CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

Koleksi HADIS daif dan palsu

[Copy link]
Post time 1-11-2016 03:12 AM | Show all posts
Apa Yang Perlu Anda Tahu

Apa yang amat perlu dalam menerima maklumat adalah:

Keabsahan maklumat itu sendiri.
Penyampai maklumat itu samaada fasiq ataupun tidak.
Tujuan maklumat itu disampaikan.
Sasaran kepada yang menerima maklumat.
Kesan daripada maklumat itu.
Tambah lagi dengan pelbagai tafsiran maklumat melalui viral yang dikemukakan.


Sikap Pengguna

Kepada pengguna laman sesawang terutamanya anak muda dan remaja amat perlu berhati-hati. Ini kerana, apa yang dimuatkan dalam internet juga membawa kesan yang amat negatif dan merugikan umat itu sendiri.

Kadar kethiqahan atau kepercayaan kepda maklumat juga perlu diambil kira agar ia benar tepat dari segi faktanya.



Tabayyun Dahulu

Dalam menerima berita atau perkhabaran yang diviralkan, perkara yang penting sekali adalah pengesahan terhadap butiran maklumat tersebut sama ada tepat atau sebaliknya.

Banyak terjadi maklumat yang telah tersebar dengan luas apabila disemak dan dipastikan semula didapati amat menyeleweng daripada asas kebenaran sedangkan ia telah menjadi buah mulut serta diulas dengan meluas. Begitu juga berapa banyak hati dan maruah yang telah tercarik dan terluka dengan sebab itu.

Kami telah nyatakan dalam Bayan Linnas[1] sebelum ini dengan terperinci, sila rujuk artikel sebelum ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dan terperinci.



Gunakan Rujukan Yang Berautoriti

Dalam menerima maklumat, lihatlah kepada mereka yang berautoriti agar maklumat yang diberikan benar dan tepat. Rujuklah kepada badan-badan yang berautoriti dan bertanggungjawab. Hal ini amat penting agar peranan badan-badan yang telah diamanahkan dapat berfungsi dengan lebih efisyen, adil dan telus. Sebagai contoh, jika permasalahan berkaitan dengan penyakit atau wabak, rujuklah kepada Kementerian Kesihatan. Jika isu berkaitan dengan hukum-hakam, walaupun di sana banyak para asatizah dan cerdik pandai yang mempunyai blog, Facebook atau Twitter sendiri, tetapi jadikanlah badan yang berautoriti seperti pejabat dan jabatan mufti sebagai medan bertanyakan kekeliruan dan pihak berautoriti ini akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi merungkaikan permasalahan tersebut. Ini bagi mendidik masyarakat untuk merujuk kepada yang sepatutnya sesuai dengan firman Allah SWT:



فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.

(Al-Nahl, 16: 43)

Mengenai tafsir bagi ayat di atas, Ibn ‘Atiyyah telah berkata: “Ahli Zikri adalah umum pada setiap orang yang  disandarkan dengannya ilmu. Mereka adalah yang pakar dalam bidang masing-masing.”Begitu juga dengan Al-Qurtubi. Beliau berkata bahawa orang awam perlulah taqlid (mengikuti) ulama mereka. Tidak boleh bagi orang awam untuk memberi fatwa kerana mereka jahil dengan maknanya yang membabitkan perkara halal dan haram.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2016 03:13 AM | Show all posts
Kenyataan Mufti Wilayah

Adapun ungkapan yang masyhur لا تأخذ القرآن عن مصحفي ولا العلم عن صحفي yang bermaksud: “Jangan ambil Al-Quran daripada mushaf (tanpa guru) dan belajar ilmu daripada kertas atau buku semata.” Ini termasuk alat sebaran am, media massa seperti internet untuk dijadikan ilmu. Hal ini amat bahaya dan menyeleweng dari hakikat yang sebenar.



Al-Imam al-Auza’ie[2] menyebut satu sebab kenapa para ulama memberi amaran daripada mengambil ilmu daripada buku atau kitab semata-mata tanpa berguru (begitu juga dengan internet). Ini kerana boleh jadi berlaku tashif (salah cetak, ejaan atau tulisan) yang akhirnya memberi makna dan maksud yang berlainan. Kalau ini, pada zaman sifat amanahnya cukup tinggi ketika itu, maka bayangkan pada masa kini yang mana semua boleh muatkan maklumat dan informasi dalam internet tanpa kita kenali siapa dia, dari sumber mana di ambil dan adakah sudah berlaku tapisan, semakan atau dalam ilmu Usul al-Fiqh seperti ‘al-Sabr wa al-Taqsim’. Ini semua memberi kesan yang amat mendalam dalam keabsahan maklumat itu sendiri.



Faktor-faktor yang perlu dilihat dan dikaji dengan teliti kerana ia boleh berlaku:-

Kesilapan cetak yang tidak disengajakan.
Kesilapan cetak kerana lemahnya pengawalan.
Kesilapan fakta ilmiah.


Kami akhiri kenyataan ini dengan satu nasihat daripada Fadhilat Syeikh Muhammad ‘Awwamah daripada kitabnya Ma’alim Irsyadiah Li Sina’ah Tolib al-‘Ilmi (hlm. 180-181):

“Sesungguhnya kita dibala dalam dunia dengan kelalaian dan kekeliruan terhadap ilmu turath yang suci lagi bercahaya. Ini sebesar-besar bala dan mudarat terhadap ilmu agama.

Justeru, ini menjadikan kewajipan dan keperluan utama secara daruri untuk bertalaqqi ilmu daripada para ulama dan guru-guru yang benar-benar berwibawa yang telah mewarisi ilmu daripada generasi kepada generasi secara syafawi (lisan) dan talaqqi.

Sesungguhnya aku pertegaskan betapa pentingnya talaqqi ilmu daripada guru-guru yang telah mewarisinya daripda generasi terdahulu. Ini untuk aku sampai kepada satu noktah kenyataanku yang memberi peringatan kepada apa yang berlaku dalam realiti sekarang ini. Bahkan untuk aku sampai kepada amaran yang tegas  daripada neraka hawiah yang mungkin kita sampai. Inilah bala dan musibah akibat berkiblatkan ilmu yang tidak disaring dan tanpa berguru.”



Semoga kita sentiasa peduli dengan sebarang maklumat yang dikemukakan kepada kita lebih-lebih lagi berkenaan dengan agama yang kita anuti dan beriman dengannya.

Marilah kita semua berhati-hati dalam menerima sebarang maklumat dan ilmu apatah lagi yang berkaitan agama kita agar benar-benar menepati yang sebenarnya.



Akhukum fillah

S.S. Datuk Dr. Zulkilfli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan



5 Oktober 2015 bersamaan 21 Zul Hijjah 1436H
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 03:13 AM | Show all posts
5 Oktober 2015 bersamaan 21 Zul Hijjah 1436H



[1] Bayan Linnas Siri 22: Konsep Tabayyun & Penerimaannya. Lihat: http://muftiwp.gov.my/index.php? ... =article&id=294

[2] Al-Imam, al-Faqih, Abu Amr, Abdul Rahman bin Amr al-Auza’ie. Dilahirkan pada tahun 88H di Ba’albak, Lubnan dan merupakan ‘alim dikalangan Ahli Syam. Beliau meninggal dunia pada tahun 157H di Beirut.

sumber asal :
http://muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/307-3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 07:31 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 1-11-2016 03:12 AM
BAYAN LINNAS SIRI 36: JANGAN AMBIL ILMU DARIPADA INTERNET

Written by Umar Mukhtar bin Mohd Noor.
...

Mengikut seorrang ulama' Syiah "Aku sengaja mencipta 7 juta hadis palsu untuk menyesatkan ahli sunnah "

Thread ini dibuka untuk memberi maklumat kpd org awam berdasarkan rujukan penting sapt dorar.net dll.

Tiada niat membangga diri ,nmn cara Orgbesi amat biadab dan provok.

Aku x pasti dia siapa dia,tp dr cara penulisannya,dia SYIAH.

Adalah biasa Syiah mengherdik dan mencaci Ahli Sunnah dan tolong nasaihatkan dia jgn ganggu thread aku........

Terima kasih Tuan Mod...






Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 07:36 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 1-11-2016 07:31 AM
Mengikut seorrang ulama' Syiah "Aku sengaja mencipta 7 juta hadis palsu untuk menyesatkan ahli sun ...

tuan ?

i am a lady laa...

eh awak doakan kawan sekerja  saya ye ....she is a very strong lady  ...and just prayed for her ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 07:55 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 1-11-2016 07:36 AM
tuan ?

i am a lady laa...

Ops Puan.TQ
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-11-2016 04:15 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:16 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2016 04:16 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:16 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:17 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:18 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:18 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:18 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:19 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:19 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2016 04:19 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:20 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:20 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 04:20 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.068064 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list