|
Gangguan air di Tampin, Jempol hari ini
29 SEPTEMBER 2016
SEREMBAN - Penduduk di dua daerah iaitu Tampin dan Jempol hari ini mengalami gangguan bekalan air berikutan kekurangan bekalan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Gemas Baru, Tampin.
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dalam satu kenyataan di sini memaklumkan bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila gangguan bekalan air itu akan pulih seperti sedia kala.
Antara kawasan yang terjejas di daerah Tampin ialah Pekan Gemas Bukit Jalur, Air Kuning, Sungai Dua, dan Kem Syed Sirajuddin Gemas serta Felda Palong 2 hingga 16 di Jempol melibatkan 14,415 pemilik akaun.
Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS Norzita Ismail, pihaknya memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna dan bantuan domestik melalui penghantaran lori tangki dan penempatan tangki statik akan dilaksanakan segera.
Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982 atau melalui e-mel di aduan@sainswater.com untuk bantuan lanjut. - Bernama
cuba doa pd tuhan supaya ada air......... |
|