CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3591|Reply: 21

[Tempatan] Pesakit mental: Bapa maut kepala di pukul dengan batu

[Copy link]
Post time 16-3-2017 10:38 PM | Show all posts |Read mode





KOTA BHARU - Seorang penjual ikan maut selepas dihentak di kepala dan muka dengan menggunakan batu-bata oleh anak lelakinya yang dipercayai sakit mental di Kampung Banggol Jenereh, Tanah Merah, awal pagi tadi.


Ketika kejadian jam 4 pagi itu, mangsa Fauzi Mamat, 62, sedang tidur bersama anaknya tiba-tiba dihentak dengan menggunakan batu yang diambil daripada alas kaki katil di dalam bilik berkenaan.

Turut berada bersama mereka ketika itu, isteri mangsa juga ibu suspek yang berusia 54 tahun.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk Hospital Universiti Sains Malaysia, di sini, kerana kecederaan parah yang dialaminya, namun dia kemudian meninggal dunia pada jam 11.50 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, susulan itu suspek yang berusia 22 tahun ditahan polis untuk siasatan lanjut. Suspek pernah belajar di sebuah sekolah pondok di Pasir Tumboh, di sini, tetapi tidak menamatkan pengajiannya kerana penyakit yang dialami.

“Suspek dipercayai mengalami gangguan halusinasi sejak November tahun lalu dan hanya mendapatkan rawatan secara tradisional serta tidak pernah dirawat di mana-mana hospital berhubung penyakitnya itu.

“Suspek ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala jenazah diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di Kampung Kedai Buluh, Badang, selepas selesainya proses bedah siasat sebentar tadi,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...-bata-1.644319

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2017 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaaa ni sah OKU...tenkiu FM sebab menampilkan OKT yang tersaheh terjejas cacat akal



Maap tt macik rajin nau mengomen mlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Penangan dadah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
skizofrenia la tu
ada halusinasi bagai
mesti ada suara suruh dia katok ayh dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 16-3-2017 10:40 PM
Haaaa ni sah OKU...tenkiu FM sebab menampilkan OKT yang tersaheh terjejas cacat akal



Aku pun macit

Tapi jgn le simpan ahli keluarge yg terencat akalnye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 11:17 PM | Show all posts
she replied at 16-3-2017 02:40 PM
Haaaa ni sah OKU...tenkiu FM sebab menampilkan OKT yang tersaheh terjejas cacat akal

Komen aja benda free
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2017 11:20 PM | Show all posts
Al-Fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash mungkin?
Sbb x hntr ank gi hospital dapatkan rawatan sewajarnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2017 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah apa la yg dia mimpi tu
Npk bapak cam monster kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
batu kat bucu katel?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
apa beza sakit mental dan autisme kronik mcm anak zarina zainuddin tu?
sama ke lain? ke nak sedap hayi tak mau panggil gila, so sebut autisme kronik?
zarina pun pernah cakap dia elakkan anak dia mkn ubat sbb kesiankan anak dia yg sulung tu. tido ja klau makan ubat. klau tak ambil ubat boleh hyper sampai membunuh tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 02:05 AM | Show all posts
“Suspek dipercayai mengalami gangguan halusinasi sejak November tahun lalu dan hanya mendapatkan rawatan secara tradisional serta tidak pernah dirawat di mana-mana hospital berhubung penyakitnya itu.

Rawatan traditional nak rawat halusinasi? I rest my case lah kalau macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 02:08 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 16-3-2017 11:27 PM
Cash mungkin?
Sbb x hntr ank gi hospital dapatkan rawatan sewajarnya

akak pun rasa macam cash
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
shabuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
kat kelantan terutama kwsn pendalaman mmg rmai yg mental sebegini...bknnya oku or sakit mental dr asal tp sbb dadah terutama pil kuda ketum bgai tuhh...
negeri serambi mekohh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin ramai orang yang sakit mental...kesian..tgh tidur pun kena bunuh..takutt...tapi mmg slalu dgr ada yg jd camni sbb ambik drugs sbb depression.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2017 07:59 AM | Show all posts
Takziah kepada keluarga mangsa...

Memang rasa menakutkan kalau terpaksa tinggal serumah dengan orang yang ada masalah mental.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
diaorg ni bukan apa, mungkin kurang didikan, kurang info....tu salah satu sbb tak tau cara nak ikhtiar cara berubat yg betul
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 08:51 AM | Show all posts
labubuyung replied at 17-3-2017 01:49 AM
apa beza sakit mental dan autisme kronik mcm anak zarina zainuddin tu?
sama ke lain? ke nak sedap  ...

Yer nak tahu jugak apa beza...coz yg sorang tuh memang nampak macam ada penyakit mental.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 08:53 AM | Show all posts
salam takziah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.133719 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list