CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8686|Reply: 9

sejarah KFC

[Copy link]
Post time 29-11-2016 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Hafiz_19 at 29-11-2016 03:54 PM

                                                                                                  KFC



Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands, Inc.. Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.
Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc.
KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad.

                                                                                                   MAKANAN

Resipi rahsia Kolonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan, dengan salinan-salinan separa tersimpan di beberapa tempat yang lain sebagai sokongan. Dua pembekal perasa digunakan dan setiap mereka hanya membekalkan sebahagian resipi itu, dan mereka tidak mengetahui satu sama lain. Presiden syarikat juga tidak tahu akan senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang mengetahuinya diperlukan menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. Satu analisis kimia yang diarahkan oleh pengarang William Poundstone mendedahkan sebahagian daripada bahan-bahan utama: garam, lada hitam yang kisar, tepung gandum, dan monosodium glutamat. KFC mendakwa bahawa resipi Kolonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia.
Selain daripada ayam goreng, KFC juga menyajikan hidangan sampingan seperti salad kubis, pelbagai makanan berdasarkan kentang (termasuknya kentang jejari, kentang sendal, dan kentang putar dengan kuah), jagung pada batang dan biskut. KFC juga menghidangkan entree yang lain seperti Ayam Bertih Jagung, Ketul Ayam, hamburger, rusuk babi dan pelbagai jenis pembasuh mulut - walaupun bukan semuanya didapati di setiap tempat, khususnya dalam kawasan-kawasan di luar Amerika Syarikat. Sesebahagian hidangan sampingan adalah unik dan hanya didapati di kawasan yang tertentu.KFC menggunakan singkatan namanya pada tahun 1991 untuk mengelakkan konotasi 'goreng' yang tidak sihat. Kini, KFC sedang membuat uji kaji tentang pai ayam, ayam tanpa tulang, serta ayam panggang sebagai tambahan kepada penawaran makanannya yang teras. Pada tahun 2004, syarikat itu mencuba jenama yang baru, iaitu "Ayam Segar Dari Dapur" ("Kitchen Fresh Chicken") dalam iklannya (yang mempunyai catatan huruf bercetak halus bahawa tuntutan kesegaran tidak merangkumi kepak ayam). Dalam Bahasa Inggeris, nama yang baru itu masih mengekalkan singkatan "KFC".
Pada April 2005, KFC membuka sebuah restoran yang baru di Louisville, Kentucky, tempat yang asalnya, di bawah nama asli Kentucky Fried Chickendan merancangkan untuk menambahkan sekurang-kurangnya 50 buah restoran lagi.
Dave Thomas, pengasas Restoran Wendy menjalankan banyak francais Kentucky Fried Chicken sebelum memulakan rangkaian sendiri. Beliau ialah pereka tanda sebaldi-ayam-yang-berputar yang pada suatu masa dapat dilihat di luar setiap saluran keluar KFC.

                                                                                            KONTROVERSI

Pada 16 Oktober 2003, Pamela Anderson, seorang peragawati Playboy serta seniwati, menyertai kempen hak-hak haiwan PETA untuk menentangi KFC dan mendesak pengguna-pengguna untuk memulaukan KFC sehingga perlakuan kepada ayam-ayamnya diperbaiki.
Pada 3 Jun 2004, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat dan KFC mencapai satu penyelesaian mengenai kempen pengiklanan KFC yang mendakwa bahawa "ayam goreng sebenarnya boleh menjadi sebahagian diet yang sihat." Syarat-syarat persetujuan itu tidak didedahkan; bagaimanapun, iklan-iklan televisyennya diberhentikan selepas penyelesaian itu.
Pada 20 Julai 2004, PETA menayangkan sebuah video mengenai kekejaman kepada ayam-ayam yang diambil daripada Pilgrim's Pride, salah satu daripada pembekal KFC di Virginia Barat. Pembekal ini mengatakan bahawa ia akan menyelidik dakwaan itu. Pilgrim's Pride memecat sebelas orang kakitangannya selepas tayangan video itu dan memberikan latihan terhadap kekejaman haiwan kepada tenaga kerjanya.
Pada akhir tahun 2005, Pamela Anderson dan PETA menyediakan video-video mengenai kekejaman haiwan di kilang-kilang pembekal KFC untuk dikirim kepada setiap pengurus KFC di United Kingdom. Pada pagi sewaktu video itu tiba, setiap pengurus menerima pesanan untuk membuang video itu ke dalam tong sumpah tanpa membuka sampul suratnya.
Pada 26 Januari 2006, Ernie Fletcher, Gabenor Kentucky, menolak desakan Pamela Anderson yang disokong oleh PETA untuk mengalihkan arca Kolonel Sanders daripada Bangunan Kapitol Kentucky. Beberapa hari selepas Yum! dan Churchill Downs mengumumkan satu persetujuan bahawa Yum! akan menjadi penaja utama untuk Kentucky Derby, Anderson mengumumkan pula bahawa beliau tidak akan lagi menghadiri perlumbaan kuda.
Sesebahagian negara telah mendapat tahu tentang tahap MSG di dalam makanan KFC yang melebihi peraturan-peraturannya (umpamanya di India). Seseparuh ahli sains percaya bahawa MSG merupakan bahaya kesihatan, dan KFC sering mendapat tempat yang atas di dalam senarai makanan MSG untuk dielakkan (kebanyakan analisis menunjukkan purata MSG sebanyak 2%).
Pada 8 Februari 2012, KFC Malaysia i-City, Shah Alam, seorang pelanggan Cina Malaysia bernama Danny Ng (Cina: 吳慈飛, Wú Cí Fēi) dipukul oleh pekerja KFC. Isu itu berlaku kerana kehabisan ayam. Pelanggan itu marah kerana ingin menempah ayam. Mungkin itu menjadi punca pekerja itu memukul Ng Chee Fei.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2016 03:58 PM | Show all posts
Jenis        Subsidari
Industri        Restoran makanan segera
Ditubuhkan        1930 di North Corbin, Kentucky (asal); 1952 di 3900 South State St, Salt Lake City, Utah (francis)
Pengasas        Harland Sanders
Ibu pejabat       
1441 Gardiner Lan, Louisville, Kentucky, United States (Ibu Pejabat)
Delaware, United States (Perbadanan)[1]
Bilangan lokasi        17,000 (2012)
Perancang utama        David C. Novak, Pengerusi dan CEO Yum! Brands[2]<br" />Roger Eaton, Chairman and CEO of KFC
Produk        Ayam goreng, ayam panggang, burger ayam, kentang goreng, minuman berkarbonat, salad, pencuci mulut, sarapan pagi
Hasil        US$ 9.2 bilion (2011)[3]
Pekerja        455,000 (2010)
Induk        Yum! Brands
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2016 03:59 PM | Show all posts
INFO COPY AND PASTE
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info bg penggemar kepsi mcm i. Tapi ade versi dari mastarakat kuliit hitam, ysng kolonel sanders ni sebenarnya menciplak resipi ni dari hamba rumah dia pempuan berkulit hitam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Terhibur jgk membaca sebelum tido ni...tetiba plak rs nak makan kfc lunch esk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2016 02:07 PM | Show all posts
kuriboh replied at 7-12-2016 12:01 AM
Terhibur jgk membaca sebelum tido ni...tetiba plak rs nak makan kfc lunch esk

hahaha










Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2016 02:48 PM | Show all posts
Victorioussss replied at 29-11-2016 04:03 PM
Good info bg penggemar kepsi mcm i. Tapi ade versi dari mastarakat kuliit hitam, ysng kolonel sander ...

pernah tgk kt satu rancangan masakan kt AFC or TLC channel yg tunjuk sorg wanita african american wat ayam goreng cam KFC tuh, dia kata ini resepi asal kaum kulit hitam masa zaman dedulu...  
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ayam dia mmg bnyk msg,...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2016 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
owh kira kfc ni ala2 soul food la ek sbb amik dr org itam
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 03:56 PM | Show all posts
Kennnnntuckeyyyyy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.072705 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list