CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: runaway_dida

MBC : Shopping King Louie ( Seo In Guk,Yoon Sang Hyun,Nam Ji Hyun,)

[Copy link]
Post time 24-11-2016 08:39 AM | Show all posts
tuna_sandwic replied at 16-11-2016 07:49 PM
Dah siap aku nye review.. @dauswq .....

Rating Keseluruhan Drama:  8.5 + 9.5 + 9.5   + 3.5   + 2  ...

stuju 200% calon SIG as best actor

iolss smpai sekarang tergelak2 lagi kalau igt nama audrey, vivian dgn cleopatra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2016 09:40 AM | Show all posts

@ayushuhada04 @sue87 @ayie77 @kikiharis @nadie90
@ichi
@makdik2301
@pauliza @Claudia_Lestat  
@Syik_Gojet  
@wonto  
@wima  
@alien_88
@limau
@santubung
@damien_lee
@siputsedut
@azimodin
@atira
@intan_smsb
@irie^nad @qis13
@rei_fiesya
@mushroomsup
@nada89
@ismaha
@tuna_sandwic
@dramamania
@thafly
@cantleyi
@manganini
@spankee_fili
@weAine
@Lorra2411
@annisa_kyra
@mizzacu
@hunny_bunny
@idadae
@dauswq
@chippotato
@eddlisa_uyuk

@swayne
@runaway_dida
@owen81
@hanezz

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 12:50 AM | Show all posts
guys...nak tanya,
Cite ni sampai episode 15 aje ker?...sbb kat dramabay samapi eps 15 je...tapi kat scene last tu ckp akan ada ep 16. Huhuhu...thx in adv.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 01:57 PM | Show all posts
mayutaka replied at 9-12-2016 12:50 AM
guys...nak tanya,
Cite ni sampai episode 15 aje ker?...sbb kat dramabay samapi eps 15 je...tapi kat ...

rasanya 16 ep.. iolls download je tp blom tgk lg, hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 11:00 PM | Show all posts
heywana replied at 23-11-2016 07:52 AM
Iolss sampai skrg duk ulang2 tgk loiue. Comel sgt!!

Pastu iols rasa muka boksil mcm agnes monica  ...

iols lak rasa muka dia mcm dian sastrowardoyo..
yg pasti iols rasa muka dia mcm indonesian, tak mcm korean pun.. nampak mcm biasa2 tp bila senyum manis je..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2016 01:34 AM | Show all posts
Edited by manganini at 17-12-2016 01:40 AM

REVIEW DRAMA SHOPPING KING LOUIE


Rating Keseluruhan Drama: (8.5+9.0+7.5+3.5+5= 8.4)


1. Cerita  (8.5/10)
- suatu idea yang ringan dan cliche - menceritakan tentang Louie, cucu chaebol yang hilang ingatan gara2 dianiaya pakciknya yang tamakkan syer perniagaan keluarga. Akibat hilang ingatan, Louie terpisah dari keluarga dan bertemu dgn Bok Sil, seorang gadis kampung yg juga pertama kali menjejakkan kaki ke bandar Seoul
- sungguhpun cliche, jalan cerita langsung tidak menjemukan dari awal hingga akhir. Ini kerana penulis bijak membuat plot twist yg tidak terduga, di samping banyak adegan kelakar yang sangat menghiburkan

- suatu yang harus dipuji ialah ketelitian penulis dalam menyusun plot drama ini. Penulisan yg kemas menjadikan susunan cerita lancar dan saling berkaitan antara awal dan akhir, seolah2 drama ini dihasilkan secara pra-produksi
- idea menggabungkan kisah chaebol hilang ingatan dgn kegemarannya yg suka berbelanja mewah sehinga digelar Shopping King juga kedengaran biasa2 tapi 'surprisingly' memberikan hasil yang menarik
- selain idea humor yang membuatkan tak kering gusi menonton, kisah cinta antara Louie dan Bok Sil juga sesuatu yg fresh berbanding kdrama yang lain kerana kesederhanaannya (simple, sweet, pure)
   
2. Keberkesanan Lakonan (9/10)
- setiap pelakon adalah kekuatan untuk drama ini. Ini kerana setiap watak (watak utama, pembantu hinggalah ke watak2 sampingan) diberikan keistimewaan yg tersendiri. Mutu lakonan yg ditunjukkan setiap pelakon juga sangat baik dan chemistry antara mereka dapat dirasai


Seo In Guk (Louie/Kang Ji Sung) *pencalonan Best Actor
- Watak Louie yg comel, keanak-anakan tetapi kadang2 'annoying' adalah sesuatu yg baru yang ditonjolkan oleh SIG dalam lakonannya kali ini. Tidak keterlaluan kalau saya katakan watak ini antara watak yg paling saya minati di kalangan watak2 kdrama yg pernah saya tonton
- Menerusi watak ini, SIG bijak mempelbagaikan mimik muka, aksi dan intonasi suara bertepatan dgn keadaan Louie pada satu2 masa (contohnya Louie ketika berperangai keanak-anakan, ketika takut serangga, Louie yang bijak, Louie yang romantik, Louie yang gila shopping, Louie yg poyo dll)



- pujian khas juga utk SIG kerana selalu memberikan feel yang terbaik untuk adegan 'kissing', maka tidak hairanlah beliau digelar Master of Kissing di arena kdrama. Kiss scene Louie dan Bok Sil di kedai buku dan seterusnya kiss scene di tangga red karpet adalah antara koleksi kiss scene yg paling natural dan sweet bagi saya


Nam Ji Hyun (Ko Bok Sil) *pencalonan Best Actress
- watak gadis kampung yang lasak, matang dan berdikari tapi sangat2 naif. Watak ini agak simple dan mudah tetapi NJH memberikan 200% untuk watak ini
- meskipun tidak banyak adegan yang mencabar, tetapi kekuatan lakonan dapat dilihat melalui perubahan intonasi suara dan mimik muka terutama ketika scene2 sedih/terharu


Yoon Sang Hyun (Cha Joong Won)
- watak Mr. Cha yang juga 'daddy long legs' kepada Bok Sil adalah watak yang paling kelakar dalam drama ini
- sungguhpun dari segi lakonan YSH kelihatan agak 'overdo' watak ini, tetapi pada masa yg sama kelakuan pelik Mr. Cha yang sentiasa grumpy dan berdehem 'erhmmm' menjadikan dirinya daya penarik bagi drama ini

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7.5/10)
- aspek teknikal seperti sinematografi dan lain-lainnya adalah agak biasa, tiada yang 'wow'
- editing kemas dan teliti dan pengarahan yang baik adalah antara kekuatan drama ini
- instrumental juga biasa namun semakin didengar semakin dirasakan menarik dan sesuai

4. Skor muzik (3.5/5)
- OST paling berhantu bagi drama ini ialah Tiger Mothnyanyian MonstaX (kedua-dua versi iaitu versi rancak serta versi akaustik nyanyian Kinhyun Monsta X)
- OST lain tidak begitu menyerlah


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)
- Mungkin kerana plotnya yang ringan, ditambah unsur yg lucu, sweet & romantik yg sesuai dgn citarasa saya, drama ini seronok ditonton berulang kali untuk menghilangkan stress.




akhirnya siap jugak review ku.. berpeluh jugak buat benda ni..
@dauswq








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2016 02:49 PM | Show all posts
Edited by idakamaruddin at 19-12-2016 03:05 PM



maaf atas spamming

marilah kawan-kawanku htrkan pencalonan anda sblm malam esok 20/12/2016

igt! setiap undian anda akan memberi impact kepada indsutri kdrama! #cewwaahh

jom klik

hantarkan pencalonan anda sekarang!! anda akan diberikan kredit percuma! apa lagi mari la hantarkan pencalonan anda sekarang!

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 03:03 PM | Show all posts
Edited by amany at 19-12-2016 03:13 PM

Review Drama Shopping King Louie


Ratings Keseluruhan Drama: (10 + 10 + 9.5 + 4.5 + 5 = 9.75)

1. Cerita (10/10)

Shopping King Louie : drama ber-genre komedi romantik. Drama ini sesuai untuk para peminat drama korea yang dah penat atau muak dengan tema-tema berat di dalam sesebuah drama korea.

Apabila bercakap tentang romantik komedi, pastinya tidak lari daripada perkataan cliche. Ye, drama ini memang cliche. Tetapi cliche dalam maksud yang baik, iaitu cliche yang buatkan anda langsung tak bosan malah terlupa bahawa drama ini drama cliche. Hahaha magis, bukan?

Drama ini drama yang ringan serta tanpa konflik yang terlalu berat. Ada watak-watak antagonis tetapi tak mengganggu-gugat perjalanan drama sehingga membuatkan kita benci kepada watak-watak antagonis yang ada. Pada perkiraan saya, drama ini antara drama yang buatkan saya enjoy tonton semua babak yang melibatkan watak-watak antagonis, dan mereka (watak-watak antagonis) merupakan watak-watak antagonis paling lawak pernah saya tonton hahaha. Nak buat jahat tapi asyik gagal je lol.

Cliche. Yes, sangat cliche. Hero (anak orang kaya, terlalu kaya I'd say) jatuh cinta dengan heroin yang miskin (love at first sight gitu), heroin pula terlalu baik sampaikan tak pernah meragui niat orang lain, kemudian datang orang ketiga, dan macam-macam lagilah cliche yang ada. You name it!

Sejujurnya, menonton Shopping King Louie seolah-olah membawa saya ke sebuah tempat bernama Neverland (Peter Pan). It's kinda like of escaping from the reality where everything is okay, the antagonist is not that annoying, we have an angel named Bok Shil, we have a puppy-like chaebol named Louie, lovely halmeoni, a looking-for-job hyung, cleaner ahjumma, daddy-long-legs Cha, drop dead handsome detective, and funny butlers. Dunia fantasi yang cukup dengan segala rempah. Tambahan lagi drama ini banyak menggunakan lagu tema Disney, nah lagilah bertambah fantasi-nya!

Mungkin kerana itu, setelah habis cerita ini, sukar untuk saya pulang ke dunia realiti kerana dunia fantasi ini lebih menyeronokkan

Tiga orang pelakon yang membawa saya kepada drama ini: Seo In Guk, Nam Ji Hyun dan Yoon Sang Hyun. Saya memang tak menyesal menonton drama ini malah terhibur dengan setiap adegan di dalam drama ini.

2. Keberkesanan Lakonan (10/10)

Seo In Guk (Best Actor)
Saya kenali Seo In Guk sejak dia debut menyanyi and I've been following him since then. Jujurnya, saya tak yakin Seo In Guk boleh membawa watak sebegini. Sebab penulis drama ini pernah kata, watak Louie ni watak yang puppy-like, childish, clingy, spend money without thinking even for a second. Atau dalam bahasa yang mudah: spoiled brat. Sangat berbeza dengan watak-watak yang dibawanya sebelum ini. Tetapi saya silap. Benarlah, "don't judge a drama by everything you read online. It might not be everyone's cup of tea, but it'd be yours." - amany. Hahaha. Seo In Guk sangat pandai membawa watak ini. Segala lenggok, gerak bibir, muka cute macam puppy, clingy, senang cakap semua imej yang digambarkan oleh penulis drama ni adalah betul. Kalau saya jadi Bok Shil pun, mustahil la nak ignore segala permintaan Louie. Even dia buat salah besar pun (kena scam through phone), tengok muka puppy-like dia tu, terus tak jadi nak marah. Tetapi dalam pada kebudak-budakan si Louie ni, dia nampak matang bila dia berjanji pada Bok Shil dia akan tolong Bok Shil cari adik Bok Shil; Bok Nam terutama bila dia cakap, "you can believe me."

Nam Ji Hyun (Best Actress)
Ini bukan pertama kali saya menonton drama lakonan Nam Ji Hyun. Sejujurnya, saya paling suka watak Nam Ji Hyun sebagai Bok Shil. Bok Shil yang manis. Bok Shil yang sangat innocent serta melihat dunia dari sudutnya sendiri. Saya suka dengan senyuman Bok Shil. Senyuman yang sangat ikhlas, bukannya dibuat-buat untuk tujuan lakonan. Yes Nam Ji Hyun got that one very pretty smile. Bok Shil ni wataknya a very motherly. Tengoklah cara dia layan Louie tu, sabar je. Cara dia layan looking-for-a-job hyung, makcik cleaner tu semua, even cara dia bercakap dengan semua orang pun, sangat sopan. Malah dia tak marah pun pada nenek yang curi beg dia tu. Dia siap bagi duit lagi utk nenek tu, bawa ke balai polis (ehem kacaknya abam detektif tu!), siapalah yang tak terharu dengan Bok Shil? Benarlah kata Louie, "Bok Shil is an angel that you can't find anywhere but only in Bok Shil World where everything is okay as long as they have Bok Shil."

Yoon Sang Hyun (Best Supporting Actor)
Siapa yang tak ingat pada Oska di dalam Secret Garden? Yoon Sang Hyun sekali lagi berjaya membawa watak yang sangat kelakar, nampak cold atau kasar melalui tingkahnya tetapi dia merupakan seorang yang sangat mengambil berat, atau dalam erti kata lain: tsundere. Bagi saya, watak Cha Joong Won merupakan antara rencah yang menyedapkan lagi jalan cerita Shopping King Louie. Setiap kali ada adegan Cha Joong Won dan Louie, saya mesti gelak terbahak-bahak. Saya paling suka dengan deheman Cha Joong Won hahaha. Lagi satu, saya rasa Yoon Sang Hyun je yang berani pulled off that kind of fashion with a straight face, as if he's trying to say that he has something against the world. Lol. Cha Joong Won ni watak kedua yang tak memberikan apa-apa threat kepada kedua-dua watak utama. Malah pada perkiraan saya, watak Cha Joong Won ini sangat penting sebagai jambatan yang mengeratkan lagi hubungan kedua-dua watak utama.

Uhm Hyo Sup (Best Supporting Actor)
Kim Butler. Saya memang suka setiap watak yang dibawakan oleh pakcik ni dan sekali lagi dia berjaya meraih perhatian saya. Walaupun hanya memegang watak Butler, tetapi wataknya amat penting. Dia bagaikan seorang ayah, kawan serta teman ber-shopping Louie. Saya suka dengan watak butler yang sebegini. Ini pun salah seorang manusia yang sabar juga melayan kerena Louie si budak-budak tu. Kim Butler ni memang hebat sebab dia boleh analisa orang. Hanya berdasarkan kepada video Louie berlari dengan badannya dipenuhi dengan pain relief patch, dia dapat menganalisis yang itu sebenarnya Louie. Malah dia memang dah arif dengan Louie yang asyik mengeja salah tu haha. Bagi saya, jika tiada watak Kim Butler, watak Louie takkan dapat dihidupkan dengan sepenuhnya.


3. Aspek Teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (9.5/10)

Drama ber-genre komedi romantik ini berjaya digarap dengan baik. Malah semua pelakon nampak tidak kekok sesama sendiri. Ini pastinya merupakan salah satu faktor kejayaan sesebuah drama.

Drama ini diadun dengan cukup baik. Ia ringkas, sederhana, tidak keterlaluan untuk saya katakan, walaupun tanpa scene yang melampau, tanpa konflik yang boleh buat pecah kepala, drama ini masih lagi yang terbaik, masih lagi duduk di dalam kelasnya yang tersendiri. Memang tak jangka langsung.

Sepanjang menonton drama ini pun, saya tak pernah rasa sikit pun nak skip atau fast forward sesuatu scene. Malah bila keluar scene watak-watak antagonis pun, I did enjoy watching them. Hahaha siapa yang tak enjoy tengok watak-watak antagonis yang paling dumb jika dibandingkan dengan semua watak-watak antagonis di dalam kdramaland?

Saya suka dengan bromance Louie dan Cha Joong Won. Hahaha bromance and sismance are really my weaknesses. I'd do anything to watch it over and over again. Cha Jong Won walaupun annoyed dgn Louie yang tak habis-habis dok clingy pada dia, tapi dia layankan je la si Louie tu.

Kemudian, saya sangat suka dengan icon-icon yang ditambah oleh editor. Contoh seperti icon telinga kucing masa Louie buat muka comel, atau icon telinga kucing dan ekor kucing masa Louie baring sembam muka di atas katilnya, atau icon macam marah bila Cha Joong Won marah. Bagi saya, icon-icon tu antara daya penarik drama ini.

Kerana adanya pengarah dan penulis skrip yang bagus serta semua yang terlibat juga memberikan kerjasama, Shopping King Louie bagi saya merupakan antara drama komedi romantik yang terbaik. Honestly, I enjoy watching every bit of this drama.

Saya suka setiap shot / sinematografi di dalam drama ini. Suka masa awal-awal episod, kita dibawa mengelilingi 'istana' Louie, daripada jalan menuju ke rumah Louie sehinggalah kepada bahagian di dalam 'istana' tersebut, membuatkan saya ternganga melihatnya sebab besar dan cantik!

Malah adegan di dalam sauna pun dibuat dengan menarik, siap guna lagu Disney bertajuk A Whole New World lagi okey.


4. Skor Muzik (4.5/5)

Saya suka dengan kebanyakan OST di dalam drama ini. Malah OST yang berbentuk instrumental pun sangat sedap didengar.

1. Monsta X - The Tiger Moth [Pencalonan Lagu Popular]


2. Kihyun (Monsta X) - The Tiger Moth (Acoustic Ver.) [Pencalonan Lagu Popular]


3. Umji [GFRIEND] - The Way [Pencalonan Lagu Popular]


4. Juniel - The Time [Pencalonan Lagu Popular]


5. SunBee - Hello [Pencalonan Lagu Popular]


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)
Saya pasti akan menonton semula drama ini terutamanya jika saya rindukan Bok Shil World


@dauswq



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2016 03:04 PM | Show all posts
amany replied at 19-12-2016 03:03 PM
Review Drama Shopping King Louie

uols edit n tag momod ye..nnt dorang xperasan uols htr review

@dauswq @ismaha

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 03:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 03:08 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 19-12-2016 03:04 PM
uols edit n tag momod ye..nnt dorang xperasan uols htr review

@dauswq @ismaha

Udah! Hehe. Makaseh ingatkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 10:07 AM | Show all posts

Saksikan debaran pengumuman TOP 5 #carikdramaawards


--->KLIK SINI<---

Pencalonan awal ditutup jam 11:59pm 20/12/2016. --->KLIK SINI 2
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 10:02 PM | Show all posts

Saksikan debaran pengumuman TOP 5 #carikdramaawards


--->KLIK SINI<---

Pencalonan awal ditutup jam 11:59pm 20/12/2016. --->KLIK SINI 2
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 06:20 PM | Show all posts


5th CARI 2016 K Drama Awards

[mbc] Shopping King Louie tercalon:

Terbaik (5) :
* Drama of The Year
* Best Director
* PD’s Award for Best Ensemble Cast
* Best Actor
* Song of The Year

Undian akhir: FINAL VOTING

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 08:44 PM | Show all posts
yeay.. finally hbs gak tgk cite ni
xsgka SIG boleh berlakon ala2 sengal
walaupon jln cerita simple tp suka tgk detail dlm penceritaan
1st time xstress tgk org jahat
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 09:55 AM | Show all posts
alien88 replied at 1-2-2017 08:44 PM
yeay.. finally hbs gak tgk cite ni
xsgka SIG boleh berlakon ala2 sengal
walaupon jln cerita simple ...

best kan cite ni


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2017 03:08 PM | Show all posts

yup2.. xstress lgsg tgk..
comel ja bok shil-louis

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 03:18 PM | Show all posts
alien88 replied at 2-2-2017 03:08 PM
yup2.. xstress lgsg tgk..
comel ja bok shil-louis

jo insung xcomel ker
rambut masa jadi PA tu klakar
tengok dlm defendant bleh teringat dia dlm citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 03:22 PM | Show all posts
rei_fiesya replied at 2-2-2017 03:18 PM
jo insung xcomel ker
rambut masa jadi PA tu klakar
tengok dlm defendant bleh teringa ...

haha.. jo insung msa jobseeker comel juga, bila jd PA dah xcomel
egtkan last jo insung dgn ma ri
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 03:30 PM | Show all posts
alien88 replied at 2-2-2017 03:08 PM
yup2.. xstress lgsg tgk..
comel ja bok shil-louis

comel kan dorang

iols suka time louis asik ngekor bok shil..pastu bok shil mcm x kesah je melayan louis.. nak pape sume bg..

suka moment louis beli brg tu bok shil pn melayan n plg best ms louis mengarah itu ini bok shil pn redha je...



moment paling lawak bg iols masa dorang ber4 tdo sama..pastu ms mr cha tlg angkut brg2 louis ngn bok shil naik basikal


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.412462 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list