|
Edited by bini_fl at 11-12-2016 09:30 AM
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menepati ramalan ramai apabila mendominasi tiga kategori, termasuk memenangi anugerah utama iaitu Personaliti Sensasi Melodi pada kemuncak Anugerah Melodi 2016 yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini. Penyanyi lagu Pencuri Hati itu turut diumumkan sebagai pemenang Personaliti Muzik Melodi dan Personaliti Media Sosial Melodi pada penganjuran pertama acara yang mengiktiraf ikon seni dan sukan tempatan.
Menggilap nama selepas menyertai program realiti, Akademi Fantasia musim kesembilan, populariti anak kelahiran Melaka itu mula melonjak selepas membintangi drama rantaian, Rindu Awak 200%. Sejak itu, Ayda sering mencipta pelbagai kejayaan pada pelbagai acara anugerah termasuk dinobatkan sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura pada September lalu. Turut menepati ramalan, Fattah Amin yang mencipta fenomena menerusi drama rantaian Suri Hati Mr Pilot apabila diumumkan sebagai Personaliti Drama Melodi, manakala pasangannya dalam produksi itu, Neelofa memenangi Personaliti Pengacaraan Melodi. Sementara itu, kategori Personaliti Filem Melodi pula menjadi milik Zizan Razak manakala undian untuk Pasangan Sensasi Melodi berpihak kepada Akim dan Stacy.
Kategori lain iaitu Personaliti Fesyen Melodi dimenangi Nazim Othman, Personaliti Komedi Melodi (Jep) dan Personaliti Sukan Melodi (Datuk Lee Chong Wei).Anugerah Melodi 2016 turut mengiktiraf pelakon Korea Selatan, Park Bo Gum sebagai Personaliti Drama Korea Paling Berpengaruh manakala penyanyi popular Indonesia, Afgan diumumkan sebagai pemenang Personaliti Luar Negara. Kemuncak Anugerah Melodi 2016 dihangatkan dengan persembahan artis popular tempatan dan antarabangsa seperti Amy Search, Mus May, Saleem, Sahara Yaacob, Francissca Peter, Misha Omar, Zamani, Projektor Band, Hazama, Azlan & The Typewriter, Black, Tomok, Sufian Suhaimi dan Aiman Tino selain kemunculan penyanyi terkenal Indonesia iaitu Afgan, Marcell dan Rizky Febian. Anugerah Melodi 2016 menampilkan AG Kool FM sebagai hos bergandingan dengan bekas pengacara Melodi seperti Datuk Mahadzir Lokman, Fauziah Ahmad Daud dan Zizan selain diserikan dengan kemunculan selebriti popular seperti Erra Fazira, Elizabeth Tan, Bell Ngasri, Datuk Hans Isaac, Sharnaaz Ahmad, Siti Saleha dan Nad Zainal.
Senarai Pemenang Anugerah Melodi 2016
* Personaliti Sensasi Melodi: Ayda Jebat
* Personaliti Filem Melodi: Zizan Razak
* Personaliti Muzik Melodi: Ayda Jebat
* Personaliti Drama Melodi: Fattah Amin
* Personaliti Pengacaraan Melodi: Neelofa
* Personaliti Komedi Melodi: Jep
* Pasangan Sensasi Melodi: Akim & Stacy
* Personaliti Media Sosial Melodi: Ayda Jebat
* Personaliti Fesyen Melodi: Nazim Othman
* Personaliti Sukan Melodi: Datuk Lee Chong Wei
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/222459?m=1 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|