CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1856|Reply: 22

[Tempatan] Isu Petronas vs Kerajaan Sarawak selesai

[Copy link]
Post time 28-8-2016 04:22 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING 27 Ogos – Kemelut berkaitan tenaga kerja yang dihadapi oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) di negeri ini, akhirnya menemui penyelesaian apabila syarikat cari gali minyak itu dan kerajaan Sarawak mencapai persetujuan dalam tujuh perkara selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Datuk Wan Zulkifli Wan Ariffin telah menga­dakan mesyuarat dengan Perdana Menteri bagi membincangkan isu tersebut di pejabatnya di Putrajaya.

Menurutnya, hasil perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju dalam tujuh perkara yang dijangka dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku termasuk isu permit kerja kepada kakita­ngan Petronas dari luar negeri ini khususnya Semenanjung yang berhasrat beker­ja di Sarawak yang dibekukan baru-baru ini.

“Perkara pertama dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah pelantikan anak tempatan Sarawak sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas yang mana bakal diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

“Kedua, sebanyak 192 jawatan kosong dalam syarikat itu pada masa sekarang akan diiklankan dalam akhbar tempatan dan diisi oleh rakyat Sarawak. Pihak Petro­nas perlu berunding­ dengan kerajaan negeri jika anak tempatan tidak sesuai bagi pekerjaan tersebut,” ujarnya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Isu ini tercetus selepas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan kerajaan negeri membekukan semua permohonan baharu permit kerja daripada kakitangan Petronas dari luar Sarawak khususnya Semenanjung berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, Adenan berkata, turut dipersetujui dalam mesyuarat tersebut ialah Petronas akan menyediakan 50 tempat untuk anak Sarawak melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas, memberi latihan teknikal secara intensif dan mendaftar lebih kemasukan untuk rakyat negeri ini di pusat latihan syarikat itu di seluruh negara.

“Petronas juga komited menyokong dua industri petroki­mia yang kini di peringkat akhir rundingan serta menyokong industri petrokimia dan hiliran lain dengan kerajaan negeri ini.

“Petronas bersama Kerajaan Pusat akan mempertimbangkan hasrat kerajaan Sarawak untuk terlibat dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi manfaat negeri ini,” katanya.

Tambah beliau, perkara terakhir dipersetujui ialah menerima pelan kerja Petronas untuk me­ningkatkan jumlah pekerja dalam kalangan anak Sarawak dalam bahagian pengurusan, pengurus, eksekutif dan bukan eksekutif menjelang 2020.

Katanya, selepas mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Kecil dipengerusikan oleh Setiausaha kerajaan Negeri akan membincangkan semula 586 permohonan permit kerja dari luar negeri ini yang dibekukan sekarang.

Mengenai tuntutan kerajaan negeri memohon royalti minyak dinaikkan daripada 5 kepada 20 peratus, Adenan berkata, perkara tersebut akan dibincangkan kemudian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 04:26 PM | Show all posts
malaysia boleh keluar dari sarawak kalau tak puas hati dengan keistimewaan sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu cacai marahkan dapig sarawak sbb bangkitkan isu. Ujong2 bijan menurut perintah rakyat sarawak saje. Cash lah bijan dan cacai3 nya @bioessence @zekMR
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang asam komen Bangkem.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sarawak mintak ape je dpt skang
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Petronas terus berkembang maju...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2016 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbanding dgn billion2 ringgit yg Petronas kebas, permintaan sarawak sedikit pun tak keterlaluan, sebaliknya terlalu sikit. Petronas sendiri tau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 28-8-2016 04:35 PM
Aritu cacai marahkan dapig sarawak sbb bangkitkan isu. Ujong2 bijan menurut perintah rakyat sarawak  ...

Keling pariah mabok
Tak ada orang tua nak buat gigi palsu
Ambil dedak jadi babian
Perasan dapig sarawak jadi champion ke    
Denan satim tu dapig ke  :zz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian serawak...terpaksa mengemis...kalau dah kompetan...tak perlu mengemis...ni tepaksa mengemis ..akahai...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 08:10 PM | Show all posts
cawat sebagai uniform taknak minta sekali ke sis ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
bioessence replied at 28-8-2016 05:51 PM
Keling pariah mabok
Tak ada orang tua nak buat gigi palsu
Ambil dedak jadi babian

Alah kesian cacai mudah sentap dgan isu murahan. Jangan nangis iya. Nanti dodol tolong comolot  
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk cap langkhau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 09:39 PM | Show all posts
So Malaya dengan Sabah bila nak kuar Malaysia?

Tinggal kan Serawak ja bela BN....

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-8-2016 09:39 PM
So Malaya dengan Sabah bila nak kuar Malaysia?

Tinggal kan Serawak ja bela BN....

Ok gak tu.lps ni blh sbt petronas dpt konsesi minyak di luar ng.which is sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
incrossroad replied at 28-8-2016 05:06 PM
Berbanding dgn billion2 ringgit yg Petronas kebas, permintaan sarawak sedikit pun tak keterlaluan,  ...

Masalahnya isu kompetensi anak2 sarawak utk memegang jawatan2 professional dlm petronas
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 10:57 PM | Show all posts
abangbikerz replied at 28-8-2016 10:15 PM
Masalahnya isu kompetensi anak2 sarawak utk memegang jawatan2 professional dlm petronas

sebenarnya ramai je anak Swk dlm pengurusan tertinggi Petronas be there on merit. Sampai level orang nombor 2 executive VP pun ada. Level VP ni pun ramai. Tak payah kuota pun bukan takde orang Sarawak yang bijak pandai.

Ini semua sepak terajang politik ja.... percayalah...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah Sarawak. dpt ketua menteri mcm Adenan Satem.. Lantang memperjuangkan kepentingan dan hak Sarawak. Klu harapkan Musa Aman, dia ajak bisik2 saja dgn Najib.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 28-8-2016 08:29 PM
Alah kesian cacai mudah sentap dgan isu murahan. Jangan nangis iya. Nanti dodol tolong comolot  :l ...

Siapa sentap paria oiii
Sendiri claim orang lain salahkan dapigs
lepas tu tuduh orang sentap  
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 01:30 AM | Show all posts
harap anak2 lokal Sarawak belajar rajin2 k, jangan asyik mabuk langkau saje
jangan hampakan toknan
nanti malas sekolah, malas belajar, nk masuk petronas pun xdapat..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 03:30 AM | Show all posts
boleh saya tahu kekauatan sebenar ekonomi sarawak tertumpu di bhgn industri primer ke  sekunder?

bagaimana tentang pelaburan di sarawak - adalah semuanya okay atau hanya tertumpu dalam bidang petrokimia sahaja sebab tu kerajaan negeri sungguh menumpukan bidang ini?


dan  ini tak menyalahi ke policy equal opportunity  yg selalunya dilakukan oleh MNC bertaraf global?



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.099025 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list