CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6791|Reply: 105

[Tempatan] Kes Difteria Pertama di Selangor

[Copy link]
Post time 24-8-2016 10:19 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melaporkan satu kes difteria membabitkan seorang kanak-kanak tempatan berusia tiga tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pesakit itu tidak pernah diberikan imunisasi penyakit itu berikutan keluarganya mengamalkan kaedah rawatan homeopati.  



"Pesakit itu mula mengalami demam, batuk dan muntah sejak 13 Ogos lalu. Dia dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada 18 Ogos kerana sesak nafas dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) untuk rawatan lanjut.

"Pesakit diberi rawatan antitoksin dan antibiotik susulan ujian kultur swab tekak pesakit itu didapati positif bakteria Corynebacterium diphtheria," katanya menerusi blog rasmi kpkesihatan.com, hari ini.

Dr Noor Hisham juga berkata, seramai 14 kontak pesakit, termasuk 11 di rumah pengasuh dan tiga yang tinggal serumah dilaporkan berada dalam keadaan sihat, namun pemantauan secara berterusan masih dijalankan.

Selain itu, katanya,  Majlis Perubatan Homeopati Malaysia (MPHM) dan badan homeopati antarabangsa sentiasa mengalakkan pemberian vaksin konvensional sebagai perlindungan terhadap penyakit cegahan vaksin. "MPHM dan badan homeopati antarabangsa tidak pernah mengiktiraf istilah vaksin homeopati, malah berpendapat vaksin sedia ada terbukti selamat dan berkesan," katanya.

Setakat hari ini, bilangan kes disahkan difteria di Malaysia meningkat kepada 27 kes, termasuk sembilan kes di Kedah dengan satu kematian, Negeri Sembilan (tujuh), lima kes di Sabah dengan tiga kematian, tiga di Melaka dengan satu kematian, dua di Pulau Pinang dan satu di Selangor.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2016 10:20 AM | Show all posts

Anak doula douli mana yg kena ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:20 AM | Show all posts
mana pakar Homeopati Cari Forum.... mintak panggil mereka berucap sepatah dua kata...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat budak tersebut tpi cash lah pada parents bangang yg tak mau vaksin anak tersebut. Didoakan agar parents tersebut dijangkiti difteria jua bagi memahami perasaan anak yg tidak berdosa tersebut:
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dengar jugak kat radio pagi tadi..kata nya sebab tak vaksin kan cash la kat mak bapak yang terlebih cerdik tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:31 AM | Show all posts
ko tak nak vaksin anak pastu ko hantar pi pengasuh..
klu kena kat anak orang lain, memang celaka la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2016 10:39 AM | Show all posts
zonan4 replied at 24-8-2016 10:20 AM
mana pakar Homeopati Cari Forum.... mintak panggil mereka berucap sepatah dua kata...

salam habatusauda...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:40 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 24-8-2016 10:31 AM
ko tak nak vaksin anak pastu ko hantar pi pengasuh..
klu kena kat anak orang lain, memang celaka la ...

tawakal tu penting sis... tawakal tanpa ikhtiar kekdahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2016 10:41 AM | Show all posts
dinopower replied at 24-8-2016 10:40 AM
tawakal tu penting sis... tawakal tanpa ikhtiar kekdahnya

salam semangkuk laksa
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:43 AM | Show all posts
MeghanK replied at 24-8-2016 10:25 AM
dengar jugak kat radio pagi tadi..kata nya sebab tak vaksin kan  cash la kat mak bapak yang terleb ...

kesian kat anak.... percaya sgt dgn hemoephati 100%... ujung2 p spital gak....

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:43 AM | Show all posts

iya salam laksa buih...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:45 AM | Show all posts
Sila sapu madu,  makan kurma 3 biji dan telan sesudu habatussauda.. InsyaAllah sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau cakap black fennel dah tak jadi sunnah ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Antitoksin tu berkali kali ganda mahal dari vaksin dtap tu tau.. Dahlah budget kkm kena potong.. Budus sungguh parents antivaksin ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:48 AM | Show all posts
mintak2 terkawal la penyakit ni kat selangor....nak merebak sekejap je.risau anak kat taska tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:50 AM | Show all posts
ni konspirasi yahudi nk buruk homeopati
nk suh vaksin
dulu2 xde pon difteria ni

yg benar
HS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2016 10:53 AM | Show all posts
dengar cerita kawasan tempat tinggal dia dekat rawang... huhuhu bandar contry home
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:53 AM | Show all posts
dino jom tangkap pokemon kat KLCC
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
celaka betul
dh la htr rumah pengasuh plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 24-8-2016 10:31 AM
ko tak nak vaksin anak pastu ko hantar pi pengasuh..
klu kena kat anak orang lain, memang celaka la ...

Sebab tu baby iols ni nak hantar kat taska berdaftar jkm.. Nak register memang dia mintak maklumat lengkap immunization baby.. So parents antivaksin tak boleh hantar anak kat situ.. Mahal sikit pun takpelah yang penting iols dah cuba berusaha yang terbaik untuk anak iols.. Insya allah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.080155 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list