|
*[23-12 9:49 PM] #JohoRespondTeam*
*Jemaah Artis Tiga Hari Perjalanan Terakhir Ustas Radzi...*
*utama / Noorazura Abdul Rahman*
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
“BAPA selalu pesan jangan tinggalkan solat dan teruskan perjuangan dakwah, dia mahu kami banyakkan bekalan untuk akhirat” kata Muhammad Firdaus Mohd Radzi, 25.
Anak kepada bekas penyanyi kumpulan rock Melissa, Allahyarham Mohd Radzi Abdul Hamid itu, berkata bapanya sangat aktif berdakwah di sekitar masjid di Langkawi selepas bertugas di Pejabat Agama Langkawi, tiga tahun lalu.
Katanya, sebagai pendakwah bebas, dia akan meneruskan usaha dakwah bapanya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah.
“Saya sepatutnya ikut arwah ke Kuala Lumpur tapi disebabkan banyak jemputan ceramah saya menolak dan tiga adik saya ikut.
“Ketika dihubungi adik saya malam tadi memberitahu bapa sudah meninggal dunia, saya marah, ingatkan dia main-main tapi tak sangka ia betul.
“Allahyarham nampak sihat dan ceria sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, tak sangka Allah lebih sayangkan bapa saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Kemunting, Jitra, petang tadi.
Sementara itu, isteri Ustaz Radzi, Zaimah Mokhtar, 46, berkata Allahyarham suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum berangkat ke Kuala Lumpur malah ceria melayan anak seperti biasa.
“Dia ke Kuala Lumpur pada Khamis lepas, sepatutnya saya ikut juga, tapi sebab dia pergi dengan jemaah artis tiga hari, jadi saya tak ikut.
“Masa kejadian tu dia tak sakit apa pun, cuma dia penat sikit la, dia sesak dada,” katanya.
Zaimah berkata, suaminya menghidapi beberapa penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang tetapi semuanya dalam keadaan terkawal.
Jenazah Ustaz Radzi tiba di kediaman kakaknya di Kampung Kemunting, Jitra pada 6.20 petang.
Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Sharifah Fatimah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kemunting selepas solat Isyak.
Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa itu meninggal dunia ketika menjayakan persembahan di Panggung Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pada 11.15 malam tadi.
Ketika itu, Allahyarham tampil dengan lagu pertama berjudul Kami Mat Rock sebelum tiba-tiba rebah di atas pentas.
|
|