CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4708|Reply: 32

Gaji hasil dari barang haram dalam Islam

[Copy link]
Post time 29-11-2016 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum


Dapatlah kiranye memberi kan sedikit pandangan mengenai permasalahan saya ini. Untuk pengetahuan baru2 ini Syarikat kmi telah menandatangani kontrak dengan salah sebuah Syarikat pengeluaran minuman keras terbesar di negeri ini untuk menggunakan Gudang kami sebagai stor penyimpanan barangan mereka.

Kami pun tak tahu mengapa CEO kami yang beragama Islam boleh membenarkan Gudang tersebut sebagai stor penyimpanan minuman keras. Syarikat kami boleh dikatakan 100% bumiputera dan telah berdiri teguh selama 43 tahun. Masalah yang saya hadapi ialah bermula pada bulan November gaji kami adalah sebahagian dari hasil penyimpanan minuman keras.

Apa yang harus saya lakukan...agak mustahil untuk terus berhenti kerja sebab cuma saya seorang yang menanggung keempat2 anak-anak saya.

Tolong beri pendapat..terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2016 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah la. Kalau ikutkan shubhah la kot sebab ko tak tau kan. Itu kena tanya yang pakar la. Tapi ceo yang muslim tu memang sah2 la berdosa. Sebab arak ni bukan salah yg membeli dan minum je. Dari ko tanam anggur untuk tujuan buat arak, hidang kan pon dapat dosa sama seperti minum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2016 01:43 PM | Show all posts
tom2 replied at 29-11-2016 05:29 AM
Entah la. Kalau ikutkan shubhah la kot sebab ko tak tau kan. Itu kena tanya yang pakar la. Tapi ceo  ...

start gaji november ni adalah hasil dari simpan barang mereka kat gudang kami...musykil...nak cari kerja lain dalam masa terdekat memang tak mungkin lah....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya nasihatkan puan atau suami atau abang pergi ke masjid seperti masjid wilayah dan bertanyakan hal ini. Atau tanyakan dengan mana mana ustaz/ustazah yang berpengalaman.
Kalau nak ikutkan kilang macam carlsberg di Shah Alam tu ramai pekerja melayu, bertudung pun ramai. Kalau bertanya mereka, akan diberi jawapan yang mengelirukan.
Kalau tak ada waktu, usaha dengan menelefon ustaz/ustazah yang berpengetahuan dan berilmu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2016 02:53 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 29-11-2016 06:06 AM
Saya nasihatkan puan atau suami atau abang pergi ke masjid seperti masjid wilayah dan bertanyakan ha ...

tqsaya ni seorang yg bekerja menyara anak2...
Kilang yang ini ramai cina dan tak pernah nampak melayu pun
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 07:49 PM | Show all posts
sm rasa terpulanglah pada masing2.sebab Allah tahu niat kita kot.kalau tu lah sahaja hasil pendapatan kita,teruskan jelah.sbb sm rasa kelayakkan untuk tentukan dosa pahala ni bukan kerja manusia.

sm tak alim,xmenutup aurat pun tapi sm jenis jaga bab makanan dan hasil yang masuk menjadi darah ni.sm masa kerja 7/11 solat depan kotak2 penuh arak,sm ntah berhenti tak kerja situ dah,kerja kedai kasut tak boleh solat,sm kerja sehari je,esok dapat kerja lain gaji lebih lumayan(lepas spm)..after study try cari kerja dengan sebuah company ni,bahagian marketing mmg dapat tapi kebanyakkan tentang promosi syarikat liquor.sm xkerja pun,bab bisnes pun sama sm xboleh nak jual produk yang guna testimoni tipu ke apa semua,sbb rasa bersalah hasil kita dapat tu.bukan sm sorg makan,anak2 keluarga.darah daging ni bakal jd keturunan.mungkin kat sini sm kolot sikit kot bab ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2016 08:17 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 29-11-2016 08:21 PM

okay permasalahan ialah
premis syarikat anda digunakan sebagai stor
dan hasil sewaan tu labanya i mean dimasukkan ke dalam akaun syarikat kan

so , kita tabayyun dulu :
siasatu dulu if you can

a) adakah akautan atau finacial controller syarikat Puan tu - dah asingkan - that means dia tahu as muslim kita takleh termasuk dalam 7 golongan yg Allah laknat berkaitan arak (ni ada dalam hadis so sorry i tak sempat nak tengok sebab i am busy right now. but please check ) so dengan asingkan duit dapatan sewaan barangan  syarikat arak tu - dia tak campoq sekali  ke dengan duit keuntungan hampa punya ???...so adakah i) hal ini dilakukan dan dapat disahkan ??? - so sebab ni kena siasat  dulu

ii) sahih ke benda ni ( sorry i must ask )berkenaan  9 i) dan ( ii) di atas?

iii) just peringatan untuk saya dan semua sesuatu benda kita buat dalam islam semuanya ibadah dan ibadah ini bukan sekadar ibadah ni kita faham like solat , puasa  etc - semua ibadah umum nak dikatakan ibadah  apabila dua kriteria/syarat  tercapai  ni dalam hadis sahih ada  (i) niat   ii) PERLAKSANAAN procedure sesuatu benda tu mestilah ikut syarak  dan kalau ada khilaf silah tengok kekuatan tarjihnya

saya dalam soal haram haram saya takut nak bagi pendapat sebab  saya bertanggungjawab atas alasan saya .

so dalam hal ini  personally - ini pendapat peribadi saya - yes i am trained in logics and yes i tahu apa itu guna akal untuk judgement call dan n i juga tahu kat mana  limitasi pengetahuan yg i berasa this is what i dont knwo have to seek more knowlwedge from yg ada authority.  saya takut untuk simply write something yg i tak ada authority.

( puan lihat PM )
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya nk share ilmu yg sy dpt dri ikim fm psl masalah puan. Dri penerangan ustaz abdullah amin. Rancangan dia setiap hari isnin 10.15 pg. Caranya ialah setiap bulan sebahagian dari gaji puan tu asingkn sebagai duit tak patuh syariah. Jumlah tu terserah pd puan utk tetapkn. Ni utk bersihkn gaji puan td. Duit  tak patuh syariah tu puan bole serahkn pd pusat zakat.  Masa serah pd pusat zakat bgtau itu duit tak patuh syariah. Duit tu tak bole di makan. Cuma utk kegunaan cthnya baiki jalan, atap, etc. Klu puan ragu dgn penerangan saya bole hubungi pusat zakat, badan islamic.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2016 08:56 PM | Show all posts
samsurfer replied at 29-11-2016 08:34 PM
Saya nk share ilmu yg sy dpt dri ikim fm psl masalah puan. Dri penerangan ustaz abdullah amin. Ranca ...

good input thanks ya ...saya terfikir kalau syarikat lain yg mana diketahui ada  unsur benda benda ni jugak macam mana pendapat khilaf yg dipakai ye ...anda tahu ke?

benda ni anda boleh tanya mufti KL , tak ?

say aterfikir dari tajuk perbincangan ini macam mana muslim yg kerja dalam sektor sektor tertentu - i mean i percaya Islam dalam keadaan sempit , dia akan luas cumanya i pun tak pasti  pendapat apa yg dipakai

boleh minta Mufti Kl huraikan  tak ye

bagus jugak ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2016 07:22 AM | Show all posts
terima kasih pada semua yang memberi pendapat..saya sangat hargai setiap pendapat anda semua
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy ni bukan ustaz dan sy sendiri pn kerja dlm bidang IT yg ada unsur2 riba secara x langsung. Kaedah sama spt yg sy sebutkan utk sy bersihkn gaji saya. Seeloknya klu ada rezeki lebih baik keje yg pendapatan 100% halal. Wallahuaklam
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 08:44 AM | Show all posts
samsurfer replied at 30-11-2016 08:35 AM
Sy ni bukan ustaz dan sy sendiri pn kerja dlm bidang IT yg ada unsur2 riba secara x langsung. Kaedah ...

that is why i tertanya juga yg u kbow sektor yg ada yg dipercakapkan  ..tu macam mana...kesian kan...i mean yes. blessyou saudara/ i sebab take it seriously. benda ni ...serious.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 06:05 AM | Show all posts
WSLM.

Pada tahun 90 an seorang pengawal keselamatan kilang arak bertanya Ustaz Ismail Kamus berkaitan pekerjaannya sbg pengawal keselamatan di kilang arak ( Selangor)

Beliau berpendapat gajinya HARAM ,ia berdasarkan hadis :


قال أنس بن مالك : لعن رسول الله في الخمر عشرة : عاصرها ومعتصرها وشاربها وحاملها والمحمولة إليه وساقيها وبائعها وآكل ثمنها والمشتري لها والمشتراة له
"Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa RasulalLah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:
عاصرها - orang yang memerah arak
معتصرها – orang yang diminta arak diperahkan untuknya
شاربها - orang yang meminumnya
حاملها – orang yang membawanya
المحمولة إليه - orang yang meminta dibawa arak kepadanya
ساقيها – orang yang memberi minum arak kepada orang lain
بائعها – orang yang menjual arak
آكل ثمنها – orang yang mendapat hasil daripada arak
المشتري لها – orang yang membeli arak
المشتراة له – orang yang meminta dibelikan arak untuknya
Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi


Namun pengawal keselamatan tersebut terus bekerja krn mendakwa dia tidak membuat arak atau menjual arak.Bagi Ustaz Ismail Kamus ,wlupun bekerja sbg pengawal keselamatan kilang arak,ia tetap menyokong industri haram tersebut.

Fuqaha’ telah menetapkan kaedah umum, iaitu ;

أن للوسائل أحكام المقاصد

Maksudnya;

“Sesungguhnya, bagi (hukum) Wasilah (perantara) seperti hukum maqasid (tujuan)”

Maka dengan demikian, setiap perkara yang membawa kepada haram, maka ianya dikira sebagai haram dalam apa jua bentuk sekalipun, ini kerana, ianya dibawah ketegori ta’awun (Bantu membantu) dalam melakukan dosa.

Firman Allah ;

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya;

“Bantu membantulah kamu dalam melakukan kebajikan dan ketaqwaan, dan jangan kamu Bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan” (surah Maidah : 2)

Imam Al-Izz Bin Abdus Salam menyatakan didalam kitab Qawaid Al-Ahkam ;

للوسائل أحكام المقاصد فالوسيلة إلى أفضل المقاصد هي أفضل الوسائل والوسيلة إلى أرذل المقاصد هي أرذل الوسائل

Maksudnya;

“Bagi Wasail (perantara) adalah hukum maqasid. Wasilah kepada maqasid yang afdhal adalah seafdhal-afdhal Wasail. Dan Wasilah kepada seburuk-buruk Maqasid adalah seburuk-buruk Wasail” (lihat Qawaid Al-Ahkam (1/46)

Dari kaedah ini, difahami bahawa setiap perkara yang membawa kepada haram, maka perkara tersebut dikira sebagai haram juga.

Begitu juga, hukum haram kepada orang yang menjual dan bersekongkol dalam memajukan arak.

Ini dikuatkan dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang saheh;

إن الله تعالى حرّم بيع الخمر والميتة والخنزير والأصنام

Maksudnya;

“Sesungguhnya Allah ta’ala mengharamkan Jual Arak, bangkai, Khinzir dan Patung berhala” (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkata As-Syaikh Ibnu Quddamah Al-Muqaddasi dalam mensyarahkan perkataan Al-Khurqi;

وبيع العصير ممن يتخذه خمراً باطل

Maksudnya;

“menjual perahan (anggur atau apa pun) kepada orang yang mengambilnya (untuk dijadikan) arak, adalah batil”


Berkata As-Syaikh Ibnu Quddamah ;

“Begitulah hukum pada tiap-tiap perkara yang diqasadkan kepada yang haram, seperti menjual senjata kepada ahli harb (orang yang mesti diperangi) atau kepada qutta’ at-tariq (perompak tengah jalan), atau pada melakukan perkara fitnah, dan menjual akan alat muzik atau menyewakannya (untuk dijadikan alat melalaikan) atau menyewakan rumahnya untuk menjual arak padanya, atau menyewakan rumah untuk dijadikan gereja atau rumah api (untuk orang majusi) dan yang seumpama dengannya. Maka semua ini adalah haram dan aqadnya juga batal” (Al-Mughni : 4/207)


pada pendapat aku ,TT ni seorang yang PEKA dgn halal haram sumber pendapatan dan aku cadangkan mencari kerja lain ,iaitu carilah kerja dan dan dah confirm dapat dan ianya HALAL,SAH ,maka berhentilah.

firman Allah;

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Maksudnya;
“Barangsiapa yang takutkan Allah, nescaya Allah jadikannya jalan keluar dan merezkikannya dari sudut yang tidak disangka-sangka. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka itu memadainya. Sesungguhnya Allah menyampaikan urusannya, sesungguhnya Allah menjadikan bagi setiap perkara dalam keadaan berkuasa” (surah At-Talaq : 2-3)

Begitujuga, firman Allah lagi

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْراً

Maksudnya;

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah jadikan kepadanya dari urusannya menjadi mudah” (surah At-Talaq : 4)


Aku doakan TT mendapat pekerjaan yang lebih baik dan banyakkan solat hajat dan berdoa .

Sesungguhnya bumi ini amat luas dan rezeki halal ada di mana-mana...

Wallahua'lam ............

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 1-12-2016 10:05 PM
WSLM.

Pada tahun 90 an seorang pengawal keselamatan kilang arak bertanya Ustaz Ismail Kamus berka ...

tq GAM...pun info yg sgt berguna sbgai panduan kehidupan
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 06:14 AM | Show all posts
singlemum_4 replied at 2-12-2016 06:09 AM
tq GAM...pun info yg sgt berguna sbgai panduan kehidupan

SM2....

cuma aku kasihan ramai kwn2 keje bank halal+haram

ada dua sistem bank konvesional +Islamik .

Akhirnya wang DISATUKAN.

Dlm Islam ,tiada istilah boleh campurkan  arak dgn air mineral utk dihalalkan melainkan arak itu berubah dgn sendirinya menjadi cuka,maka ia HALAL .

Smg mendapat pekerjaan lbh baik dan boleh tak PM nama kompeni tu ?

nak emelkan fatwa rasmi sbb kata TT kompeni Melayu Islam,CEO Islam dan dh 43 tahun bertapak .....






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sya pm nti sbb da nk gerak keluar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2016 04:38 PM | Show all posts
ini pandangan saya...

puan laksanakan tugas puan. gaji puan dibayar berpandukan tugas puan....sebab itu bukan kuasa puan. biarlah pihak pengurusan yang tanggung dosa. sebab objektif perniagaan asal adalah gudang....bukan arak.

kes ini sama dengan kakitangan awam.
mereka bekerja pada majikan ...kerajaan yang memberi lesen pengeluaran arak. so berapa ramai kakitangan yang menerima gaji dari lesen tersebut....

itupercerahan yang saya terima dari Ustaz Dr izhar
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by baulu at 2-12-2016 07:23 PM

Sy ada bertanyakan ustaz yg amat alim ttg perkara puan.

Dia kata sesiapa yg terlibat dgn arak sepanjang industry value chainnya adalah haram & termasuk dosa besar & pendapatannya juga haram.

Dia ada sebut pasal arak tu qathi, tak boleh berurusan dlm bentuk mana pun wpun jaga HR.

Habib Umar pernah tanya pd murid2 dia (termasuk ustaz ni bila seseorg ada isu dgn pekerjaannya yg x syariah compliance) "keluarga kitakah tuhan kita atau hartakah tuhan kita, kerjaya kitakah tuhan kita @ Allah tuhan kita?".

Semoga puan berjaya dlm mujahadah & taqwa puan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
baulu replied at 2-12-2016 11:19 AM
Sy ada bertanyakan ustaz yg amat alim ttg perkara puan.

Dia kata sesiapa yg terlibat dgn arak sep ...

tq cuma utk pengetahuan semua start gaji bulan ni sbb bulan lepaa baru depa letak barang2 di gudang kami.

cuma agak mustahil rasanya utk resign mendadak sbb hujung n awl tahun perlu guna byk wang.

insyallah ini dugaan dari Allah dan semuga ditunjukkan jalan keluar olehNYA...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
singlemum_4 replied at 2-12-2016 07:36 PM
tq cuma utk pengetahuan semua start gaji bulan ni sbb bulan lepaa baru depa letak barang2 di gudan ...

Actually bukan takat tu saja.

Klu kita duduk dlm bangunan yg ada benda2 haram ni pun klu boleh elakkan.

Sebab dikira tempat yg dilaknat Allah. Malaikat yg bwk rahmat/ berkat tak mai. Yg mai malaikat maut & yg duduk dgn kita saja.

Mcm restaurant yg serve arak, cruise islamik yg masih ada deck2 yg service non muslim pun sama. Sy sampai la ni sejak bljr dgn ustaz ni x pernah jejak Genting Highlands. Seram siut dgn firasat2 org alim.

All the best & doa byk2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.092407 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list