View: 13943|Reply: 170
|
[Tempatan]
Wanita bunuh diri terjun dari tgkt 32 dgn anak
[Copy link]
|
|
Edited by juliez at 31-8-2016 08:02 PM
Wanita, anak maut jatuh tingkat 32
Oleh Siti Azila Alias sitiazila@bh.com.my
SEORANG suri rumah bersama anak lelakinya berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 32.
KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah berusia 23 tahun bersama anak lelakinya berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 32 Residensi Kiara Jalil 2, Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Kejadian disedari suami mangsa kira-kira jam 2 petang apabila terdengar bunyi benda terjatuh ketika berada di rumah mereka di tingkat 9 kondominium berkenaan. Ejen hartanah berusia 28 tahun yang memeriksa dari koridor rumah kemudian terkejut melihat isteri dan anaknya terdampar di tingkat bawah.
Difahamkan, mangsa cuba membunuh diri pagi tadi dengan mengelar lengannya menggunakan pisau tetapi, dihalang suami. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata kedua-dua mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala, badan dan kaki dan siasatan polis di lokasi turut menemui telefon bimbit milik mangsa di tingkat 32, yang dijadikan kawasan rehat bagi penduduk.
Menurut Kok Sin, suami mangsa berkata mereka sekeluarga termasuk adiknya yang tinggal bersama di rumah itu mahu pulang ke Karak sebelum kejadian itu. Katanya, mangsa kemudian memberitahu suaminya mahu membuang sampah dan membawa bersama anak mereka namun, tidak kembali ke rumah.
"Selepas lima minit isterinya keluar, suami mangsa meminta adiknya untuk mencari wanita itu di parkir kereta kerana dia mahu mengemas barang.
ANGGOTA polis mengangkat mayat wanita dan anaknya yang dipercayai terjatuh dari tingkat 32 sebuah kondominium.
"Tidak lama kemudian, dia terkejut mendengar bunyi dentuman kuat dan apabila diperiksa isteri bersama anak sudah terbaring di tingkat bawah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Chong berkata, suami mangsa memberitahu, isterinya itu mengalami tekanan dan dikatakan selalu berfikiran negatif dan sedih, selain sering memberitahu mahu membunuh diri.
"Bimbang dengan keadaan isterinya, lelaki itu membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital pada Mei atau Jun lalu," katanya. Kok Sin berkata, mayat dua beranak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysai (PPUKM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/188571
|
|
|
|
|
|
|
|
Black area skrg bukit jalil @Syd
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahu haunted residensi kiara jalil nih |
|
|
|
|
|
|
|
aduhai , takziah kepada keluarga mendiang. adeh kesian anak yg tak bersalah 3 tahun tu , isterinya depression tu, dan kalau dah ada suicidal ideation , kena pi hospital...family may be tak sempat atau may be tak sempat nak picked up bebenda ni.
aih kesian lah budak 3 tahun tu ....
|
|
|
|
|
|
|
|
apa asbabnya yg menyebabkan depression ni ...ada something happpend ke...? hmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti mak dia ni tekanan tapi dalam masa sama terlalu sygkan anak dia.jd dibawa terjun sama |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. Depresi ni bukan boleh diambik mudah iya |
|
|
|
|
|
|
|
Tinnginyer, aku dok tgkt 21 pun gayat nak mampos |
|
|
|
|
|
|
|
Memang dah bawa pun
"Bimbang dengan keadaan isterinya, lelaki itu membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital pada Mei atau Jun lalu," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
juliez replied at 31-8-2016 08:01 PM
Black area skrg bukit jalil @Syd
Ya, ada tgk gambar ni tadi.
Hmm, ngan anak sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh..ko nak depress mampus sorang2 sudah lah
Pi angkut anak tu sekali buat apa
Please lah..family members yg mana ada sakit mcm ni tolong terus hantar institusi mana2. Ni bukan setakat diri..ni sekali bunuh anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tindakan yang bijak bawa sekali anak.
Tapi tetap kesian pada si anak..
Takziah pada si suami.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pajeri_Nenas replied at 31-8-2016 08:14 PM
Tinnginyer, aku dok tgkt 21 pun gayat nak mampos
dari tingkat 32 blh dgr bunyi jatuh ek?.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyohh org karak..
Jatuh dr tingkat 32..cemana la hancur kepala nye..tulang patah riuk |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa la zaman bijan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
dlm berita tv3 kata kt oug. ape lah reporter tb3 ni |
|
|
|
|
|
|
|
dlm berita tv3 kata kt oug. ape lah reporter tb3 ni |
|
|
|
|
|
|
|
PPD ke ni? Alahai kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
Astaga, kesian budak 3 tahun tu. Xsmpat tgok dunia lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|