View: 3012|Reply: 9
|
[Tempatan]
Sungai buluh: kemalangan maut, lori hantu tanah dibakar penduduk
[Copy link]
|
|
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x524. |
Waris mangsa yang sebak di lokasi kejadian.
Sungai Buloh: Lori tanah dibakar kerana dikatakan terbabit kemalangan sehingga menyebabkan pembonceng motosikal maut, dalam kejadian di depan tapak pembinaan di Puncak Bestari 2, di sini, hari ini.
Difahamkan, lori terbabit dibakar selepas sekumpulan penduduk terbabit tidak berpuas hati dan menganggap kemalangan berpunca kecuaian pemandu kenderaan berat itu, pada 2.30 petang.
Kejadian menyebabkan tiga lori lain di kawasan tapak pembinaan berkenaan turut dirosakkan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus, ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian, pada 7.30 malam.
Katanya, siasatan mendapati kemalangan membabitkan lori tanah dan Honda Wave.
"Kejadian menyebabkan remaja lelaki berusia 19 tahun yang membonceng motosikal terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya cedera.
"Siasatan awal mendapati selepas kemalangan, sekumpulan penduduk datang dan membakar lori dan memecahkan cermin tiga lori lain di kawasan itu.
"Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi.
Menurut, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh, di sini, untuk bedah siasat.
Katanya, siasatan masih dilakukan bagi mengenalpasti punca kemalangan dan kejadian membakar lori itu.
http://www.hmetro.com.my/node/162282
|
|
|
|
|
|
|
|
elok sangat tu
jenis driver lori tanah ni kurang ajar
main redah je bwk |
|
|
|
|
|
|
|
Jagendas replied at 28-8-2016 06:20 AM
elok sangat tu
jenis driver lori tanah ni kurang ajar
main redah je bwk
Tapi kdg2 yg bawak motor ni pun sama je naik hmmm lagi2 yg budak2 remaja ni.. Takziah utk budak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
elok bakor skali dgn drebar lebih afdal |
|
|
|
|
|
|
|
Driver pon byk warga asing yg tak berlesen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak dreba lori cam babeee sekarang ni.. Bawak lori duk cucuk2 dekat.. Masa tgh banyak kereta dlm speed 50-70 camtu jarak tak sampai satu kereta pon lori ni bawak.. Kalau emergency mampos keter depan yang brek tu. |
|
|
|
|
|
|
|
lori tanah memang antara lori yang paling aku benci atas jalan. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi selalunya bebudak kampung yang bawak moto pun agak macam sial jugak cara bawanya. tapi mamat dalam kes ni mungkin bawak elok persis nabilah kan... |
|
|
|
|
|
|
|
bakar lori tidak mejejaskan pemandu sebab:
1. Diorg boleh claim dgn insuran dan beli lori baru.
2. tindakan yang diorg tidak boleh claim baru betul
3. Tapi untuk puashati tu ok la...
apaun takziah terhadap mangsa..segelintir pemandu lori memang cam celaka.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|