CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4929|Reply: 23

[Tempatan] sahabatku maduku,isteri pujuk suami terima madu! ini yang kita mahu!

   Close [Copy link]
Post time 29-9-2016 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Atas dasar kasih dan sayang terhadap sahabatnya yang juga dianggap kakak, ahli perniagaan, Ida Nirwana Marzuki memutuskan untuk merisik, meminang seterusnya menjadikan wanita itu sebagai madunya.

Ida, 26, berkata, madunya, Norinie Rahmad, 35, yang juga yatim piatu disifatkannya sebagai pilihan terbaik untuk berkongsi kasih dengan suaminya.

Katanya, dia sendiri memujuk suaminya, Nurul Hakim Mohd Kusaini, 32, menerima Norinie.

"Pada awalnya suami agak keberatan kerana tidak pernah berhasrat untuk berkahwin dua selain tidak mempunyai apa-apa perasaan dan menganggap Norinie hanya rakan berniaga.

"Suami memaklumkan supaya diberi masa untuk berfikir. Dalam tempoh itu juga, hampir setiap hari saya memujuknya dengan memberitahu semua itu untuk menghalalkan hubungan, mengelak menjadi fitnah orang lain dan rasa tanggungjawab seorang sahabat," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, dia bersyukur suaminya akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan rakannya itu.

"Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Daripada merisik, bertunang sehinggalan kepada majlis akad nikah diadakan semalam (Rabu) pada 11 pagi di Masjid As-Syakirin, Desa Petaling dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta saudara-mara.

"Penerimaan keluarga juga baik dan tiada sebarang masalah malah anak lelaki saya berusia tiga tahun juga sangat rapat dan manja dengan madu saya sehingga memanggil madu saya dengan nama 'didi'.

"Kami bercadang untuk tinggal serumah iaitu di kediaman saya dan suami di Taman Permaisuri, Cheras dalam masa terdekat ini," katanya.

Menceritakan detik perkenalan bersama madunya, katanya, dia mengenalinya awal Mei tahun lalu ketika menghadiri kursus yang menawarkan perundingan imej di sebuah hotel di ibu negara.

"Sejak itu hampir setiap hari, saya, madu dan suami keluar bersama. Selain menjadi rakan perniagaan, hubungan itu semakin rapat bukan hanya sekadar sahabat tetapi seperti kakak sendiri.

"Sepanjang tempoh lebih setahun ini, kami turut berkongsi mengenai kehidupan masing-masing apatah lagi saya juga sudah berpindah ke Cheras, berdekatan dengan kediaman madu. Jadi, hampir setiap hari kami meluangkan masa bersama," katanya.

Katanya, madunya juga baru kehilangan ibu tersayang pada Mei 2016 selain adik beradik yang lain sudah membawa haluan masing-masing selepas berkahwin.

"Dari situ, timbul simpati memandangkan madu hidup seorang diri di Kuala Lumpur. Saya mahu dia menjadi sebahagian daripada hidup saya menyebabkan saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai madu.

"Saya mengambil masa selama lebih dua bulan untuk melamarnya dan tidak ada sedikit pun perasaan sedih malah teruja kerana apa yang dilakukan memang di atas kerelaan hati saya.


"Walaupun ada wanita yang memandang poligami secara negatif, saya kini semakin bahagia biarpun terpaksa berkongsi kasih," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2016 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Honey with benefits
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 08:50 PM | Show all posts
Edited by Mat.Rock at 29-9-2016 12:51 PM

Alamak sorry Bro/Sis terlambat 10 minit, dah ada bebenangnya:

Post time 29-9-2016 12:35 PM
[Tempatan]Isteri Mithali Memujuk Suaminya Supaya Menikahi Sahabat Baiknya (Why Not Me?)
http://mforum.cari.com.my/forum. ... 7256&extra=page%3D1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 08:59 PM | Show all posts
kisah mcm nih la yg patut dibawa ke layar perak.
jadikan teladan utk semua.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Excitednya orang laki bila ada citer gini... sampai 2 benang bukak. Tapi citer ni aku dah tengok kat fb timeline smlm, apesal arini baru kuar?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah kahwin bermadu hubungan lesbian pun halal juga la kan..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2016 09:44 PM | Show all posts
Masih tak se mitahali Katijah "wheelbarrow" Am,  isteri Abuya 'airliomlele' Asaari...

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 09:46 PM | Show all posts
Maideen. replied at 29-9-2016 09:44 PM
Masih tak se mitahali Katijah "wheelbarrow" Am,  isteri Abuya 'airliomlele' Asaari...

Walla ...

mithali lagi mak lu....siap bayar pelacur main pak lu sebab mak lu rasa bersalah terkantoi main dgn bangla kat tengah estate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2016 09:55 PM | Show all posts
Akak faham sangat perasaan Ida Nirwana Marzuki itu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah baiknya dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 10:09 PM | Show all posts
Maideen. replied at 29-9-2016 09:44 PM
Masih tak se mitahali Katijah "wheelbarrow" Am,  isteri Abuya 'airliomlele' Asaari...

Walla ...

tak baik kutuk mak lava.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 10:14 PM | Show all posts
mak lu sutun pink dino woiiii yg mak si maideen bayar tuk main dgn pak dia sebab kantoi main dgn bangla kat tengah estate tuuu.

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mula2 sukalah.. takut nanti esok2 laki kau terlebih suka dan sayang pd kawan kau.. jgn waktu tu nk meraung dan jealous pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 10:24 PM | Show all posts
dinopower replied at 29-9-2016 10:09 PM
tak baik kutuk mak lava.....

Kehkehkehkehkeh.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 10:27 PM | Show all posts

tu je la lu mampu...gelak bila mak lu kena kutuk....wa pasti lu pun nagin dgn mak lu sebab kantoi main dgn bangla kat tengah estate.


Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
pffft bullshit la..ada satu kes kawan pesbuk aku beria pinangkan perempuan utk laki dia. jaja gambar madu dan suami menikah sambil dia ditengah masa bulan march.

bulan 8 aku dgr nak bercerai sebab cemburu . cashlah kak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2016 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
alhmdulillah...kes terpencil ni
slmt pngntin madu la ye
tp dok serumah tu elakkan la..xleh nk bayang pas masuk bilik tu masuk bilik ni pulak..kat dapur karang berebut nak masak,nak senduk nasi n then nnt tanya lak sapa masak lg sedap...itu baru skit...elakkan la dok serumah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
lavabulan10 replied at 29-9-2016 10:27 PM
tu je la lu mampu...gelak bila mak lu kena kutuk....wa pasti lu pun nagin dgn mak lu sebab kantoi  ...

Hahaha this is so funny
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bambimo at 29-9-2016 11:12 PM

duk serumah plak tu...
tahan pula telinga...
tahniah la both wives
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mongoose_kidz replied at 29-9-2016 10:52 PM
alhmdulillah...kes terpencil ni
slmt pngntin madu la ye
tp dok serumah tu elakkan la..xleh nk bay ...

tu la dlm islam pun x di galakkn dduk serumah brsama2 madu. kna dduk asing wlupun sebelah umah. sbb prempuan ni penuh dgn emosi. mcm2 emosi ada. skrg ok, akn dtg blum tntu lg. elakkn la serumah. dtg kdg2 tu xpe la. sori klu salah info
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.109444 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list