CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10902|Reply: 110

[Tempatan] MB Terengganu minta maaf, tak tahu Azizulhasni mohon bantuan basikal

[Copy link]
Post time 18-8-2016 07:55 AM | Show all posts |Read mode
KUALA NERUS, 17 Ogos — "Saya tidak tahu mengenai permohonan Azizulhasni Awang mendapatkan tajaan basikal 'road bike' sebagai persediaan ke Olimpik," tegas Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman.

Sambil meluahkan rasa terkilan, Ahmad Razif menyatakan beliau telah mengarahkan Majlis Sukan Negeri membuat siasatan lanjut berhubung perkara tersebut dan akan menghubungi jaguh berbasikal trek negara itu bagi mendapatkan penjelasan.

Malah Ahmad Razif mengambil pendekatan positif dengan memohon maaf kepada Azizulhasni sekiranya luahan kekecewaannya di laman sosial Facebook itu benar-benar berlaku.

"Saya pun tidak tahu cerita ini... saya tidak dapat pengesahan lagi mengenai cerita ini. Saya minta Majlis Sukan Negeri di bawah exco belia, sukan dan sumber manusia Datuk Rozi Mamat Rozi untuk buat siasatan dan melihat semula perkara ini.

"Jadi saya tidak boleh komen apa-apa sehingga kita betul-betul mendapat pengesahan dan kita akan buat tindakan apa yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama bakal haji Dewan Undangan Negeri Kuala Nerus, hari ini.

Menerusi laman sosial Facebook, Azizulhasni yang memenangi pingat gangsa acara keirin Sukan Olimpik Rio awal pagi tadi, meluahkan kekecewaannya terhadap Ahmad Razif yang dikatakan tidak melayan permohonannya membeli 'RoadBike' untuk digunakan sebagai persiapan ke Sukan Olimpik.

Malah, katanya, Ahmad Razif hanya membisu apabila dihubungi pengurusnya.

Ketika ditanya sama ada beliau pernah menerima apa-apa permohonan daripada Azizulhasni, Ahmad Razif berkata sehingga kini perkara tersebut tiada dalam pengetahuannya.

"Tiada dalam pengetahuan saya..,terlepas pandang atau apa, wallahuallam. Setakat hari ini saya tidak tahu menahu mengenai hal ini, yang kedua saya tak kenal siapa pengurus Azizulhasni ini.

"Jadi yang ini saya tak boleh nak ulas...kita kena dapatkan pengesahan dulu apa sebenarnya cerita ini. Kalau betul perkara ini berlaku, saya rasa amat terkilan.

"Jika ia berlaku saya bagi pihak kerajaan negeri memohon maaf. Kita sedia maklum negeri ini memang amat bersungguh dalam sukan," katanya.

Tegas Ahmad Razif, jika diambil kira daripada sudut insentif, kerajaan negeri sentiasa memberi pelbagai imbuhan termasuk tanah dan peruntukan tertentu serta menjadikan sukan berbasikal antara sukan terpenting.

Selain itu, Ahmad Razif berkata walau pelbagai persepsi yang timbul, beliau telah merangka sambutan besar-besaran untuk menyambut kepulangan Azizulhasni yang juga atlet kelahiran Dungun.

"Kerajaan negeri sudah buat persediaan bila dia balik ke Terengganu nanti, kita akan sambut dan insyaAllah kita akan buat roadshow untuk berkongsi pengalaman beliau dan memberi semangat kepada atlet muda kita," katanya.

Beliau turut menyatakan Azizulhasni akan menerima insentif namun ia akan diumumkan kemudian. — Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2016 07:56 AM | Show all posts
boleh pulak tak tahu..pelik gak...dah dapat pingat baru terhegeh2 nak sambut
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana nak tahu
Azizul minta almost 2 yrs ago
Permohonan dgn mat said ler tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 08:00 AM | Show all posts
bioessence replied at 18-8-2016 07:57 AM
Mcm mana nak tahu
Azizul minta almost 2 yrs ago
Permohonan dgn mat said ler tu

nak tahu apa
dasar cacai
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 08:02 AM | Show all posts
minta dgn MB lama lah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
dizzzek replied at 18-8-2016 08:00 AM
nak tahu apa
dasar cacai

Dasar cinapek babians dable standard
Nak tahu apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2016 08:03 AM | Show all posts
azizul cakap dia siap follow up kan? dia hubungi ke ape tah pejabat mb tapi tak dilayan... cover jangan tak cover
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Yelah encik..encik pun maknosia biasa..pelupa..biasa laaa tu.

Ape ape jelaa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2016 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
bioessence replied at 18-8-2016 07:57 AM
Mcm mana nak tahu
Azizul minta almost 2 yrs ago
Permohonan dgn mat said ler tu

Dey caiii, kau xbaca ke apa yg jijol tulis? Dia kata dia mintak setahun lepas sebagai preparation utk olympic ni. Dan jijol sendiri yg tulis dia mintak dgan razif ni. Kau pulak nak memandai cakap dia mintak dgan ahmad said. Nak konar spin pon agak2 la sket caiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 08:04 AM | Show all posts
bioessence replied at 18-8-2016 08:02 AM
Dasar cinapek babians dable standard
Nak tahu apa

kau ingat kau dapat ucap tahniah kepada pemenang gangsa bangsa melayu?
last-last mb umno kau dikantoikan juga oleh bangsa melayu sendiri


Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
dizzzek replied at 18-8-2016 08:04 AM
kau ingat kau dapat ucap tahniah kepada pemenang gangsa bangsa melayu?
last-last mb umno kau dika ...

Aku ucapan tahniah pada semua
Don't simply put your word into my mouth ye babian

Azizul pun ramai yg kondem dia balik
Dia dapat sponsor dari KBS dan YSD tu pun KJ bagitau, termasuk kos ijazah dia di OZ
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 08:09 AM | Show all posts
bioessence replied at 18-8-2016 08:07 AM
Aku ucapan tahniah pada semua
Don't simply put your word into my mouth ye babian

ucap tahniah?
pemenang gangsa bangsa melayu pun meluat dengan perangai orang umno
bila dapat pingat gangsa
gigih sangat nak ucap tahniah dan bagi uang
last-last kena tapao
minta sponsor basikal buat tak tahu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2016 08:10 AM | Show all posts
bioessence replied at 18-8-2016 07:57 AM
Mcm mana nak tahu
Azizul minta almost 2 yrs ago
Permohonan dgn mat said ler tu

manager jijol dah try follow up tapi tak dilayan..ko rasa jijol nak merayu melutut bagai plak ke baru nak dilayan??
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 08:11 AM | Show all posts
Aziziul juga mengucapkan terima kasih kepada Ahmad kerana tidak memberikan maklum balas dan membisu apabila pengurusnya menghubungi pejabat menteri besar itu.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2016 08:16 AM | Show all posts
bioessence replied at 18-8-2016 08:07 AM
Aku ucapan tahniah pada semua
Don't simply put your word into my mouth ye babian

jijol tu org ganu..tak kan kerajaan negeri ganu tak boleh nak aprreciate dia..memang la dia dapat sponsor dari sumber lain..tapi apa salah nye ganu sendiri sponsor anak jati ganu..tak kan bila dapat pingat baru nak disambut..baru nak ngaku org ganu bila dapat pingat..
seriously malaysia or kbs ni memang tak support sgt bila rakyat mintak sponsor untuk bawak nama malaysia..sebab aku pernah kena..mintak sponsor kat kbs sepatah haram tak jawab tapi bila ada event kbs terhegeh2 suh buat free
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 08:18 AM | Show all posts
lipak jangan dok lipak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2016 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ckp dah
Dah tau dah, mesti dia jwb camni
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Azizul atlet profesional sepatutnya dah boleh cari sponsor sendiri.kerajaan negeri perlu fokus untuk atlet2 baru nak up macam budak2 sukma.kalau kerajaan negeri tak nak bantu azizul tak boleh sentap.karier dia dah mantap.budak2 baru yang perlu lebih perhatian dan bantuan dari sumber kewangan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 08:47 AM | Show all posts
kalau dpt gold ckp lain...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 08:47 AM | Show all posts
erm aku rasa dalam isu ni MB yg salah. sbb takkan la die tak kenal azizulhusni awang ni ? bukannye baru dalam dunia sukan berbasikal ni. takde ke exco sukan die amek berat pd pocketrocketman ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.089696 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list