CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2738|Reply: 3

Tip Pilih Antara 4 Musim Yang Sesuai & Tepat Jika Berkunjung Ke Korea

[Copy link]
Post time 24-8-2016 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Ramai raky
at Malaysia tertarik untuk travel ke Korea. Jadi, tidak dinafikan mengapa lapangan terbang Korea adalah lapangan terbang yang paling sibuk di dunia.

Bagi anda yang ingin bercuti ke Korea tetapi masih keliru memilih bulan sesuai ke sana, penulis kongsikan 4 tip mudah untuk anda memilih musim yang sesuai bercuti ke Korea mengikut bulan.

Tips ini dikongsikan oleh saudara Zulhilmi Safain dengan pengalaman melebihi 5 tahun sebagai pemandu pelancong di Korea.

Spring (Musim Bunga)

Foto : picswalls.com



Melihat keindahan bunga sakura. Ramai sudah tahu selain di Jepun, Korea juga popular dengan bunga sakura. Boleh dikatakan musim bunga ini berada di sepanjang bulan april.

Tapi apa yang penting untuk anda tahu ialah musim bunga ini bukan menyeluruh pada semua tempat. Ia silih berganting contohnya kadang kadang di Nami Island tiada bunga, tetapi dibandar Seoul ada bunga. Ia berlaku pada tempat ke tempat dan saling silih berganti.

Autumn (Musim Luruh)

Foto : pinterest.com



Musim luruh! Sangat cantik. Ini adalah sebab kenapa ramai orang berkunjung ke Korea pada waktu ini terutama jurugambar.




Ia sama juga seperti musim bunga, bukan berlaku pada semua tempat dan fenomena ini saling silih berganti. Ia selalunya berlaku pada penghujung bulan Oktober atau pada bulan November sebelum masuknya musim sejuk.

Winter (Musim Sejuk)

Foto : flickr.com



Musim sejuk, biasanya bermula pada penghujung bulan November, tetapi kebanyakannya berlaku pada bulan Disember, Januari, Febuari dan Mac. Salji pula umumnya turun pada bulan Januari dan sebaliknya pada penghujung bulan Febuari.

Waktu yang digalakkan untuk pergi jika ingin bermain salji adalah pada sepanjang bulan Januari. Tip ini dikongsikan oleh orang Korea sendiri.

Perlu tahu! Jangan anggap salji sentiasa turun, ia sama seperti hujan. Salji turun pada waktu-waktu tertentu, tapi cukup mengambil masa tidak sampai satu jam sahaja untuk penuh!

Summer (Musim Panas)

Foto : theodysseyonline.com


Musim panas adalah musim terpanjang di Korea. Ia berada didalam lingkungan bulan Mei, Jun, Julai, Ogos, September dan Oktober. Walaupun musim panas tidak menerima ramai kunjungan pelancong dari Malaysia, tetapi musim panas mempunyai kelebihan tersendiri.




Di antaranya:

1- Sudah terbiasa dengan musim panas, tapi harus diketahui, panas di Malaysia adalah panas lembab dan panas di Korea adalah panas kering.

2- Tiket murah

3- Boleh cuba semua permainan menarik yang ada di taman tema terbesar di Korea (Everland Theme Park).



Nota : Kita di Malaysia ada 2 bulan iaitu Syawal dan Ramadan, jadi jika ingin berkunjung ke Korea pada musim tersebut, pastikan buat perancangan rapi. 2 minggu selepas syawal adalah waktu yang sesuai. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2016 11:45 AM | Show all posts
wowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 11:45 AM | Show all posts
Thank you for the good info
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 01:54 PM | Show all posts
Thank you for info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.403255 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list