CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12700|Reply: 107

Kak Ning: Masuk Duo Star tak merendahkan standard sbg diva

[Copy link]
Post time 7-12-2016 12:12 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ning Baizura tidak melihat penglibatannya menerusi program terbaharu terbitan Astro iaitu Duo Star merendahkan kedudukannya sebagai artis senior dalam industri hiburan tempatan.

Ning atau Ning Baizura Sheikh Hamzah, 41, sebaliknya berkata, dia melihat program itu dapat mengubah kariernya ke tahap baharu dalam memastikan namanya terus kekal relevan.

"Tiada salahnya saya menyertai program ini kerana sekiranya saya tidak mengambil risiko, saya tidak akan tahu apa akan terjadi.

"Ini kali pertama saya menyertai pertandingan seperti ini dan saya melihat ini adalah peluang untuk saya kumpul peminat baharu dengan menggunakan cara berbeza.

"Saya tidak boleh terus berada di tahap lama dan perlu melakukan sesuatu yang diluar kotak dalam memastikan karier saya terus kekal relevan," katanya kepada mStar Online.

Ning Baizura bergandingan dengan Harris Baba dalam Duo Star.

Ning ditemui pada sidang media memperkenalkan program dan peserta Duo Star yang diadakan di sini, Isnin.

Duo Star merupakan sebuah program yang memperlihatkan penyanyi profesional berganding dengan pasangan duet untuk membuat persembahan.

Penyanyi bersuara soprano itu akan berpasangan dengan bintang baharu, Harris Baba dalam pertandingan itu yang bakal bersiaran bermula 25 Disember ini.

Duo Star akan ditayangkan pada setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Dalam pada itu, bercakap mengenai gandingan bersama Harris, Ning berkata, dia memilih penyanyi berasal dari Singapura itu kerana tertarik dengan vokalnya selain faktor dia masih baharu dalam industri.

Kata Ning, dia yakin dengan bakat Harris dan melihat dia mempunyai potensi untuk bergerak jauh dalam bidang nyanyian pada masa hadapan.

"Sejak dahulu saya suka bekerjasama dengan penyanyi-penyanyi baharu dan saya memilih Harris kerana melihat dia mempunyai bakat besar selain ada keserasian vokal di antara kami.

"Dia masih baharu dan jujurnya masih banyak perlu diperbaiki tetapi itulah cabaran saya untuk membentuk karismanya sebagai seorang penyanyi.

"Sebagai pasangan dalam Duo Star kami kena saling membantu dan saya sebagai penyanyi lebih senior daripadanya menjadi tanggungjawab saya untuk membimbingnya dengan pengalaman yang saya ada," ujarnya.

Sementara itu, Ning berkata, dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk memenangi pertandingan itu kerana paling penting adalah hasil daripada penyertaan mereka menerusi program itu nanti.


"Adat bertanding siapa tidak mahu menang tetapi pada saya ada perkara lebih besar daripada bergelar juara.

"Fokus yang lebih penting adalah hasil dan perkara perlu kami lakukan selepas program ini tamat nanti," jelasnya.

Berkongsi strategi pertandingan, Ning berkata, dia mengelak daripada menyampaikan lagunya sendiri dan memilih untuk mempersembahkan lagu yang tidak pernah dinyanyikan sebelum ini.

"Untuk pertandingan ini saya yang pilih lagu kerana Harris tidak mengetahui banyak lagu terutamanya karya-karya lama.

"Bagaimanapun dia adalah seorang yang cepat belajar dan sentiasa memberikan pendapat dalam memastikan persembahan kami bertenaga dan segar," katanya.

Selain Ning dan Harris, Duo Star turut memperlihatkan persaingan daripada tujuh lagi pasangan duet iaitu Syamel & Ernie Zakri, Asfan & Aweera dan Ila Damiaa & Yasin.

Turut bertanding Haiza & Epul Drama Band, Ronnie Hussein & Sarah Fazny, Awi Rafael & Kaka Azraff dan Firman & Ayai.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/12/06/ning-duo-star/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2016 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Haris baba pon hauk nyanyi live...haha..i lebih ternanti gandingan duo syamel+ernie zakri.. harap ernie menyerlah la lps ni sbb vocal dia hebat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2016 12:16 PM | Show all posts
yiss harus ernie berguru dgn mak sedara beliau kak nuar n kak jena. Duo lain agak hauk pada pandangan iols.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 12:28 PM | Show all posts
iols sokong ernie + syamel. macam best je gandingan duo yang ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Terngiang suara kelaut kak ning Kat GV
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 12:32 PM | Show all posts
Nampak macam Ning digunakan untuk tarik penonton jah. Yang lain tiada tarikan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2016 12:34 PM | Show all posts
Memori GV masih segar dalam ingatan .... hahahahahaha ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 12:50 PM | Show all posts
masa GV3 tu aku pun terkejut jugak dgr suara dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2016 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ning... ko patut masuk GV tahun depan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya ramai jer diva2 yg nk masuk GV. Sorg lg yg pnh bg hint ialah nourul wahab depp merangkap best friend ning. Tp bila byk sgt drama hr tu rs mcm letih dah nk hadap.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 12:56 PM | Show all posts
ermmm...ermmmmmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 7-12-2016 12:50 PM
masa GV3 tu aku pun terkejut jugak dgr suara dia

Kalau duo star ni ramli ms yg jd juri, masak lah ning. Selama ni vokal dia mmg dh hauk, bkn sbb beranak ja. Rasanya sejak 2005/2006 dh teruk. Tp xda yg berani nk sound direct myb sbb status diva. Pglah masuk kelas dgn hazami ke, mark adam ke, ernie zakri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 01:08 PM | Show all posts
NadineNajmie replied at 7-12-2016 12:30 PM
Terngiang suara kelaut kak ning Kat GV





Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlu thn 90s aku mnt sore ning..tp ms album 2003..sore die mcm dh tk power dah..sore die tkde specel..eloklh msk sbb die pn dh sesendu alam mcm nurul jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ning nak tarik peminat baru? Bbnu mne layan soprano2 ni..hhihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2016 01:29 PM | Show all posts
Soprano kak ning tak stable cam Cikgu Syafinaz Selamat walaupun kak ning lagi byk lagu hits drp Cikgu Syafinaz. Awan yg Terpilu masa kak ning perform final AJL sgt lah "pilu" suara beliau ye. Lagu dah sedap tapi sebab vokal sedey, kaloh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2016 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
terpaku replied at 7-12-2016 01:08 PM

Hahaha soprano lahhh sangat  
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 01:33 PM | Show all posts
NadineNajmie replied at 7-12-2016 12:30 PM
Terngiang suara kelaut kak ning Kat GV

muahahaha

kami satu fmly terjerit part kak ning struggle adjust voice lawakkkk weii hbs gelak...mcm sengsara habis...

ning ni kalau masuk gv best gak jd bahan hot meletop lg gv kalah drama nora dgn lina pom pom
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2016 01:34 PM | Show all posts
Kak ning nyanyi 2-3 baris time final GV pun kelaut, Mak Iti pulun medley 3 lagu selambe jek.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 01:35 PM | Show all posts

wakakaka part ni la clear betul kehancuran...kalau standard mcm ni nyyian ning nampaknya iols boleh start jd penyanyi hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.297951 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list