Rating Keseluruhan Drama: (8.8+9.0+7.8+2.0+4.5) =32.1/4=8.03)
Kritik Keseluruhan: "Chief Kim bukan saja utuh dari gugusan perancangannya, tetapi juga mampan dari perkembangan watak sehingga ke tahap interaksinya sesama lain menjadikannya suatu naskah yang sangat puas untuk ditonton sekurang-kurangnya dari nahu komedi slapstiknya yang mengujakan hasil gandingan berkesan Nam Goong Min, Jun Ho, Dong Ha dan sekumpulan yang lain"
1. Cerita (8.8/10)
Sebuah drama yang menghiburkan. Menariknya, drama ini tidak meng'clinch' kan minda dengan hubungan percintaan, tapi mendasarkan pada hubungan setiakawan sepasukan Operasi Perniagaan ,"Business Operation" dalam membantu misi ketua mereka bagi menggagalkan segala rancangan pengerusi syarikat TQ yang menindas pekerja-pekerja bawahannya. Satu persatu misi dijayakan dengan cara 'kampung' oleh Chief Kim Seong Ryeong bagi menumpaskan pihak atasan yang cuba menutup salah saku mereka sehingga menyebabkan prestasi syarikat merundum.
Rancangan-rancangan yang sukar dijangka daripada Chief Kim menjadikan drama ini agak suspens walaupun diterjemahkan dalam nahu komedi. Setiap plot digarap dengan agak berkesan walaupun terdapat sedikit kecacatan dari segi logik, namun ianya tidak menghalang kebantutan menyaksikan drama saban minggu.
Penulis juga berjaya mengembangkan beberapa watak dengan baik dan berkesan. Seharusnya pujian diberikan pada 'identiti' Kim Seong ryeong yang ternyata unik dengan gaya tersendiri serta watak Park Myeong Sok yang dikembangkan daripada seorang yang tak berguna pada awalnya menjadi orang yang banyak membantu menjayakan misi Chief Kim. Tidak lupa juga bagaimana penulis berjaya mentransformasikan karakter Seol Yol yang 'perfectionist' dan lawan yang menggerunkan pada asalnya, kepada seorang yang akhirnya akur dengan kelemahan sendiri dan mula memahami orang lain.
2. Keberkesanan Lakonan (9.0/10) Keseluruhan, lakonan yang hebat dalam menjayakan watak masing-masing. Tidak terhad pada pelakon yang membawa watak pekerja syarikat, malah mak cik pembersih tandas juga harus dipuji.
Nam Goong Min - Pencalonan [Best Actor]
Melihat Nam Goong Min sebagai Chief Kim ibarat seperti melihat Johnny Depp melakonkan lanun Jack Sparrow dengan gaya tersendiri. Kendatipun Chief Kim kelihatan 'mengjengkelkan' kerana terlalu banyak songeh dan terlalu vokal, sedikitpun tidak menafikan ketrampilan lakonan yang penuh berkarisma daripada Nam Goong Min. Boleh dikatakan ini lakonan terbaik beliau setakat ini!
Jun Ho
Ianya tak mudah membawakan watak perfectionist Seol Yol yang dibenci tetapi juga disayangi. Namun, kelemahan pada aktor ini adalah, pada lirik mata dan mimik muka yang sedikit 'stagnant' mengikut emosi yang ditonjolkan. Lakonan yang pertama kali ini boleh dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.
Dong Ha- Pencalonan [Best Supporting Actor]
Siapa yang tak kenal Myeong Sok , memang sah tak menghayati drama ini. Aksi yang ditonjolkan pelakon ini bukan saja mencuri adegan, tetapi juga hampir menenggelamkan watak pembantu lain. Dong Ha menggayakan Myeong Sok sebagai seorang yang seakan-akan takut dengan Chief Kim, tetapi tetap jugak melakukan onar bagi memuaskan hatinya. Dalam hati kecilnya, dia hormat Chief Kim melebihi yang lain. Lakonan yang tampak abstrak dari 'substance' tetapi sarat dengan komedi ditunjukkan.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (7.8/10)
Tiada keistimewaan sangat dapat diolahkan daripada aspek teknikal. Namun, pengarah boleh dipuji dalam menggerakkan drama menjadi suatu drama 'aksi' yang diterjemahkan dalam bentuk 'perancangan' sehingga menghasilkan 'suspens', dan mentertawakan kita pada penghujungnya. Suntingan juga kemas dan tidak cacat. Selingan komik sangat menaikkan semangat menyaksikan 'karikatur' penyiasatan dan perancangan oleh detektif merangkap akauntan bagi menjayakan misinya.
Sinematografi agak lemah kerana kedudukan tempat yang agak terhad.
4. Skor muzik (2/5)
Lagu tema yang paling diingati sebab dimainkan tatkala misi Chief Kim berjaya dilaksanakan. Tetapi, saya tak mencalonkannya.
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.5/5) Bolehlah dipertimbangkan untuk ditonton semula kelak.
Rating Keseluruhan Drama: (8.8+9.0+7.8+2.0+4.5) =32.1/4=8.03) Nomination: Nam Goong Min, Dong Ha
dah abih citer nih...dah tak bleh nak tgk kesengalan Myeong Sok
Boring la hidup iols...
Bagi iols Dong Ha sgt talented, lakonan dia fresh (kadang2 I rewind scene dia byk kali)
pernah tgk citer apatah dia jd pembunuh upahan, punya la kejam...
Citer ni bg aku semua character kena saja, pandai writer develop character masing2.
Jenuh iols berdoa supaya Director Seo insof...hujung2 doa iols termakbul
First iols tgk Junho dalam Cold Eyes, impressive...pastu dlm drama Memory pun not bad
(ps Memory ni recommended, lain dari yg lain jgk citer dia, pasal lawyer yg sombong kena alzheimer)
Nam Goong Min tak payah ckp la..mmg otai, semua watak menjadi..
2PM’s Junho Shares Thoughts About Kiss Scene With Namgoong Min For “Chief Kim”
In an interview on April 5, 2PM’s Junho talked about how his hilarious kiss scene with “Chief Kim” co-star Namgoong Min happened.
The actor said, “I feel like [that kiss scene] is the greatest moment of skinship (physical affection) in the whole drama. While skinship usually happens between an actor and actress, I was honored that the scene came to me. That scene was 100% ad-libbed.”
He continued, “Namgoong Min was joking around and asked ‘should we have a kiss scene right now?’ The director thought it was a good idea but I was a little hesitant; however, after we filmed it, I realized how funny it was. We filmed that kiss scene so many times with different reactions to the point where we wondered if it was okay for us to be doing this.”
kompiden kan NGM ni..hahah tp iols pn yakin dia akan dpt.tp tu la btl la kata junho tu..mgkn susah sbb cite ni awal tahun...takut org lupa
tapiii kalau cite best mcmne pn org akan igt smpai bila2..mcm signal tu la..cite tu pn tyg awl bln feb 2016, still org igt n dpt best drama of the year
iols pun kompem heols mesti dpt award . btw NGM dah tercalon utk baeksang 2017uols, dah keluar list baru tadi.frust skit sbb jun ho x dpt masuk best new actor. Calon best actor suma hebat2 .
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register