CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4137|Reply: 6

Tak Susah Pun Nak Sediakan Dadih, Jom Cuba Buat!

[Copy link]
Post time 26-8-2016 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Pemanis mulut pasti tambat selera sesiapa sahaja melihatnya. Tertelan-telan air liur dibuatnya kan? Selalunya apabila beli di kedai, sebekas berharga lebih kurang RM1.50. Tapi, jika anda buat sendiri, boleh dapat berbekas-bekas dengan modal kurang RM10.


Gambar hiasan



Bukan susah nak buat dadih. 'Dessert' yang paling mudah dan ekspres disediakan untuk keluarga dan tetamu. Serbuk dadih pun ada di jual di pasaran dengan pelbagai perisa. Mangga, kiwi, strawberi, kelapa, vanila, coklat dan banyak lagi. jadi, anda perlu pilih sahaja perisa yang anda suka dengan harga tak lebih daripada RM6.




Penulis kongsikan resepi Dadih Strawberi seperti di bawah. - CARI

Bahan-bahan :

1 paket serbuk dadih
1 tin susu cair (atau 1/2 tin susu pekat manis)
Secubit garam
Sedikit gula (terpulang untuk letak atau tidak)
3000ml air
Nata De Coco (untuk tambahan)

Foto : BitterSweetSpicy




Cara-cara penyediaan :

1) Baca Bismillah, niat dalam hati agar sedapkanlah dadih ini Ya Allah untuk dihidangkan pada orang.

2) Masukkan 3000ml air dalam periuk. Masukkan susu cair, gula and garam. Kacau sehingga mendidih.

3) Kesemua bahan sudah memdidih, tutup api.

4) Masukkan serbuk dadih. Kacau sehingga sebati.

5) Masukkan dalam bekas yang disediakan.




6) Boleh letak Nata De Coco ikut selera masing-masing. Kemudian, biarkan seketika sehingga sejuk.

7) Masukkan dalam peti ais dan bolehlah hidangkan kepada keuarga tersayang mahupun tetamu.

Gambar hiasan






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2016 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
wat dadih mmg senang gler..antara malas gn rajin je
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 12:55 AM | Show all posts
Sedapnya dadih..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
mkn sejuk2..sedapp..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 12:35 AM | Show all posts

Lajuuu jer masuk dalam tekak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:38 PM | Show all posts
Mmg senang...tapi bila buat nanti aku mkn byk...mkn byk nanti gumuks  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2016 02:58 PM | Show all posts
selalu gak buat ni..mmg sdp n cpt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.074931 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list