View: 3475|Reply: 60
|
Serangan keatas Najib tidak akan berhenti
[Copy link]
|
|
sebenarnya serangan keatas PM atau Pemimpin negara yg tidak akan berhenti,
serangan keatas Najib akan berhenti apabila Najib sudah tidak lagi menjadi PM.
Serangan ke atas Najib tidak akan berhenti
AHMAD SYAHRUL DERAUH
1 September 2016
[url=]
[/url]
Idris Haron
MELAKA - Serangan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan berhenti, sebaliknya akan ada pelbagai kaedah lain digunakan pihak yang mahu menjatuhkannya.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Haron berkata, golongan tersebut akan menggunakan apa juga cara untuk memastikan Najib berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Bagaimanapun katanya, usaha pihak terbabit masih belum berhasil, malah sebenarnya menjerat diri mereka sendiri apabila dari semasa ke semasa, rakyat mula jelik dan muak dengan pelbagai tohmahan.
"Saya percaya pelbagai bentuk dan kaedah akan digunakan terutama menggunakan demonstrasi jalanan.
"Mereka mungkin mempelajari daripada beberapa negara jiran yang telah melakukan perubahan pucuk kepimpinan politik menerusi cara ini.
"Tapi perlu diingat, negara kita ada undang-undang dan Perlembagaan. Kita memilih pemimpin secara sah menerusi pilihan raya yang lebih telus dan terbuka," katanya.
Menurutnya, kumpulan terbabit juga sengaja melakukan provokasi menjadikan musim mesyuarat perwakilan Umno untuk mendapatkan perhatian termasuk mengadakan demonstrasi jalanan seperti berlaku pada perhimpunan di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Ini kerana, katanya, mereka berharapkan agar isu Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dan Malaysian Offical 1 (MO1) akan dibangkitkan dalam mesyuarat perwakilan bahagian seluruh negara.
"Gesaan terhadap DOJ dibuat betul-betul dua hari sebelum bermula kempen mesyuarat perwakilan. Mereka harapkan perwakilan menyokong kenyataan DOJ. Tapi, nampaknya matlamat mereka tak kesampaian apabila tiada sambutan daripada Umno bahagian yang bermesyuarat.
"Sebaliknya, perwakilan menghentam balik DOJ dengan menyatakan banyak lagi sepatutnya dibangkitkan seperti isu serangan sehala ke atas Iraq. Begitu juga isu Guantanamo Bay, pencerobohan Amerika terhadap negara Timur Tengah dan Asia Barat.
"Itu lebih keutamaan untuk disiasat daripada 1MDB. Mengapa pula tiba-tiba isu 1MDB menjadi perhatian DOJ?," katanya.
Idris yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, setakat ini tidak ada tanda-tanda Najib akan menyerah kalah, sebaliknya terus melakukan tugasnya untuk negara serta mengukuhkan parti.
"Berapa kali cubaan (usaha menjatuhkan Najib), sekali melalui perhimpunan agung, gagal. Himpunan jalanan, juga gagal. Menerusi undi tak percaya di Parlimen, tak lepas. Usul-usul di peringkat Dewan Rakyat dan guna NGO juga tak lepas.
"Jadi, mereka guna kuasa asing pula, minta bantuan DOJ. Nampak sangat dia menggunakan cara itu untuk cuba sedaya upaya menjatuhkan perdana menteri kita. Seperti orang katakan, mereka ini 'tak menggigit'," katanya.
Ketika ditanya peluang BN menang PRU akan datang berikutan isu yang dilemparkan terhadap Najib, Idris berkata, melihat kepada kemenangan Pilihan Raya Negeri di Sarawak, tidak mustahil BN akan menang lebih besar kali ini.
"Rakyat tahu buat pilihan. Kalau pilihan raya Sarawak itu dijadikan pungutan suara walaupun semua tuduhan dan cerita buruk tentang pemimpin negara, rakyat Sarawak masih memilih BN sebagai parti pemerintah," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Time2 ni la klu nak membodek dan menjilat. Peluang cerah menang kerusi naib presiden |
|
|
|
|
|
|
|
org pembangkang tak akan berhenti sehingga PM boneka mereka yg naik....
|
|
|
|
|
|
|
|
si goblok ni ka yg ckp USA nak hapuskan melayu aritu??
|
|
|
|
|
|
|
|
geng sendiri pun malas nak bekap dia
Ismail Sabri: "Saya tak tahu apa ada dalam kepala dia (dan) kenapa"
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas dakwaan bahawa sitaan aset berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat (AS) sebahagian usaha 'membunuh' orang Melayu.
Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata, beliau tidak tahu apa yang ada dalam fikiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron ketika membuat dakwaan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Najib hanya membalas serangan yg x abis2 dari Tun M yg dh resign.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak serupa,
jika Tun tak serang, Najib pun tak serang balas tun.
Tuduhan WSJ mengenai 2.6b dari 1mdb pun Najib buat serangan balas dgn kenyatan dan Menteri Luar Arab Saudi yg mengesahkan duit
tersebut adalah sumbangan dari kerajaan Arab Saudi. Akhirnya WSJ akui jugak sumbangan dari Pak Arab.
|
|
|
|
|
|
|
|
rahman dahlan: MO1 memang Najib. Hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu |
|
|
|
|
|
|
|
Dan orang yg terus percaya dengan dakwaan DoJ juga termasuk dalam golongan orang yang bodoh tanpa disahkan kesahihan dakwaan dan bukti yg dikatakan dijumpa oleh DoJ.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab itu kena disiasat terlebih dulu kesahihan keterangan dari DoJ.
Nie..belum apa2 dah kempen TangkapMO1..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau takde angin, masakan pohon bergoyang.
Serangan ke atas najib, bukannya omongan kosong. Sebaliknya bersandarkan kepada asas-asas yang kukuh. Itu sebab ada beberapa siasatan dijalankan.
Kalau tiada asas, dengan mudah saje isu tersebut dapat ditepis oleh Najib dan kerajaan. Tapi dalam banyak kes, kerajaan nampak terkial-kial untuk menjelaskan isu/skandal berbangkit.
Ini diburukkan lagi oleh cyberwarrior umno/bn yang kurang cekap memberi penjelasan. Mereka lebih suka memaki hamun dan menyebar fitnah dari memberi penerangan yang jelas kepada umum. Contoh cyberwarrior umno/bn yang gagal adalah @Simunggu @kemaruk dan @zekMR
|
|
|
|
|
|
|
|
tanpa angin pun, pokok boleh bergoyang, jika ada orang yg sengaja mengegarkannya.
Serangan ke atas najib, mungkin jugak dari sumber yg tidak tepat, dari pelbagai andaian dan fitnah. Sebab sekarang macam2 boleh buat.
untuk nak menjatuhkan seseorang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak banyak untung sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
mslhnya dia tu mke tebal... tak undur2 |
|
|
|
|
|
|
|
Pemimpin sebenar takkan undur..
Najib pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan melalui proses pilihanraya yang sah
Macai2 ni taklwh terima kenyataan ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kena study balik kejatuhan Kerajaan Melaka ke tangan Portugis 1511. |
|
|
|
|
|
|
| |
|