CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2562|Reply: 22

[Dunia] Di China dah ada tandas kaca tembus pandang

[Copy link]
Post time 1-10-2016 07:42 AM | Show all posts |Read mode
BEIJING - CHINA. Jika sebelum ini, China membuka jambatan kaca terpanjang di dunia yang terletak di Zhangjiajie, kali ini, tandas kaca pula dibuka.

Tandas kaca itu dibina dekat Tasik Shiyan di selatan wilayah Hunan menjanjikan pemandangan hutan disekeliling dan dibawah binaan itu.

Memetik BBC, bahagian tandas lelaki dan wanita hanya dihalangi oleh dinding kaca tembus pandang.

Media tempatan melaporkan, walaupun keadaan tandas sebegitu, hanya beberapa pengunjung berani mengunakan tandas itu pada waktu siang.

Sebelum ini, jambatan kaca terpanjang dibuka semula buat orang ramai selepas ditutup buat sementara sebelum ini.

Pihak pengurusan memaklumkan bahawa jambatan terbabit terpaksa ditutup selepas dibuka selama 13 hari.

Penutupan sementara jambatan itu adalah berikutan daripada sambutan menggalakkan daripada para pengunjung serta kekurangan pengalaman pengurusan di kalangan kakitangan.

Jambatan kaca sepanjang 430 meter itu mula di buka kepada orang ramai pada 20 Ogos lalu.

Ia turut diturap dengan tiga lapisan 99 panel kaca telus yang tergantung antara dua tebing curam setinggi 300 meter dari permukaan tanah.

Malah, jambatan kaca ini turut memecahkan 10 rekod dunia sebelum ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2016 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
gmbar tndas plizz
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 08:57 AM | Show all posts













Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 1-10-2016 08:57 AM

only in china
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Si pembuat ada habit ngintai orang berak
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ni public toilet paling bersih dlm china sbb rakyat nye pun malu nak guna
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2016 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 1-10-2016 10:05 AM

Apa motif buat mcm ni ek....


Ramai dah berjangkit laba-laba.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
amyza replied at 1-10-2016 09:38 AM
Mesti ni public toilet paling bersih dlm china sbb rakyat nye pun malu nak guna

Kau rasa dorang malu ke?....

Klu berak kat public pun tak malu, kat tempat mcm tu dorang nk malu?...
Cuma dorang tak suka sbb bersih je.....dah biasa berak dlm tong kannn....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2016 10:15 AM | Show all posts
Developer dia nih...kenapa x guna one way mirror??

Terlihat bontot berkerak di atas kawasan berpokok bukanlah pengalaman yang mengasyikkan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 10:35 AM | Show all posts
Sesuai untuk yg mencari ilham kekdahnye..daripada termenung tengok dinding, baiklah tengok pokok-pokok hutan khen. Kubikel tepi lah kot special sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 11:10 AM | Show all posts
cina bab ngarut no. 1..dh la pakai sapu jek..geli..sbb cam tergantung..taik terus jatuh kat bawah ke? no tangki..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeuwww gayah mesti suka ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni dah upgrade letak glass kalau tak, dinding pun takde, empat ke 6 jamban berdepan2 jer good effort
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 01:03 PM | Show all posts
Dulu, sapa penah masuk tandas Digital Mall PJ... dinding pemisah jamban guna frosted glass.
Bodoh punya designer, bodoh punya designer, bodoh punya designer tak pakai otak harap sekolah tinggi tapi bodohnya tidak terperi.

Sekarang dah tukar. Ramai komplen kot.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
@kemaruk boleh memohon kerja cuci tandas kat sini...sambil cuci tandas boleh cuci mata kan bangkem
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 01:12 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 1-10-2016 01:03 PM
Dulu, sapa penah masuk tandas Digital Mall PJ... dinding pemisah jamban guna frosted glass.
Bodoh  ...

Lagi satu, lampu fluorescent jenis panjang yang dipasang di siling. Boleh nampak reflection jiran jamban anda.

Bengong punya kontraktor. Rasa x selesa bila guna toilet yang macam nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2016 01:14 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 1-10-2016 01:03 PM
Dulu, sapa penah masuk tandas Digital Mall PJ... dinding pemisah jamban guna frosted glass.
Bodoh  ...

rupanya dh pernah buat kt Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 01:15 PM | Show all posts
insulin replied at 1-10-2016 01:12 PM
Lagi satu, lampu fluorescent jenis panjang yang dipasang di siling. Boleh nampak reflection jiran  ...

Kontraktor tak bengong, dorang buat ikut drawing. Nak marah, marah kat arkitek.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 01:17 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 1-10-2016 01:15 PM
Kontraktor tak bengong, dorang buat ikut drawing. Nak marah, marah kat arkitek.

Laaaa, ye ke? Cisss. Tapi kan, menggunakan fluorescent lamp yang ada reflector dalam toilet memang fail la.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 01:28 PM | Show all posts
dauswq replied at 1-10-2016 01:14 PM
rupanya dh pernah buat kt Malaysia

Boleh nampak silhoutte orang kat sebelah berak.Baju warna apa, seluar jenis apa, orang sebelah londeh seluar pun boleh nampak.
Pintu jamban pun kaca frosted.

Ada bran...?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.079361 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list