CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1534|Reply: 11

[Tempatan] Penagih dadah di Perlis meningkat 100 peratus

[Copy link]
Post time 17-8-2016 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Star_el at 17-8-2016 12:22 PM

Ogos 17, 2016 08:00 MYT

Jumlah itu menunjukkan pertambahan 675 penagih baharu dan berulang termasuk 40 daripadanya adalah penagih wanita. - Gambar fail

KANGAR: Perlis mencatat peningkatan 100 peratus bilangan penagih sehingga Julai tahun ini iaitu 1,413 orang berbanding 738 pada tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis, Azizah Ahmad berkata jumlah itu menunjukkan pertambahan 675 penagih baharu dan berulang termasuk 40 daripadanya adalah penagih wanita.

"Bilangan penagih dalam kalangan wanita juga meningkat berbanding hanya 19 orang pada tempoh sama tahun lepas," menurut Azizah dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Semalam, AADK Perlis menahan dua wanita di sebuah rumah usang di Batu 20, Jalan Padang Besar di sini pagi tadi kerana didapati positif dadah.

Kedua-dua wanita berkenaan masing-masing berusia 26 tahun ditahan dalam Operasi (Op) Cegah 17/2016 kira-kira 2.30 pagi, setelah menerima maklumat orang awam tentang kegiatan mereka.

Semasa serbuan dilakukan, kedua-dua wanita yang sudah berkahwin itu berada dalam keadaan khayal serta dipercayai baru saja selesai melepaskan ketagihan. Serbuan tersebut turut mendapati tiga kanak-kanak berusia setahun hingga empat tahun tinggal bersama mereka dan dipercayai adalah anak kepada seorang daripada wanita berkenaan.

Ujian air kencing mendapati mereka berdua positif dadah jenis methamphetamine dan mereka dibawa ke Pejabat AADK Perlis Utara untuk tindakan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/penagih-dadah-di-perlis-meningkat-100-peratus-114240



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2016 12:23 PM | Show all posts
"Serbuan tersebut turut mendapati tiga kanak-kanak berusia setahun hingga empat tahun tinggal bersama mereka dan dipercayai adalah anak kepada seorang daripada wanita berkenaan."

Kesian budak2 tu!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 12:25 PM | Show all posts
lim guan eng dap tak pandai tadbir negeri
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dizzzek replied at 17-8-2016 12:25 PM
lim guan eng dap tak pandai tadbir negeri

Perlis under LGE ke??
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 01:41 PM | Show all posts

kalau ikut logik cacai
yang buruk semua mesti negeri dap
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dizzzek replied at 17-8-2016 01:41 PM
kalau ikut logik cacai
yang buruk semua mesti negeri dap

Ooo....iya ke... :zz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2016 01:46 PM | Show all posts
aku xblh hadam camne mak bapak tgh menagih anak2 dok tgk...sama jgk dgn org yg merokok depan anak2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sah2 lelulur kelate kan sis? Sebab orang perlis asal prangai beriman sekor3..yang cam kimak noh stok2 siam kelate jah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2016 01:52 PM | Show all posts
Dr Maza... silala bg pendapat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 01:57 PM | Show all posts
Dah la kurang pekerjaan di perlis.. Menagih pulak.. Kesian ummah melayu siam di perlis
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 02:10 PM | Show all posts
Macam mana Dr MAZA tarbiah orang perlih ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 05:49 PM | Show all posts
statistiknya  mesti melayu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.065963 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list