CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1282|Reply: 1

[Tempatan] OktoberFest: Penganjur perlu ada permit, hanya untuk bukan Islam

[Copy link]
Post time 9-10-2018 07:51 PM | Show all posts |Read mode
OktoberFest: Penganjur perlu ada permit
09 Oktober 2018 6:25 PM

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Penganjur pesta arak 'OktoberFest' perlu memohon permit dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekiranya mahu menganjurkan pesta tersebut.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, penganjuran pesta seperti itu juga perlu diadakan secara terkawal, bukan di khalayak ramai dan orang Islam tidak dibenarkan masuk ke pesta tersebut.

“Kita akan periksa dan sahkan sama ada pesta itu akan dianjurkan atau tidak.

“Kalau nak buat, buatlah permohonan, maka kena ikut peraturan,” katanya ketika diminta mengulas mesej tular mengenai penganjuran 'OktoberFest' yang dijangka diadakan di pusat beli-belah Mid Valley pada Khamis ini.

Khalid ditemui pada sidang akhbar berkaitan 23 transaksi tanah milik DBKL di Menara DBKL, di sini hari ini.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan memberitahu, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk menganjurkan ‘OktoberFest’.

“Tiada permohonan untuk 'OktoberFest' di Mid Valley.

“Sekarang ini, bila dah tahu kita akan ambil tindakan dan tengok ada atau tidak perkara itu,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2018 08:16 PM | Show all posts
ethanol boleh ganja tak boleh...kan sama2 psychoactive...apa ni?... hangpa buta ilmu sains ka? hangpa nak kata penduboq2 etis salah ka menyembah sains? depa semua undi hangpa tau...wakakakakakkakakakak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.058541 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list