Edited by annehuda at 21-8-2016 01:45 PM
Kini berusia 38 tahun, ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu memasang impian ingin berkahwin empat sebelum usia 40 tahun. — Foto oleh Choo Choy May - See more at: http://www.themalaymailonline.co ... thash.FKdapz50.dpuf
SHAH ALAM, 20 Ogos — Beristeri dua nampaknya belum mendatangkan kepuasan buat ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu. Suami penyanyi Adira ingin menggenap "kuota” empat isteri dua tahun lagi. Adnan, 38, berkata sudah menjadi lumrah lelaki — sepertinya — tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada, merangsang beliau beristeri empat pada usia 40 tahun. “Lelaki memang tidak pernah puas. Macam perniagaan, saya tidak puas. Impian saya, saya hendak kahwin empat sebelum umur 40. “Saya hendak buat versi baru [pelawak] Salih Yaacob. Kalau Salih, mungkin nombor satu sudah tua. Tetapi saya, [isteri] nombor satu masih 30, bergetah lagi. “Mungkin isteri nombor tiga atau empat ini, isteri pertama dan kedua akan pinangkan. Gempak, tidak?” katanya, dengan deraian tawa semasa diwawancara ProjekMMO di pejabatnya di sini pada Rabu. Adnan, mesra juga disapa Datuk Red, bernikah diam-diam penyanyi Siti Adira Suhaimi pada Disember lalu selepas hampir sedekad mendirikan rumah tangga bersama Syarifah Norshafila Hassim. Memiliki lima orang anak, termasuk dua daripada perkahwinan sebelum itu, pemaju hartanah ini bakal menimang seorang lagi cahaya mata apabila penyanyi Dewi Cinta disahkan hamil 10 minggu. Adnan dan cerita poligaminya berbangkit semula bulan lepas apabila media mendedahkan fotonya yang kelihatan memegang belakang pelakon Ruhainies Farehah Zainul Ilyas. Pelakon Hello Mr Perfect kemudian menafikan Datuk Red memegangnya ketika menaiki eskalator, sementara ahli perniagaan ini menegaskan wanita itu bukan pilihannya. Selain berhasrat beristeri empat, tambah Adnan, beliau juga berhasrat dikurniakan 20 orang anak dan, jika boleh, separuh daripadanya lelaki. “Saya sasar 20 orang anak. Bin Adnan saya hendak 20 orang. Impian saya dalam 20 itu, mungkin 10 orang lelaki. “Apabila saya meninggal, saya hendak mereka pikul saya. Tetapi sekarang baru tiga anak lelaki,” katanya. Adnan tidak meletakkan ciri-ciri khusus wanita yang mahu menjadi bakal isterinya, cukup sekadar mereka menghormati madu sendiri. Katanya, wanita berkenaan juga perlu patuh pada arahan suami dan tidak cenderung pada pandangan sendiri. “Saya hendak isteri ketiga hormat nombor satu dan nombor dua, sudah cukup. Itu yang saya hendak. “Isteri ketiga perlu patuh sebab dia nombor tiga. Kalau saya suruh cuti, kena cuti. Perempuan tersebut tidak payah selindung. Saya tahu gerak-gerinya. “Macam Adira, saya cuba beri duit, dia tidak mahu. Sebab itu saya hanya ambil masa kenali Adira tiga minggu saja,” katanya.
source
**lama plak tak bukak thread kt bod sendiri
tapi kalau dah ada sila kasik link ye nnt mod tutup
|