CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1907|Reply: 6

[Dunia] Indonesia: Lelaki pulang ke rumah selepas sehari dikebumikan

[Copy link]
Post time 30-8-2016 06:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-8-2016 10:59 PM


Hamid (tengah) yang hidup kembali setelah sehari sebelumnya dikuburkan


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x1226.

KUBUR tempat jenazah seorang lelaki dipercayai Hamid ditanam. - Agensi

Bengkulu: Penduduk kampung Desa Rindu Kedui di sini, gempar selepas seorang lelaki tiba-tiba kembali semula ke rumahnya selepas sehari dia meninggal dunia dan dikebumikan.

Lelaki yang dikenali sebagai Hamid, 65, itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bengkulu pada Khamis lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri beberapa hari lalu.

Pihak hospital kemudiannya menghubungi keluarga Hamid yang datang sebelum menguruskan dan mengebumikan jenazah lelaki itu pada hari yang sama.

Sehari selepas itu, beberapa penduduk kampung menemui Hamid masih hidup dan sihat di Bengkulu serta segera membawanya pulang ke kampung.

Keluarga Hamid dan penduduk kampung terkejut dan panik apabila melihat lelaki itu masih hidup selepas sehari dikebumikan.

Cucu Hamid, Riska Yulia Antika berkata, keluarganya sangat terkejut apabila melihat lelaki itu masih hidup dan segera membuat laporan polis.

Katanya, mereka juga bingung kerana lelaki yang dikebumikan sehari sebelum itu memiliki wajah dan ciri fizikal sama seperti Hamid.

“Datuk saya mengalami masalah mental dan jarang pulang ke rumah.

“Pada hari Khamis lalu pihak hospital memberitahu dia sudah meninggal dunia selepas ditemui terbaring di tepi jalan di Bengkulu,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis, Raden Tri Wahyu Budiyanto berkata, pihaknya menyiasat kes berkenaan dan akan berusaha untuk mengenal pasti identiti sebenar jenazah yang dikebumikan keluarga Hamid. - Agensi


http://www.hmetro.com.my/node/162579



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2016 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
saka pakcik kah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 07:26 AM | Show all posts
gimbaran....

mcm si @dodolgemok  ada gimbaran kaling...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo salah kebumi org
Igtkn pakcik tu korek balik tanah tu nk keluar
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 09:11 AM | Show all posts
hospital salah org daaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 09:12 AM | Show all posts
salah kuburkan orang? hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2016 10:58 AM | Show all posts
hospital pun pening,.... boleh tersalah orang
ahli keluarga tambah pening... percaya ckp hospital
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.072094 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list