CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2067|Reply: 3

Asyik Tertanya Ke Manakah Duit Zakat Anda Disalurkan?

[Copy link]
Post time 24-10-2016 05:14 PM | Show all posts |Read mode








Risau dan sering tertanya-tanya ke manakah duit zakat anda disalurkan?


Netizen hari ini dilihat mula mempersoalkan tentang wang zakat yang dianggap tak sampai pada tangan golongan asnaf. Bukan sekali dua, status yang mengkritik pusat zakat mahupun baitulmal dimuat naik dan diviralkan di laman sosial.


Namun, menerusi satu perkongsian oleh mahasiswa ini, dia benar-benar mengucapkan terima kasih kepada para pembayar zakat.


Menerusi zakatlah, pemuda tersebut kini bergelar seorang graduan dan selamat melalui saat indah ketika konvokesyen di Unisza, semalam.







"Buat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi bahagian baitulmal, terima kasih atas layanan dan bantuan kewangan yang sempurna sepanjang empat tahun pengajian saya di menara gading.


"Buat pembayar zakat di Wilayah Persekutuan, terima kasih saya ucapkan.."


Itulah antara ucapan yang dimuat naik oleh pemuda ini yang nampak begitu jujur mencurahkan perasaan syukur dan bangganya dengan adanya bantuan wang zakat.


Mungkin kisah sebegini tak banyak dikongsikan, lalu membuatkan ramai pihak tertanya-tanya apa yang jadi pada duit zakat?








Dengan secebis kisah ini pula diharapkan orang ramai terus yakin dan istiqomah untuk menghulurkan bantuan serta tanggungjawab kepada golongan memerlukan.


Jika masih lagi ragu-ragu, anda boleh melayari Facebook Baitulmal MAIWP yang sering mengemaskini aktiviti yang melibatkan bantuan menggunakan wang zakat. Mungkin dengan cara ini anda jadi semakin yakin terhadap pusat zakat dan baitulmal? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2016 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok good...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:10 PM | Show all posts
Alhamdulillah..ada seorang penerima zakat yang bersuara.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2016 11:40 AM | Show all posts
kan skrgnya org tahu ke mana perginya duit tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.147405 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list