow antara satu sama lain. Hopefully dorg akan berlakon bersama lagi.


Disebabkan Lee So Hye seorang penulis skrip,pastinya dia perlu merujuk seseorang jika berkaitan medic term.Jadi munculwatak Hong Joon Gi yang merupakan seorang doctor. Dr Hong juga merupakan merupakanseorang pesakit kanser dan beliau juga bertindak sebagai doctor peribadi So Hyesetelah dia disahkan menghidap kanser. Disebabkan keduanya saling berhubungkeduanya menjadi rapat dan ini mengundang rasa cemburu Hae Sung.


Selain itu antara watak menarik yang wujud adalahwatak Baek Sul (Park Si Yeon) yang merupakan teman sekolah So Hye. Baek Sultelah pun berkahwin dengan seorang bakal tokoh politik yang kaya. Sungguhpunbegitu hidupnya dirundung duka. Baek Sul diperlakukan tidak ubah seperti bibikdirumah mertuanya Dek kerana hutang ayah serta bil perubatan ibunya yangditanggung sepenuhnya oleh suami Baek Sul. Kalau korang tengok keluarga mertuaBaek Sul betul-betul annoying. Sebaik-baik Baek Sul pun suami dia boleh adaskandal dengan politician sebab nak kan pangkat dan kuasa. Tapi tengok sceneBaek Sul punya family in law memang boleh rasa api kemarahan terhadap dorg tu.Kehadiran watak Ji Soo dalam drama buat drama ni Nampak lebih menarik. Sebagaiseorang peguam yang memiliki ketrampilan diri yg hebat buat korang akantertarik dengan watak Ji Soo. Penulis cuba terapkan sikit element cinta antarawatak Baek Sul dan Sang Wook ala-ala Noona-Dongsaeng gitu.



Pada saya selain dari main point yang di highlight dalam drama ni ( watak lee so hye dengan ryu hae song) antara scene yang palingsaya minat ialah watak hae song dgn dr Hong. Both characters start develops since both are love rivals. Tapi dalam pada tu juga kita dapat lihat hubungan ‘brotherhood’yang cuba diketengahkan oleh penulis. Hubungan keduanya bertambah rapat setelah Hae Sung mendapatkan nasihat Dr Hong on how to take care of Soo Hye sehingga HaeSung mengubah panggilannya terhadap Dr Hong dengan panggilan Hyung. Hubungan keduanya bertambah rapat seperti adik beradik nak-nak Dr Hong juga penghidap kanser tahap tinggi. moment yang paling diingati bila Hae Sung menganjurkan funeral party untuk Dr Hong ( nak mati pun ada parti eh). Mereka bersuka ria bersama dalam parti tu dan mereka melakukan yang terbaik untuk Dr Hong. Sedang So Hyedan Hye Sung menyanyi (oh my suara dema...) Dr Hong rebah dan akhirnya mati.Scene ini paling menyentuh hati few viewers.Dlm suka ada tangisnya.

Selain itu penulis juga menonjolkan semangat setia kawan dan sentiasa bersama dalam susah dan senang, konflik perkahwinan serta keluarga mertua dan bagaimana seorang pesakit itu
melawan sakit yang dihadapinya.

2. Keberkesanan Lakonan (7.5/10)

Kim Hyun Joo sbg Lee So Hye ( Best Actress)

Watak sebagai seorang penulis drama dan jugapenghidap kanser. Pada saya beliau melakonkan watak dengan baik sekali. Beliau Berjaya potray how a writer does actually while they are working on their scripts. Beliau dapat menghayati dilemma seorang penghidap kanser dengan baik. Luckily beliau tidak terlalu ‘sakit’ dalam membawakan watak pesakit kanser tersebut. She successfully delivers her expression and emotion in her acting. Jika dalam drama beliau sebelum ini agak berat, kali ini kita dapat tengok sisi komedi Hyun Joo. Dalam sisi lain, watak beliau cuba menyampaikan bahawa kanser bukanlah satu sebab kenapa anda tidak boleh meneruskan hidup anda.

Jo Sang Wook Sbg Ryu Hae Sung ( Best Actor )

Bukan senang nak melakonkan watak ini bagisaya.Jika terlampau over ia akan bagi negative perception walaupun drama ni ada juga genre comedy. Mujur Jo Sang Wook did very well dalam delivers character dia. Permainan ekspressi dan emosi yang ditonjolkan sangat baik. Sifat gila-gila,sengal dan kelakar yang ditunjukkan menambah variasi dalam watak ini. Keserasianyang hidup antara 3 watak utama ini tidak Nampak kekok dan menjadikan watakmereka lakonankan Nampak real. Paling kelakar saat Hae Sung casting. intonation yang dia gunakan memang hauk memang korang akan gelak gile-gile punya. (ep 2terawal).Dia Nampak fail bila casting watak serious time tu. Pendek kata JooSang Wook was so fine as Hae Sung, tender, funny, manly, insecure, brave.Everything well blended. Jadi,siapa yang cakap hero lama x da x-factor dah?


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (6.5/10)

Apa yang boleh saya katakan, dari segi penampilan pelakon utama Jo Sang Wook agak berlebihan. Mungkin ianya adalah kehendak penerbit tapi less is more. Walaupun plot cerita drama ini agak sama dengan UF, penulis berjaya menjadikan ianya adalah dua karya yang berbeza.

Di awal episode bagi saya ianya agak perlahan tetapi setelah berada di episode 7 dan keatas, drama ini mula tunjuk taring di mana pelbagai konflik diketengahkan.
Cuma kiss scene di dalam van rasanya kurang logik dan kurang professional di mana PA kepada Hae Sung menggerakkan van untuk memberitahu Hae Sung dan Hye Soo sbnrnya bergaduh tp yg sebenarnya bercium.

Pemilihan tempat pada saya tiada masalah tapi rumah Jo Sang Wook sangat hebat.
Adakah rumah yang didiami oleh setiap penulis sedemikian rupa,tempat tidur dan juga work place disatukan.

Runut bunyi memuaskan dan bersesuaian dengan keadaan. Keseruhannya aspek teknikal drama ini boleh diterima akal.

4. Skor muzik (3.5/5)

Memuaskan dan sangat easy listening. but this 2 mmg perfect timing mmg kena dgn keadaan. feeling hbs. pilihan saya



5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3.5/5)

Disebabkan genre drama ini tidak terlalu complicated dan dipenuhi pelbagai emosi,komedi serta pelbagai kisah tauladan hidup manusia sememangnya saya pastinya saya akan mengulang semula untuk menonton drama ini. Lagipun, sebagai kipas susah mati Jo Sang Wook saya pasti tengok lagi dan lagi selain saya suka dengan koloborasi Kim Hyun Joo dan Jo Sang Wook.

cc @ismaha @dauswq

Comments

PENCALONAN : KIM HYUN JOO -BEST ACTRESS JO SANG WOOK - BEST ACTOR  Post time 12-12-2016 11:08 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 10:20 AM | Show all posts

Saksikan debaran pengumuman TOP 5 #carikdramaawards


--->KLIK SINI<---

Pencalonan awal ditutup jam 11:59pm 20/12/2016. --->KLIK SINI 2
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 10:01 PM | Show all posts

Saksikan debaran pengumuman TOP 5 #carikdramaawards


--->KLIK SINI<---

Pencalonan awal ditutup jam 11:59pm 20/12/2016. --->KLIK SINI 2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.064599 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list