CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Amelina kembali solo

[Copy link]
Post time 4-9-2016 12:59 AM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2016 04:30 PM | Show all posts
Dah pulang ke pangkuan keluarga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak relevan dgn thn 2016. Sila terima hakikat dah takde nilai komersial.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:21 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2016 08:04 AM | Show all posts
Amelina mengaku bercerai selepas 16 tahun berkahwin




Gambar pada tahun 2009 sewaktu Amelina masih bergelar isteri kepada Reduan (kanan).


KUALA LUMPUR – Ratu Dangdut, Amelina yang kini kembali aktif menyanyi mengesahkan perkahwinan yang dibinanya selama 16 tahun dengan seorang ahli perniagaan sudah pun berakhir beberapa bulan lalu.

Sebelum ini terdapat beberapa laporan mengenai keruntuhan rumah tangganya sejak dia melakukan kemunculan semula dalam industri, namun Amelina, 41, mengambil pendekatan mendiamkan diri.

“Betul, saya sudah pun bercerai dengan bekas suami beberapa bulan lalu. Tetapi butiran lanjut mengenai perceraian kami tidak perlu dilanjutkan kepada umum.

“Jika dulu saya boleh berkahwin secara rahsia, mengapa tidak apabila bercerai ia juga tanpa sebarang publisiti,” ujar pelantun lagu Rindu itu sewaktu dihubungi Kosmo! semalam.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2016 09:56 AM | Show all posts
so, waktu raya tahun lepas tuhh.. dia dalam proses cerai laa tu kot.

ni baru beberapa bulan jah cerai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2016 10:08 AM | Show all posts
enginelady replied at 2-9-2016 10:57 PM
Aku ingat mmg lama dah dia declare dia bercerai. X eh?

aah..bkn dh lama ke she cerai..
baru official la kot ni

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
relevan lagi ke acik ni hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2016 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
relevan lagi ke acik ni hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
relevan lagi ke acik ni hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2016 08:35 AM | Show all posts
Berkorban demi tersayang

Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my


Istilah korban sangat besar dan mempunyai makna yang pelbagai bagi setiap orang.

Bagi mereka yang bergelar ibu tunggal, pengorbanan sangat besar ertinya buat mereka.

Berkongsi pengorbanan bergelar ibu tunggal, sempena Aidiladha tahun ini beberapa selebriti terkenal bercerita pengalaman dan pandangan mereka mengenai definisi pengorbanan.

Mereka ialah penyanyi dangdut popular Amelina; pelawak Maharaja Lawak Mega (MLM) Vicha Saywho, pelakon Izreen Azminda dan pelakon Rita Rudaini.


Amelina cekal sendirian

“Bagi seorang yang bergelar ibu tunggal seperti saya, apa yang dilakukan bukanlah dengan niat untuk dipandang tinggi atau perlu dihebohkan kepada masyarakat. Ia kewajipan bagi saya.

“Apa yang terjadi dalam hidup ketika dulu dan waktu sekarang adalah sebahagian daripada pengorbanan saya. Ketika ini saya perlu membesarkan enam anak seorang diri.

“Apa yang saya lakukan buat mereka sebenarnya terlalu besar. Saya perlu bermula semula dengan kosong dan bekerja untuk menampung kehidupan anak. Tiada harta yang ditinggalkan oleh bekas suami untuk saya dan anak meneruskan hidup.

“Segala yang hendak saya lakukan untuk anak semuanya saya buat sendiri tanpa bantuan sesiapa. Saya perlu berusaha keras demi mereka. Selain itu, saya juga terpaksa berdepan segala tohmahan dan cakap-cakap orang dan hanya Allah saja yang tahu.

“Begitu juga dengan kerjaya seni, kerana begitu berminat saya kembali semula dalam bidang ini di samping mencari rezeki untuk menyara anak,” katanya.

Izreen Azminda jaga anak dan ibu

“Memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal memang cukup besar. Sayalah ibu dan sayalah bapa kepada anak.

“Sempena Aidiladha (hari ini), saya memperlahankan aktiviti seni berikutan sudah memberikan sepenuh perhatian dalam lakonan beberapa tahun kebelakangan ini.

“Anak tunggal saya, Muhammad Adrian Umar dijaga ibu yang ketika ini sering mengadu sakit-sakit lutut. Maklum la usia sudah tua pasti ada saja penyakit yang melanda. Melihat keadaan ibu pastinya saya tidak mahu lebih menyusahkan dirinya. Justeru, saya sudah bersiap sedia untuk memperlahankan aktiviti seni.

“Dengan anak yang semakin membesar dan lasak pastinya dia lebih memerlukan perhatian saya. Ibu ada juga meluahkan pendapat meminta mencari pembantu supaya lebih menyenangkan kerja saya.

“Melihat keadaan sekarang yang banyak masalah dengan pembantu rumah, saya bimbang dan tidak yakin. Justeru, saya memilih biarlah saya yang berkorban untuk menjaga mereka berdua.

“Bukan tidak mengambil langsung tawaran berlakon tetapi saya akan melihat mana yang sesuai dan tak memerlukan saya berada lama di luar ibu kota. Tahun ini juga saya tidak menyambut Aidiladha di kampung kerana banyak urusan kerja yang perlu diselesaikan. Insya-Allah dalam minggu ini saya akan bawa ibu dan anak pulang ke kampung bagi meraikan adik yang bakal bertunang nanti,” katanya.

Rita korban tenaga dan masa demi anak

Kesibukan mengurus restoran miliknya, Rumah Kueh menyebabkan Rita tidak dapat pulang menyambut Aidiladha di kampung tahun ini.

Menurut Rita, sejak Rumah Kueh beroperasi, jadual harian ibu tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna bertambah padat.

Bertambahlah pengorbanannya dalam membesarkan anak yang sudah pun mula bersekolah.

“Biasanya pada Aidiladha saya dan anak akan pulang ke kampung di Perlis, tetapi tidak pada kali ini disebabkan sibuk menguruskan restoran. Syukur ibu saya memahami dan mereka semua akan datang ke sini menyambut Aidiladha.

“Sejak adanya restoran ini kehidupan saya semakin sibuk. Dari pagi hingga lewat malam saya berkejaran menguruskan banyak hal. Apabila anak sudah tidur barulah saya boleh berehat.

“Saya perlu memastikan operasi restoran berjalan dengan baik. Saya bukanlah orang yang jenis membiarkan ia diuruskan pekerja saja. Kalau ada masa, saya mahu sentiasa di sini memastikan tiada sebarang masalah berlaku di antara pekerja dengan pelanggan.

“Syukur anak juga memahami. Mereka tidak terlalu cerewet, malah kadang-kadang apabila si adik meminta-minta abangnya akan memberi nasihat dan kata kasihan kepada ‘mummy’ penat cari duit.

“Tersentuh hati saya mendengar kata-kata mereka. Syukur segala yang saya lakukan dipermudahkan dan berjalan lancar. Bersendirian menguruskan restoran, memasak, uruskan sekolah anak, semuanya lancar dan banyak yang membantu.

“Apabila kita ikhlas melakukan sesuatu perkara itu, insya-Allah ia lebih dipermudahkan. Memang saya akui semua yang dilakukan memenatkan. Namun, melihat anak sudah cukup membuatkan hari-hari yang saya lalui lebih gembira,” katanya.

Suami Vicha Saywho hilang entah ke mana

Mungkin ada yang tidak tahu wanita berasal dari Bandung, Indonesia ini ibu tunggal tiga cahaya mata iaitu Aurael Angellina Khezya, 7, Listya Arum Tresnasih, 6, dan Michelle Averina Calista, 4.

Mula dikenali menerusi kumpulan lawaknya Saywho, Vicha kini menetap di Kuala Lumpur bagi memberikan tumpuan terhadap karier lakonan di sini.

“Bercakap mengenai pengorbanan dan Aidiladha tahun ini, pastinya mengenai anak yang kini berada di Bandung.

“Aidilfitri lalu saya tidak dapat pulang meraikannya bersama mereka. Terasa sayu dan sedih namun saya perlu bekerja untuk menyara mereka. Mujur ibu saya sudi menjaga mereka, jadi tidaklah saya bimbang sangat.

“Kesedihan dan pengorbanan saya bermula ketika hamil anak ketiga apabila suami hilang entah ke mana.

“Nafkah untuk anak jauh sekali dia ambil kisah, malah sehingga hari ini saya sendiri tidak tahu di mana dia berada. Mungkin sudah tertulis rezeki saya lebih berpihak di sini dan saya terpaksa berjauhan dengan anak.

“Apabila saya menghubungi mereka, pasti masing-masing bertanya kenapa saya tidak seperti ibu kawan mereka yang keluar bekerja waktu pagi dan petang sudah pulang ke rumah.

“Mereka sangkakan Kuala Lumpur dan Bandung itu dekat. Mendengar kata-kata itu menitis air mata saya. Insya-Allah jika rezeki masih terus di sini saya berharap dan berdoa dapat membawa ketiga-tiga anak saya tinggal di sini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2016 @ 11:20 AM
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 08:50 AM | Show all posts
sedih nya dah tua2 becerai
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah acik amalina.. Tapi mohon baju acik tu jangan la sendat sangat kalau nyanyi.. Seram iolss tau acik..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2016 12:34 PM | Show all posts
ratu dangdut amelinaa... dang di duttt... xpanjang jodohnya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2016 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
suami die kaya kan dulu..takkan tak reti menabung kak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.091303 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list