CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18271|Reply: 253

[Tempatan] Ajal ketika cuba bantu kawan, #unsur buli? bayangan gurauan?

[Copy link]
Post time 29-8-2016 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 30-8-2016 03:22 PM

Ajal bantu kawan


PELAJAR lelaki tingkatan tiga di SMK Presint 9 (2), Putrajaya maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan, 9.40 pagi tadi.
FOTO ihsan pembaca

Nursyahirah Marzuki
am@hmetro.com.my

Putrajaya: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), di sini, maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi mangsa Azim Hakimi Abu Shuja, 15, dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil beg rakan yang dibuang oleh rakan lain.

Menurut sumber, mangsa dikatakan cuba membantu rakannya mengambil beg berkenaan.

"Ketika melompat keluar, mangsa dikatakan gagal memgawal diri dan terjatuh dari tingkat tiga bangunan berkenaan," katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Ogos 2016 @ 12:31 PM












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2016 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ajalnya dah sampai... But wait! Mungkin dalam beberapa minit jantungnya bakal berdegup kencang kembali!

Akak nak tag sorang forummer tu, namun akak lupa pula nama beliau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2016 12:47 PM | Show all posts
puas la hati pembuli.

campak beg orang ke luar bagai
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 12:48 PM | Show all posts
lu ingat lu superman ka mau lompat2 keluar dari tingkat 3..



Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 12:49 PM | Show all posts
mohon budak2 yg campak2 beg tu sila dikuasai ketakutan hantu di malam hari!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 12:49 PM | Show all posts
Boleh buat tuduhan membunuh tanpa niat?
Sila la pihak sekolah bagi cadangan hantar pembuli ke sekolah Henry Gurney.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2016 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
     aduhai berita meruntun jiwa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2016 12:50 PM | Show all posts
KES KEMATIAN JATUH BANGUNAN MELIBATKAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH PRESINT 9 (2) PUTRAJAYA

Pada jam 29 Ogos 16, jam lebih kurang 0940, satu kemalangan jatuh bangunan dari tingkat 3, melibatkan seorang pelajar lelaki telah berlaku di SMK Presint 9 (2), Presint 9.

Butir-butir mangsa-mangsa
Nama : Azim hakimi bin Abu shuja
No kp : xxxxxxxxxxxx
Tingkatan : 3 Elit, SMK Presint 9 (2)
Alamat rumah : Lep xx Seri Kembangan, SELANGOR;
Punca kejadian
-------
Difahamkan punca kejadian pelajar terbabit cuba untuk mengambil beg kawannya yang telah di buang keluar oleh kawan lain. Tujuan tindakan beliau adalah untuk membantu pelajar tersebut mengambil beg yang telah dibuang. Namun ketika pelajar tersebut melompat keluar, beliau telah gagal mengawal diri untuk bertahan dan seterusnya jatuh ke bawah.


Situasi terkini

Pada jam 1100 hrs pihak polis telah membawa mangsa ke hospital PUTRAJAYA untuk tindakkan selanjutnya.

Untuk makluman awal tuan2/puan2/Cik2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2016 12:51 PM | Show all posts
Edited by Syd at 29-8-2016 12:53 PM











Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 12:51 PM | Show all posts
tunggu berita lanjut baru nak komen..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 12:52 PM | Show all posts
lavawassapcall replied at 29-8-2016 12:48 PM
lu ingat lu superman ka mau lompat2 keluar dari tingkat 3..

Kemungkinan tindakan spontan, beg di campak ketika dia berada di koridor. Nak capai dengan tangan tapi terlepas dengan badan sekali.
Takziah kepada ahli keluarga.
Kepada parents pembuli, semak diri kenapa anak jahat sebegitu sekali buat kerja tiada faedah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 12:54 PM | Show all posts
Ada lagi sindrom campak beg dekat sekolah zaman ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 12:54 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 29-8-2016 12:52 PM
Kemungkinan tindakan spontan, beg di campak ketika dia berada di koridor. Nak capai dengan tangan  ...

dalam repot polis tulis melompat keluar...superman tu...tak superman mesti budak tu berangan jadi spiderman.








Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 12:54 PM | Show all posts
kenapa dgn dorang ni ek....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 12:59 PM | Show all posts
sedih hati bila baca berita mcm nie...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mati katakman...
Takziah...
Buli dimana-mana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2016 01:01 PM | Show all posts
lavawassapcall replied at 29-8-2016 12:54 PM
dalam repot polis tulis melompat keluar...superman tu...tak superman mesti budak tu berangan jadi  ...

Sejak bila boleh percaya 100% apa yg wartawan tulis?
Entahlah, tunggu aje update.
Apapun, sedih membaca kisah sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu mak akak selaku guru besar pencen cakap, masuk kelas darjah satu sebagai cikgu rasa seronok sgt tgk muka bersih budak2. Pi pulak melawat kelas tingkatan lima huhhhhhhh boleh masuk hospital terkena serangan jantung
Kat mana silapnye sistem pendidikan kita dgn anak2. Apa yg kita org dewasa ni dah corak kat bdk2 ni dari dorang darjah satu sampailah dorang di tahun akhir tingkatan lima
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 01:07 PM | Show all posts
sedihnya parents dia. pagi sihat2 pegi sekolah. nak exam pt3 ni. x sampai setengah hari sekolah call bagi tau anak dah x de. Ya Allah, berilah rahmatMu atas anak ini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 01:07 PM | Show all posts
sedihhh
adakah dia lompat kat koridor(yg xde  dinding tu-mcm tempat letak ekon)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.172342 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list