CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 846|Reply: 2

[Jenayah] Malaysia bukan 'tong sampah' negara maju

[Copy link]
Post time 16-10-2018 05:37 PM | Show all posts |Read mode
PERMIT mengimport sisa plastik bagi menampung bekalan operasi kilang penghasilan semula bahan itu di Malaysia ketika ini dibekukan.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, lesen untuk menubuhkan kilang kitar semula sisa plastik turut dibekukan sehingga jawatankuasa khas membabitkan lima kementerian memutuskan langkah kerajaannya seterusnya.

“Kita nak beri laluan kepada jawatankuasa bersepadu ini meneliti langkah penyelesaian berhubung isu penghasilan menggunakan sisa plastik,” katanya menjawab soalan tambahan Ma’mun Sulaiman (WARISAN-Kalabakan) pada waktu pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ma’mun meminta perincian berhubung langkah segera kerajaan dalam menangani isu import sisa plastik dan operasi kilang haram yang semakin berleluasa di negara ini.

Menjawab soalan asal Ma’mun mengenai pandangan kementerian berhubung isu terbabit, Bee Yin berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan, justeru penutupan lebih 30 kilang haram, khususnya di Kuala Langat dilaksanakan.

“Kita bukan saja sita, tetapi potong bekalan air, elektrik dan tangkap mereka (operator) mengikut Seksyen 37C Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya dberikan hukuman setimpal,” katanya.

Mengulas soalan Lim Kit Siang (PH DAP-Iskandar Puteri) pada sesi jawab lisan berhubung isu sama, Bee Yin berkata, kerajaan perlu merangka penyelesaian menyeluruh kerana industri plastik menyumbang RM30 bilion kepada pendapatan negara.

Sehubungan itu, katanya, pendekatan yang seimbang harus dirangka membabitkan kepentingan awam, alam sekitar dan pengusaha industri, sekali gus menangani risiko daripada Malaysia serta negara anggota ASEAN dijadikan ‘tong sampah’ sisa plastik negara maju.

“Masalah lambakan plastik dijangka meningkat seiring pertambahan penduduk dunia menjadi 10 bilion pada 2020, justeru kita tidak boleh berdiam diri dan tunggu sehingga perkara ini menjadi isu besar.

“Kajian juga mengemukakan bahawa jumlah plastik dalam laut akan sama dengan bilangan ikan menjelang 2050 jika tiada penyelesaian dirintis secara menyeluruh oleh pihak dan negara berkaitan,” katanya.

Meneliti soalan Datuk Seri Ismail Said (BN UMNO-Kuala Krau) berhubung pemberian insentif terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan aktiviti membersihkan sisa plastik, Bee Yin berkata, keutamaan kementerian ketika ini lebih terarah kepada kempen kesedaran.

Susulan itu, katanya, pertimbangan sewajarnya berupaya dibuat untuk memberikan insentif kepada NGO yang ingin bekerjasama dengan kerajaan dalam menganjurkan kempen kesedaran mengenai langkah mengurangkan penggunaan plastik.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sampah-negara-maju

Negara yg ditadbir Parti ketuanan yg kononnya  menjaga kepentingan ketuanan,  tapi menjadi tong sampah negara maju selepas merdeka utk 60 tahun, mmg malu.
Dari atas sampai bawah,  entah makan berapa suapan baru boleh masuk 0.4 billion tan sampah dari 1/2018-6/2018.
Barbee banyak haram,  tak pandai BM tak patriotik, tapi makan suapan mencemar dan memalukan negara tak apa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Meleisia kedudukan no 8 suka buang plastik dlm laut dibawah sikit.negara negara pprt china yendon thailend pilipine.kempen no plastic kat selangor pon  x menjadi sbb still ada plastic walopon rega 20 marhein akan beli sbb malas nak bawak beg sdiri..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa perlu import sampah dr negara lain...celaka gomen dulu...bukan stakat sisa sampah dorg kutip...berapa ramai makhluk asing indon..bangla..nepal si zahid dah import..phuiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119440 Replies : 3085
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 7276 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9343 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24250 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.058824 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list