CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2047|Reply: 3

[Dunia] Akibat Digigit Unta, Budak 11 Tahun Terima Ganti Rugi AS$155,000

[Copy link]
Post time 23-8-2016 11:33 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



Mengunjung ke taman safari atau taman zoo memang aktiviti kekeluargaan yang angat digalakan agar jalinan hubungan antara ibu bapa dengan anak dapat dipereratkan lagi.


Namun sebagai ibu bapa adalah diingatkan wajar memberi perhatian yang sepenuhnya buat anak-anak ketika berada di kawasan zoo kerana ada kala sesuatu kejadian di luar jangkaan akibat tabiat haiwan yang mungkin mengundang bahaya ke atas anak-anak kita.


Sepertimana sebelum ini bertempat di sebuah zoo di Rabat, ibu kota Morocco, seorang kanak-kanak berumur 7 tahun maut terkena batu ketika seekor gajah sedang mengamuk.




sumber foto: http://www.insideedition.com





Terbaru Di Amerika Syarikat, seorang kanak-kanak bernama Madison Holland yang berusia 11 tahun digigit seekor unta pada pada bahagian tangan di sebuah Taman Safari Virginia.


Inside Edition melaporkan, ketika itu mangsa sedang menaiki kenderaan pelancong secara 'drive thru' untuk menghadiri majlis harijadi dan difahamkan mangsa tidak cuba untuk memberi makanan kepada unta terbabit.


Menurut peguam Madison, kejadian yang berlaku pada sekitar Mei 2015 itu membolehkan keluarga Madison terima ganti rugi sebanyak AS$155,000 (RM623,944.75) hasil kemenangan saman gabti rugi ke atas Taman Safari berkenaan.


Ganti rugi terbabit menjelaskan Madison akan menerima AS$10,000 apabila usia beliau menginjak 18 tahun dan kemudian akan diberikan AS$1,000 selama 14 tahun selepas beliau berusia 21 tahun.


Sebanyak AS$40,000 pula akan digunakan untuk menampung bil perubatan dan bayaran guaman.- CARI


sumber foto: http://www.insideedition.com








sumber info: www.insideedition.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2016 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
tangan/jari putus ke?
ke sebab jangkitan tu yang dpt gantirugi
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 05:48 PM | Show all posts
fishcracker replied at 24-8-2016 08:39 AM
tangan/jari putus ke?
ke sebab jangkitan tu yang dpt gantirugi

Entoh lerrr yop... idok ler teman tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat US memang la camni. Kalau buat silap bersedialah untuk disaman. Malah syarikat guaman pun ada iklankan perkhidmatan mereka di tv. Sesiapa yg tercedera atau ditimpa kemalangan boleh contact mereka. Kalau menang kes dapat la habuan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.063921 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list