CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35803|Reply: 229

Tak Hingin Saya Doa Utk Amar - Izreen Azminda

[Copy link]
Post time 22-9-2016 07:43 PM | Show all posts |Read mode
Izreen Azminda enggan berdoa untuk Amar Baharin




KUALA LUMPUR: "Kebiasaannya, media akan bertanya apakah doa dan ucapan kepada selebriti yang pernah dikaitkan dengan kita apabila dia akan berkahwin. Jika ditanya pada saya, tiada doa dan ucapan untuk dia."

Begitu reaksi pelakon, Izreen Azminda, 31, apabila diaju soalan mengenai bekas kekasihnya, Amar Baharin, 31, yang bakal menikahi Amyra Rosly, 25, November depan.

Sebelum ini, Izreen dikatakan pernah menjalin hubungan dengan Amar, namun kecundang.

Bukan itu saja, Izreen enggan digandingkan bersama Amar dalam mana-mana projek drama atau filem.

"Saya bukan sekadar tidak boleh berlakon dengan dia (Amar), malah cuba elak bertembung dengan dia di mana-mana majlis. Mungkin dia boleh kata tidak ada apa-apa dengan saya dan boleh tipu semua orang, tetapi, bukan saya.

"Saya tidak masalah dengan Amyra, cuma, dia yang sering mengelak atau melarikan diri daripada saya setiap kali bertembung," katanya ketika ditemui di majlis Sepetang Bersama Eyrns dan Izreen Azminda di sebuah hotel di ibu negara, petang tadi.

Pada 18 Julai lalu, Amar dan Amyra berkongsi berita gembira mereka bakal disatukan pada 11 November depan.

Enggan dikaitkan dengan mana-mana selebriti, Izreen berkata, gosip yang timbul mengenai hubungannya dengan pelakon lelaki sebelum ini tidak lebih kepada mempromosikan drama lakonan mereka.

"Saya tidak ada masalah dengan selebriti, cuma saya akan cuba elak bercinta. Setiap kali digandingkan dengan mana-mana pelakon lelaki, pasti akan timbul gosip bercinta.

"Sebenarnya, saya bergambar dengan pelakon lelaki sekadar menaikkan rating atau mempromosi drama lakonan kami... Itu saja," katanya.

Izreen mengaku pintu hatinya belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas apa yang berlaku.

Izreen sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Riza Baharudin, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar. Namun, mahligai yang dibina hanya bertahan tiga tahun.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/195207







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2016 07:44 PM | Show all posts
dh kenapa org mcm amar yg korang rebutkan. muka mamat ni tade aura sampai sudah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 07:45 PM | Show all posts
Izreen n cinta lokasi ... X abis2 cinta lokasi. dh putus sentap smp x blh blakon sama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 07:53 PM | Show all posts
sudahlah izreen weiii... tang orang tu nak kawin la engko mencanang. Janganlah spoil perasaan perempuan lain. Maunya si Amira cancel lagi kawin.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Putih gebu betol amar ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
senang direct ckp...izreen ok je ngn exlaki..
amar naik pn sbb izreen + amyra kalau x knal pn spa amar ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2016 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Smpai mcm tu skali frust. Xmo doa utk amar

reporter ni sengaja nk bakar hati izreen yg remuk redam:
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 08:02 PM | Show all posts
sudah2 la izreen oii. org tu dah nak kawin dah. kau nak doa ke tak, x de effect apa pun.
btw, izreen ni mudah sgt jatuh cinta kat lokasi ye. perasan je lebih.
agaknya terlampau menghayati watak smpi terjatuh cinta kaedahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2016 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebaya tapi kenapakah izreen kelihatan seperti kakak nye amar
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada amyra tak jadi kahwin sekali lagi ni karang
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dh kenapa izreen..manjang syok sendiri je..teringat yg dia mcm terferfeeling perasan bakal wife pahrin amat
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Err..nmpak nau dia ni msih sntap..satgi mst kontroversi plak.bg ayat klise sudah. Sy doakan dia bahagia. Ckup..ni dia p jwb gtu, lagi wartawan dok mai tanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Janda gelenyar..sebolehnya nk jgk suh jate canang cinta or in relationship dgn dia.padahal ko tu gelenyar syok sendiri duk gesel2 kt jate..bila jate bo layan terus nk burukkan plk.dasar janda birah apa salahnya ko doakan org tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatu sgt...sampai tak sudi nk doakan...marah betul dia ngan mamat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sebelum ni senyap je... hanya kawan kekdahnya... bila orang tu nak kawen memacam rempanan keluar... sama kes cam johan dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 08:07 PM | Show all posts
another mia ahmad wannabe ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pinkzara at 23-9-2016 02:50 PM

I rasa izreen jwb elok je.
Ni wartawan ni yg tambah rencah nk bg laku paper.
Tak takut tuhan betul laga2kan org.

Kang x jd kawin plk si amyra.
Wartawan jahat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2016 08:08 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 22-9-2016 08:04 PM
Ko dh kenapa izreen..manjang syok sendiri je..teringat yg dia mcm terferfeeling perasan bakal wife p ...



Masa gosip dgn fahrin theyols berlakon berdua jugak ker?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 08:13 PM | Show all posts
Kisahnya diorg bercinta sblm izreen kawen ke selepas?

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols team izreen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.079591 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list