CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1166|Reply: 1

[Tempatan] Kinabatangan : Menantu bawa geng tetak mentua

[Copy link]
Post time 28-8-2016 11:14 PM | Show all posts |Read mode


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x614.

POLIS merampas sebilah pedang dipercayai digunakan dalam pergaduhan di rumah kongsi Ladang Lebih Jaya, Kinabatangan, malam tadi.

Kinabatangan: Lelaki berusia 47 tahun maut ditetak dan ditikam dengan pedang oleh menantunya serta tiga lagi rakannya dalam pergaduhan di rumah kongsi Ladang Lebih Jaya, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.45 malam itu, mangsa Andy Arif Fatah, 47, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah di beberapa bahagian tubuhnya.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata, susulan kejadian itu, anggota polis menahan empat suspek termasuk menantu mangsa yang terbabit dalam kes pembunuhan itu.

"Keempat-empat suspek berusia 16 hingga 29 tahun ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan di sekitar Kinabatangan, awal pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan masalah rumah tangga antara salah seorang suspek dengan isterinya yang juga anak kepada mangsa," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, semua suspek warga asing kini direman untuk siasatan lanjut dan polis turut merampas sebilah pedang dipercayai digunakan ketika pergaduhan berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


http://www.hmetro.com.my/node/162462


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Empat orang lawan satu dengan pedang lagi...
Dasar sok jago....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.244177 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list