|
Nama Album : KOLEKSI HITS 1970-2000 BROERY MARANTIKA
Nama Penyanyi : BROERY MARANTIKA
Ulasan :
Warner Muzik Malaysia tampil dengan album kompilasi paling hebat penyanyi sepanjang zaman Broery Marantika berjodol Koleksi Hits 1970-2000 Broery Marantika -Kasih. Satu album berbaloi untuk dimiliki!4/5 bintang
Kepada mereka yang membesar di sekitar era 70an dan 80an, nama Broery Marantika, penyanyi Indonesia bersuara Macho ini sememangnya sukar untuk dilupakan. Lagu-lagu cintanya dan lakonannya sentiasa dinantikan oleh peminat setia. Kini Mendiang telah lama pergi tetapi bagi memgembalikan nostalgia indah, Warner Music Malaysia berbangga untuk menghasilkan sebuah album hebat dengan 17 buah lagu-lagu hits nyanyian mendiang.
Siapa boleh pula dengan alunan vokal menyusuk kalbu Broery menerusi lagu Setulus Cintamu, Kasih, Hati yng Terluka, Semua Pergi, Hapuslah Airmatamu dan lagu-lagu duet beliau dengan Sharifah Aini menerusi lagu Seiring Sejalan dan Jangan Ada Dusta Di Antara Kita bersama Dewi Yull. Rasanya apabila mendengar lagu-lagu tersebut, mengembalikan ingatan kegemilangannya di era 70an dulu.
Saya mengakui bahawa beliaulah satu-satunya penyanyi lelaki yang mempunyai suara jantan yang cukup hebat dan bertenaga. Kepada generasi baru, dengarkanlah lagu-lagu merdua Broery Marantika ini dan anda akan bersetuju dengan pendapat saya.
Turut ditampilkan ialah sebuah lagu lama dendangan Broery tetapi dinyanyikan semula oleh penyanyi Hazami berjodol Setulus Cintamu...Broery. Dengan susunan muzik yang lebih segar, Hazami berjaya menghayati lagu ini dengan suaranya yang merdu dan saya jangkakan ia menjadi single terbaru penyanyi ini yang akan menjadi Hits kelak.
Jumlah Bintang : |
|