CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14449|Reply: 160

[Tempatan] MELAKA: 2 beradik dibelasah 30 orang, seorang meninggalkan dunia.

[Copy link]
Post time 28-8-2016 04:24 AM | Show all posts |Read mode





Melaka: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebuah sekolah menengah di Alor Gajah disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka di sini, jam 11.30 pagi kelmarin, selepas koma enam hari akibat parah dibelasah sekumpulan lelaki.

Terdahulu, dalam kejadian di Teluk Gong, Masjid Tanah, jam 11 malam pada 19 Ogos lalu, mangsa, Muhammad Shahrul Asri Rosainif, 17,bersama abangnya Muhammad Shahrul Azuan, 20, dibelasah kira-kira 30 lelaki.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang tidak bermaya itu kemudiannya dicampak kumpulan lelaki terbabit ke kawasan pantai berhampiran sebelum ditemui pengguna jalan raya.

Pengguna jalan raya kemudiannya menghantar dua beradik itu ke Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak. Muhammad Shahrul Asri yang parah di kepala kemudiannya dirujuk ke Hospital Melaka.

Ibu mangsa, Noryati Abd Razak, 50, ketika ditemui memberitahu, pada petang sebelum kejadian, dua beradik itu keluar bersiar-siar di sekitar Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak dengan menaiki kereta tanpa menyedari power bank milik arwah tercicir.

“Selepas menyedari power bank miliknya tercicir, arwah mengajak abangnya ke lokasi berkenaan untuk mencarinya. Saya cuba halang kerana sudah malam.

“Saya pujuk arwah dengan berjanji akan membeli power bank baru namun dia bersama abangnya berkeras mahu keluar dengan membonceng motosikal,” katanya, semalam.

Noryati berkata, selepas kira-kira setengah jam, dia menerima panggilan daripada Muhammad Shahrul Azuan memberitahu arwah dibelasah sekumpulan lelaki di Teluk Gong menyebabkan dia dan suami, Rosainif Abdul, 44, bimbang.

Menurutnya, Muhammad Shahrul Azuan memaklumkan, ketika melalui kawasan itu, mereka didatangi kumpulan lelaki terbabit dari arah belakang dan dia terus memecut motosikal tanpa menyedari arwah terjatuh.

“Selepas memecut sejauh kira-kira 30 meter, baru Muhammad Shahrul Azuan sedar adiknya terjatuh, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana arwah sudah dikelilingi kumpulan terbabit.

“Ketika itulah Muhammad Shahrul Azuan hubungi saya untuk maklumkan berkaitan kejadian. Bagaimanapun, perbualan kami terputus apabila dia turut dibelasah,” katanya.

Menurut Noryati, dia terkilan kerana arwah tidak sempat menduduki peperiksaan SPM bermula minggu ini.

Jenazah Muhammad Shahrul Asri dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Rumput.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian terbabit dan sudah menahan 13 individu berusia 24 tahun hingga 57 tahun pada 19 Ogos serta 20 Ogos lalu.

“Kes diklasifikasikan semula daripada Seksyen 148 Kanun Keseksaan ke Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas kami mendapat maklumat mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.


http://www.hmetro.com.my/node/162196?m=1


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 06:21 AM | Show all posts
geng2 rempit  pengkalan balak punye keje la ni
elok tangkap semua kasi sumbat dlm jail
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
apela motip belasah anak orang ni :
samseng kampung dusun naw sangat yg 30 orang tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa ini malaka...islam pukul islam...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
::::
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal pukul?diorang igt pencuri ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2016 08:30 AM | Show all posts
nak rempit apanya lagi dah 57 tahun tu. dah boleh dapat cucu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 28-8-2016 08:30 AM
nak rempit apanya lagi dah 57 tahun tu. dah boleh dapat cucu tu...

Org melaka ni byk je yg tak berjenis....baik jantanaupun betina.....

Aku senyum sinis je bila porummer puji-puji org melaka.  Tgok luaran ok...cuba kenal dekat...



*eh laba org melaka ke?...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Org melaka punya ego yg tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 08:49 AM | Show all posts
sbb tu kerajaan kena benarkan rakyat pgg pistol.

kalo jumpa org nak belasah kita terus peng peng.

msia ni dah terlalu bnyk penyangak. jd kita kena kurangkan sikit populasi penyangak2 yg ada dgn menghapuskannya dr dunia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi carik powerbank pastu kena belasah?bamgost kompius disitu
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sunno dan keganasan bagaikan aur dengan tebing
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kes ni sampai membunuh?.Oh Melayu gedebe sekor2
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 09:11 AM | Show all posts
ALOR GAJAH - Selepas empat hari bertarung nyawa setelah koma, seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah dekat sini, menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 11.35 pagi, semalam.

Mangsa yang dikenali Asri Atan, 17, koma selepas diserang lebih 20 individu dalam kejadian di Kampung Telok Gong, pada 21 Ogos lalu.

Sumber polis berkata, remaja terbabit bersama dua rakannya yang menunggang motosikal dipercayai telah menimbulkan bunyi bising sehingga menyebabkan sekumpulan penduduk yang berada di sebuah kedai makan terganggu dengan gelagat mereka.

Menurutnya, akibat berang dengan tindakan tiga remaja terbabit, beberapa penduduk dipercayai terus melulu ke arah mereka dan memukulnya sehingga cedera parah.

“Salah seorang remaja berkenaan yang sepatutnya menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu ini bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia (semalam).

“Manakala dua rakannya masih menerima rawatan di hospital, ” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya masih menjalankan siasatan.

“Kita juga telah mengenal pasti beberapa individu yang terlibat bagi membantu siasatan.

“Kes diklasifikasikan semula dari Seksyen 148 Kanun Keseksaan ke Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk tau je apa motif org tu belasah... X kan tetiba belasah tanpa sebab..
Tp kot ye pon x pyh la belasah ank org smpai mati...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat bising motor tu.tah2 tak makan saman,org soh soh diam makin ligat pulak..dapat pulak gang samseng panas baran..mendapatlah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 09:21 AM | Show all posts
erm.... 2 artikel ngan 2 versi yang bebeda

apa apa pun ... kalo marah, jgn ar balun sampai tinggal separuh nyawa ... bodooooo
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
so kena belasah 3 orang ke 2?
Asal artikel kat atas sinun cam lain ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 09:32 AM | Show all posts
otai_g replied at 28-8-2016 08:49 AM
sbb tu kerajaan kena benarkan rakyat pgg pistol.

kalo jumpa org nak belasah kita terus peng peng. ...

bukan ke kalau dah bebas pegang pistol, maknanya penyangak2 tu pun 2 kali bebas lagi pegang pistol?


Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 09:34 AM | Show all posts
wartawan malaysia macam gampang atau tukang beri maklumat yang macam sial?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.079247 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list