CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1486|Reply: 1

[Tempatan] Edisi kekasih gelap - KP UMNO hadir muktamar PAS

[Copy link]
Post time 13-9-2018 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Hasrat Umno untuk turut serta ke Muktamar Tahunan PAS akhirnya menjadi kenyataan dengan kehadiran ketua Pemuda parti itu, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke-59, di Terengganu, hari ini.

Beliau bersama seorang pengiring tiba di lokasi program yang bertempat di Pulau Duyong, dekat Kuala Terengganu kira-kira jam 3.00 petang disambut ramah oleh perwakilan Pemuda PAS.

Kehadiran Asyraf Wajdi itu sebagai tetamu khas bagi majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS yang akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan, petang ini.

Sebelum ini, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji secara peribadi untuk menghadirikan diri ke muktamar PAS.


Ia susulan kerjasama erat antara kedua-dua parti selepas tiga pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong, baru-baru ini.

Sementara itu, difahamkan Ahmad Zahid dijadual hadir ke acara tahunan PAS itu pada hari perasmian Muktamar PAS Ke-64, pada Sabtu ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2018 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga umno akan lebih islamik lepas ni... biarkan ikram tenggelam dgn kehidupan ph yg keji lg jijik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.072257 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list