CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1648|Reply: 18

Hikmah dalam memahami Konsep ketuhanan dalam pandangan Islam

 Close [Copy link]
Post time 25-8-2016 04:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 25-8-2016 04:25 AM

Islam Memupuk Bahasa Luhur

Ditulis oleh Dr. Mohd. Zaidi bin Ismail. Posted in Sinar Harian



Sekiranya diamati, kebelakangan ini, dalam merencana dan membangunkan kaedah serta pendekatan pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan teknologi informasi, komunikasi dan multimedia yang kian canggih, Umat Islam cenderung untuk mengutamakan pengasahan saluran dan tanggapan inderawi dan meminggirkan penghalusan bahasa yang mencirikan akal.


Akibatnya kini, bukan sahaja para pelajar, tetapi juga para pengajar, mudah rasa bosan dan kurang tertarik dengan syarahan dan bacaan padat berisi untuk santapan budi, namun senang pula terpesona dengan paparan imej beraneka yang memukau indera.



Soalnya, jika kecenderungan ini dibiarkan tanpa kawalan dan panduan, bagaimana mungkin Umat Islam bangkit mencapai keluhuran akal dan kemuncak pemikiran?   


Sangat penting untuk Umat Islam sedari bahawa Agama Islam sejak dari awal telah menyedia dan memupuk Umat Islam untuk mencapai tahap tertinggi dalam pemikiran yang benar murni.


Penyediaan dan pemupukan yang dimaksudkan di atas terlaksana melalui pemupukan dan pemeliharaan bahasa yang baik, yang khusus merujuk kepada Bahasa Arab yang diolahsuaikan oleh Wahyu Terakhir namun tetap merangkum semua bahasa Umat Islam yang diorientasikan semula oleh wahyu tersebut, termasuk Bahasa Melayu.


Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tahap tertinggi pemikiran?


Penting untuk disedari bahawa pada peringkat tertinggi, pemikiran akan bersifat abstrak (atau dalam istilah Arabnya, mujarrad).


Malah, yang benar-benar dapat bersifat abstrak atau mujarrad itu hanyalah perkara-perkara yang universal, atau kulli.


Perkara-perkara yang setulennya universal atau kulli ini pula tidak akan dapat secara langsung dilakar ataupun diukir untuk tanggapan inderawi tetapi hanya dapat difahami oleh akal, khasnya melalui olahan bahasa yang betul.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2016 04:18 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 25-8-2016 04:27 AM

Satu misalan yang pernah disentuh oleh Imam al-Ghazzali dapat menjelaskan lagi erti universal dan abstrak ini.

Beliau pernah memetik pena (al-qalam) sebagai satu contoh untuk membezakan faham (atau konsep) yang universal daripada tanggapan inderawi yang juz’i (atau particular), baik indera itu luaran (seperti penglihatan, pendengaran dan yang seumpamanya) mahupun dalaman (seperti ingatan, khayalan dan yang sebagainya).

Sebagaimana yang pernah kita alami, pelbagai bentuk dan jenama pena yang mampu ditanggap oleh pancaindera manusia (boleh dilihat oleh mata dan disentuh oleh tangan) kemudiannya dapat dirakam dan dikenang dalam rupa-bentuknya masing-masing oleh daya khayal (atau imaginasi) insan, biarpun pena-pena asal itu semuanya sudah tiada lagi.

Susulan daripada penelitian tekun insan terhadap segala perkara dan segi berkaitan pena, akal insan yang menjadi jelas tentang hakikat pena dapat pula memahami suatu rumusan-makna umum yang serba merangkum semua rupa-bentuk pena, iaitu: “alat yang dengannya butiran-butiran ilmu dicatat dan dirakam.”

Makna yang ditanggap oleh akal ini bersifat kulli sekaligus mujarrad.
Kulli bermaksud “makna tersebut menyeluruh dan serba meliputi sebarang pena” manakala mujarrad pula bermaksud “makna demikian tiada dibataskan pada bahan tertentu pena dan tiada pula terikat dengan apa-apa perkara inderawi yang lazim mendampingi satu-satu pena seperti warna, ukuran, berat, dan yang sebagainya.”


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2016 04:18 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 25-8-2016 04:31 AM

Justeru, makna pena yang sedemikian bukan sahaja tiada terhad tertakluk kepada mana-mana pena tertentu tetapi juga merentas-melangkaui sebarang rupa-bentuk zahir pena yang ditanggap oleh deria insan.  

Makna tersebut turut bersifat benar senantiasa, tidak subjektif (yakni: tiada bergantung pada peribadi insan tertentu), tidak juga relatif (iaitu: bukan bernisbahkan tempat atau masa tertentu).
Sifat mujarrad dan kulli ini juga, sekiranya diperhalusi, juga mencirikan dua teras Agama Islam: keimanan dengan Allah dengan segala Sifat Kesempurnaan-Nya dan Nabi Muhammad S.A.W. dengan seluruh sifat mulia pada dirinya, baik yang zahir mahupun yang batin.
Kalimah syahadah yang diulang sebut sekurang-kurangnya lima kali (atau sepuluh kali) sehari dalam setiap solat fardu menayangkan penegasan berterusan perihal dua teras tersebut.

Keimanan sedemikian pula diasaskan atas dasar ilmu, bukan ikut-ikutan, bukan telahan pendapat peribadi, bukan juga ciptaan khayalan diri.

Malah, sangat ketara berbeza dengan penganut agama-agama yang lain, Umat Islam sama sekali dilarang daripada melakukan sebarang lakaran dan ukiran (yang bercirikan tanggapan inderawi) untuk memerihalkan Allah dan Rasul-Nya.


Sebaliknya, pemerihalan tersebut serta kesedaran dalam diri mereka yang terbit daripada pemerihalan itu berlangsung tanpa putus melalui kata-kata yang tepat dan jelas; yakni, dengan bahasa yang dipelihara dan dipupuk dalam pendidikan pada pelbagai tingkat.

Bahkan syahadah itu sendiri terdiri daripada kata-kata yang disedari dan dihayati.

Larangan penggunaan wahana yang mudah diterima oleh deria insani (iaitu lakaran, ukiran dan yang seumpamanya), seiring dengan pemanfaatan sehabis mungkin wahana akal (yakni bahasa yang jelas dan tepat), dalam memerihalkan dan menyedari secara berterusan dua teras agama ini jelas menunjukkan bahawa Islam memang menyedia dan memupuk Umatnya untuk mencapai tahap paling luhur dalam pemikiran, iaitu, tahap yang abstrak dan universal.

http://www.ikim.gov.my/index.php ... emupuk-bahasa-luhur


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2016 04:23 AM | Show all posts
assalamualaikum,

bila saya membaca article di atas , hmm baru saya terfikir ada hikmah-Nya , seperti mana yang dinyatakan penulis kenapa larangan manifestasi imej ketuhanan  dilarang dalam Islam  :

Larangan penggunaan wahana yang mudah diterima oleh deria insani (iaitu lakaran, ukiran dan yang seumpamanya), seiring dengan pemanfaatan sehabis mungkin wahana akal (yakni bahasa yang jelas dan tepat), dalam memerihalkan dan menyedari secara berterusan dua teras agama ini jelas menunjukkan bahawa Islam memang menyedia dan memupuk Umatnya untuk mencapai tahap paling luhur dalam pemikiran, iaitu, tahap yang abstrak dan universal.




salah satunya , ialah Allah  SWT mengiktiraf  anugerah akal (dan hikmah - ini rezekilah )  kepada manusia untuk memerhati alam dan berfikir akan kekuasaan-Nya dan mencari-Nya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2016 04:39 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 25-8-2016 04:58 AM

i dunno apabila membaca article ini kita dapat sedikit sebanyak mengaitkan makna dan maksud serta nilai 'keimanan' dan menifestasi / perwakilan iman tu dalam ibadah khusus dan umum...


dan sebab tu tersiratnya keindahan islam dan sistem konsep itu dari teori  rabb tu sendiri  tu sampai praktis , akan terkait semua , akan kesepaduan  satu elemen kepada elemen lain dan membentuk keseimbangan ....

sebab tu segala sistem yg Allah jadikan kan  tu nice and balance ....
sebab tu pandai juga ulama terdahulu mengajar tentang Allah, sifat sifat Allah ....tauhid, ibadat , akhlak etc etc ...cantik

dan semoga mereka dirahmati Allah dunia  akhirat. mendapat pahala berterusan dalam memberikan ilmu bermanfaat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2016 05:05 AM | Show all posts
dan kita juga melihat  rentetan keindahan aras penghayatan ini  dari  sekonkrit  , fizikal perbuatan ibadah tu ( yg boleh dilihat dan dialami oleh panca indera ) atau segala kejadian alam , makhluk ciptaan-Nya kepada penghayatan yg abstract  tentang sifat Pencipta tu yg Maha Bijaksana, Maha berkuasa, Penyayang etc...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2016 05:18 PM | Show all posts
salam

a very good artikel indeed ..

Sekiranya diamati, kebelakangan ini, dalam merencana dan membangunkan kaedah serta pendekatan pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan teknologi informasi, komunikasi dan multimedia yang kian canggih, Umat Islam cenderung untuk mengutamakan pengasahan saluran dan tanggapan inderawi dan meminggirkan penghalusan bahasa yang mencirikan akal.
original intellegence ..
early information ..
dot com ..
Akibatnya kini, bukan sahaja para pelajar, tetapi juga para pengajar, mudah rasa bosan dan kurang tertarik dengan syarahan dan bacaan padat berisi untuk santapan budi, namun senang pula terpesona dengan paparan imej beraneka yang memukau indera.
dunia nampak ..
akhirat tidak nampak ..
Soalnya, jika kecenderungan ini dibiarkan tanpa kawalan dan panduan, bagaimana mungkin Umat Islam bangkit mencapai keluhuran akal dan kemuncak pemikiran?   
rukun qalbi 2 perkara dalam rukun 13
niat dan
tertib ( yang dulu d'dulukan .. yang kemudian d'kemudiankan)
Sangat penting untuk Umat Islam sedari bahawa Agama Islam sejak dari awal telah menyedia dan memupuk Umat Islam untuk mencapai tahap tertinggi dalam pemikiran yang benar murni.

Penyediaan dan pemupukan yang dimaksudkan di atas terlaksana melalui pemupukan dan pemeliharaan bahasa yang baik, yang khusus merujuk kepada Bahasa Arab yang diolahsuaikan oleh Wahyu Terakhir namun tetap merangkum semua bahasa Umat Islam yang diorientasikan semula oleh wahyu tersebut, termasuk Bahasa Melayu.
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
Bacalah dengan [menyebut] nama Tuhanmu Yang menciptakan
خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah
ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah

ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ
Yang mengajar [manusia] dengan perantaraan qalam
عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tahap tertinggi pemikiran?

Penting untuk disedari bahawa pada peringkat tertinggi, pemikiran akan bersifat abstrak (atau dalam istilah Arabnya, mujarrad).

Malah, yang benar-benar dapat bersifat abstrak atau mujarrad itu hanyalah perkara-perkara yang universal, atau kulli.

Perkara-perkara yang setulennya universal atau kulli ini pula tidak akan dapat secara langsung dilakar ataupun diukir untuk tanggapan inderawi tetapi hanya dapat difahami oleh akal, khasnya melalui olahan bahasa yang betul.
hal keadaan sifat
hal keadaan dzat
bukan sifat nya .. gukan dzat nya
sifat mujarrad itu kulli
mujarrad itu adalah syaiun

wassalam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2016 05:30 PM | Show all posts
NorAddin replied at 1-9-2016 05:18 PM
salam

a very good artikel indeed ..

heyya

what is syai un?

???ape tu ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2016 05:34 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 25-8-2016 04:18 AM
Satu misalan yang pernah disentuh oleh Imam al-Ghazzali dapat menjelaskan lagi erti universal dan ab ...
salam

Satu misalan yang pernah disentuh oleh Imam al-Ghazzali dapat menjelaskan lagi erti universal dan abstrak ini.

Beliau pernah memetik pena (al-qalam) sebagai satu contoh untuk membezakan faham (atau konsep) yang universal daripada tanggapan inderawi yang juz’i (atau particular), baik indera itu luaran (seperti penglihatan, pendengaran dan yang seumpamanya) mahupun dalaman (seperti ingatan, khayalan dan yang sebagainya).

Sebagaimana yang pernah kita alami, pelbagai bentuk dan jenama pena yang mampu ditanggap oleh pancaindera manusia (boleh dilihat oleh mata dan disentuh oleh tangan) kemudiannya dapat dirakam dan dikenang dalam rupa-bentuknya masing-masing oleh daya khayal (atau imaginasi) insan, biarpun pena-pena asal itu semuanya sudah tiada lagi.
Qalam Allah .. tiada huruf
Qalam Nas .. ada huruf

Kalam Allah .. tiada suara
Kalam Nas .. ada suara
Susulan daripada penelitian tekun insan terhadap segala perkara dan segi berkaitan pena, akal insan yang menjadi jelas tentang hakikat pena dapat pula memahami suatu rumusan-makna umum yang serba merangkum semua rupa-bentuk pena, iaitu: “alat yang dengannya butiran-butiran ilmu dicatat dan dirakam.”
penulis d'sini menceritakan ..
akal insan hakikat diri nya sebenar rohani .. secara tafakur
bukan ..
akal nas hakikat diri nya sebenar nafas .. secara tadabur
rumusan yang d'perolehi dari penelitian tekun insan .. syuhud ..

Makna yang ditanggap oleh akal ini bersifat kulli sekaligus mujarrad.
Kulli bermaksud “makna tersebut menyeluruh dan serba meliputi sebarang pena” manakala mujarrad pula bermaksud “makna demikian tiada dibataskan pada bahan tertentu pena dan tiada pula terikat dengan apa-apa perkara inderawi yang lazim mendampingi satu-satu pena seperti warna, ukuran, berat, dan yang sebagainya.”
wahuwa bi kulli syain muhit
dan Dia dengan tipa2 sesuatu maha meliputi
ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ
Yang mengajar [manusia] dengan perantaraan qalam
عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya


wassalam

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 05:43 PM | Show all posts
salam


وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِۚ
Kepunyaan Allah-lah apa yang d'langit dan apa yang d'bumi
وَڪَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ۬ مُّحِيطً۬ا
dan adalah(pengetahuan) Allah Maha Meliputi segala sesuatu


بِكُلِّ .. bikulli .. dengan tiap2 .. sifat mujarrad
شَىۡءٍ۬ .. syaiun .. sesuatu .. mujarrad/abstrak sebenar

wassalam

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 06:30 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 25-8-2016 04:18 AM
Justeru, makna pena yang sedemikian bukan sahaja tiada terhad tertakluk kepada mana-mana pena terten ...
salam

Justeru, makna pena yang sedemikian bukan sahaja tiada terhad tertakluk kepada mana-mana pena tertentu tetapi juga merentas-melangkaui sebarang rupa-bentuk zahir pena yang ditanggap oleh deria insan.  

Makna tersebut turut bersifat benar senantiasa, tidak subjektif (yakni: tiada bergantung pada peribadi insan tertentu), tidak juga relatif (iaitu: bukan bernisbahkan tempat atau masa tertentu).
Muhit Nur Allah itu merentas melankaui melimpah ..
Qalam Allah dan Kalam Allah
yang tiada huruf .. tiada suara

maka wajib ada Allah Taala .. mustahil tiada ..
dan senantiasa Ada selama2 nya .. tiada d'keranakan denga suatu kerana

Sifat mujarrad dan kulli ini juga, sekiranya diperhalusi, juga mencirikan dua teras Agama Islam: keimanan dengan Allah dengan segala Sifat Kesempurnaan-Nya dan Nabi Muhammad S.A.W. dengan seluruh sifat mulia pada dirinya, baik yang zahir mahupun yang batin.
Kalimah syahadah yang diulang sebut sekurang-kurangnya lima kali (atau sepuluh kali) sehari dalam setiap solat fardu menayangkan penegasan berterusan perihal dua teras tersebut.
ini d'katakan iman mujmal .. iman yang cantik ..
siapa cantik .. mujarrad itu ..
maka memerlukan iman kerana untuk memandand Dia cantik
iman mujmal 2 perkara
  • percaya aku akan Allah Taala dengan barang d'firmankan
  • percaya aku akan rasulUllah dengan barang d'sabda

untuk mencapai iman mujmal memerlukan perlaksaan 68 aqaiduliman ..
maka sampailah akan iman itu pada iman latifarubbani ..
dengan menunaikan syahadat menerusi kalimah tauhid dan rasul nya ..
Keimanan sedemikian pula diasaskan atas dasar ilmu, bukan ikut-ikutan, bukan telahan pendapat peribadi, bukan juga ciptaan khayalan diri.
dasar ilmu ..
kalimah tauhid
kalimah rasul
d'ketahui dan d'yakinkan
Malah, sangat ketara berbeza dengan penganut agama-agama yang lain, Umat Islam sama sekali dilarang daripada melakukan sebarang lakaran dan ukiran (yang bercirikan tanggapan inderawi) untuk memerihalkan Allah dan Rasul-Nya
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
Laisa kamithlihi syaiun erti nya
tiada bersamaan nya Allah Taala akan sesuatu

اَشْهَدُاَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ
وحده لاشريك له
واَشْهَدُاَنَّ مُحَمَّدً عبده ورسوله

Sebaliknya, pemerihalan tersebut serta kesedaran dalam diri mereka yang terbit daripada pemerihalan itu berlangsung tanpa putus melalui kata-kata yang tepat dan jelas; yakni, dengan bahasa yang dipelihara dan dipupuk dalam pendidikan pada pelbagai tingkat.
pendidikan rohani dengan rubbani ..
Bahkan syahadah itu sendiri terdiri daripada kata-kata yang disedari dan dihayati.
syahadat itu sendiri adalah mujarrad/abstrak .. syauiun ..
Larangan penggunaan wahana yang mudah diterima oleh deria insani (iaitu lakaran, ukiran dan yang seumpamanya), seiring dengan pemanfaatan sehabis mungkin wahana akal (yakni bahasa yang jelas dan tepat), dalam memerihalkan dan menyedari secara berterusan dua teras agama ini jelas menunjukkan bahawa Islam memang menyedia dan memupuk Umatnya untuk mencapai tahap paling luhur dalam pemikiran, iaitu, tahap yang abstrak dan universal.
akhiri penulis menjelaskan tentang mensyirikan ..
dengan erti kata ..
لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ
وحده لاشريك له

maka dengan pegertian
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
Laisa kamithlihi syaiun erti nya
tiada bersamaan nya Allah Taala akan sesuatu

membawa maksud ..
tiada bayang dan bekas
tiada bintik dan garis
tiada d'warnakan dengan suatu warna
tiada d'rupakan dengan suatu rupa ..
bersih luar .. bersih dalam
bersih hingga ke perut2nya sekali ..


wassalam


p/s ..
sekian sedikit kupasan dari saya yang daif  ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2016 07:05 PM | Show all posts
NorAddin replied at 1-9-2016 05:18 PM
salam

a very good artikel indeed ..

u know what tang bab bahasa dan pemeliharaan bahsa yg baik tu i found very interesting sebab, bahasa as u know satu entiti yg powerful a edium yg menrjah minda  yg membawa mesej makulmat  dalam bentuk simbol, bunyi bunyian yg difahami oleh otak manusia

u see nampak tak teh harmoni and the Al KAMAL of ALLAH


daripada pernyatan tu pun we could do abstraction

bahasa = entiti abstract / konsep  kepada  medium yg  menerima maklumat tu mata ke  telinga ke ( visuo - auditiry ) then kemudian memproses maklumat tu otak ( fizikal  + minda - abstract ) dan kemudian pemahaman

u see even the process menanggapi ilmu tu pun u see? Allah dah harmonsiekan ada elemen elemen mujarrad  , konkrit ....mujarrad balik

semua Di ajadikan in perfect harmoni sebab tu ada konsep in science kan keseimbangan alam , ekosistem, kitar aiarlah kitar god knows what semua...

Macam Allah tunjukkan manifests HIS SUPREMACY and sifat yg sempurna, Maha sempurna tu dalam semua

all He needs untuk kita tunduk , kan?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2016 07:07 PM | Show all posts

cool....this is great.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2016 07:08 PM | Show all posts
NorAddin replied at 1-9-2016 06:30 PM
salam

Muhit Nur Allah itu merentas melankaui melimpah ..

wow man...cool...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2016 07:12 PM | Show all posts
NorAddin replied at 1-9-2016 06:30 PM
salam

Muhit Nur Allah itu merentas melankaui melimpah ..
untuk mencapai iman mujmal memerlukan perlaksaan 68 aqaiduliman ..
maka sampailah akan iman itu pada iman latifarubbani ..
dengan menunaikan syahadat menerusi kalimah tauhid dan rasul nya ..
hmm....this is too clever for me, what are those ye ? i am curious
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2016 07:15 PM | Show all posts
NorAddin replied at 1-9-2016 05:34 PM
salam

Qalam Allah .. tiada huruf

what is syuhud? i have no idea what that is ?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2016 08:06 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 1-9-2016 07:15 PM
what is syuhud? i have no idea what that is ?
salam

penulis membawa pengertian syuhud d'dalam dimensi yang berbeza ..
d'dalam dimensi akademik .. which it is good .. informative ..
Susulan daripada penelitian tekun insan terhadap segala perkara dan segi berkaitan pena
erti syuhud adalah pandang ..
bahasa orang putih .. focal focus ..
bahasa air force pilot .. target lock .. waiting order to shoot .. hehe

wassalam

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 08:13 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 1-9-2016 07:12 PM
hmm....this is too clever for me, what are those ye ? i am curious
salam

aqaiduliman makna simpulan iman ..
68 aqaiduliman dari kalimah ..
لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ .. Kalimah Tauhid
Daripada kenyataan awal kalimah tauhid ini
memberi nafas kehidupan kepada penyataan kalimah Rasul
مُحَمَّدً رَّسُوْلُ اللهِ  .. Kalimah Rasul
Kenyataan kedua kalimah Rasul ini
menyatakan ada nya Dzat Allah ..( mujarrad/abatrak/syaiun )


wassalam

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 08:18 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 1-9-2016 07:05 PM
u know what tang bab bahasa dan pemeliharaan bahsa yg baik tu i found very interesting sebab, baha ...
salam

all He needs untuk kita tunduk , kan?
very very very correct ..
كَلَّا لَا تُطِعۡهُ
sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya;
وَٱسۡجُدۡ وَٱقۡتَرِب
dan sujudlah dan dekatkanlah [dirimu kepada Tuhan]


untuk mencapai sifat akhmal ..
daripada ..
  • ilmu yakin
  • ainal yakin
  • haqul yakin
  • akhmal yakin


baru lah boleh seimbang ..
  • anggota
  • hati
  • nyawa
  • roh


makna seimbang d'sini ia lah ..
tenang atau lapang tiada halangan ..

wassalam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.074152 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list