CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30152|Reply: 152

[GOSIP Kpop] 7 artis lelaki korea ini disyaki melanggan pelacur menerusi Seungri

  [Copy link]
Post time 12-3-2019 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by nandikar at 12-3-2019 01:39 PM

7 artis lelaki korea ini disyaki melanggan pelacur menerusi Seungri Big Bang         



Semalam, bertebaran desas-desus mengatakan sebanyak tujuh orang artis korea lelaki tersenarai sebagai pemilik akaun yang berinteraksi dengan Seungri Big Bang di dalam laman mesej (“chatroom”) KakaoTalk dan seterusnya menjadi bukti dakwaan Seungri sebagai ‘broker’ atau bapa ayam.

Kebetulan, mesej itu dikatakan didedahkan oleh salah seorang daripada artis lelaki Korea tersebut secara tak sengaja kepada orang lain sewaktu dia menghantar telefon pintarnya untuk diperbaiki di kedai, menurut laporan daripada YTN. Seterusnya, pemberi maklumat dirahsiakan namanya itu menyerahkan mesej bergambar beserta data ‘Excel’ kepada portal SBS Fun E dan kemudiannya didedahkan wartawan portal berkenaan untuk perhatian umum ketika peristiwa di kelab Burning Sun sedang bergolak dua minggu lepas. Pihak polis kemudian berpuas hati untuk menamakan Seungri sebagai suspeksetelah menyoal-siasat beliau selama hampir lapan jam pada minggu lepas.


Isu ini bertambah parah dan kusut apabila video-video seks yang dimuatnaik oleh selebriti-selebriti lelaki Korea ke dalam laman chatroom tersebut adalah dibuat tanpa kerelaan wanita, yakni pelacur yang diperlakukan sebagai bahan dagangan seks mereka. Sebanyak lebih 10 orang wanita menjadi mangsa.
Berikut merupakan 7(+)1 orang artis lelaki korea yang disyaki mendapatkan khidmat pelacuran, yang mana hanya beberapa saja daripada tujuh nama selebriti yang dispekulasikan ini  berinteraksi sesama sendiri menerusi laman mesej tersebut.

1. Seungri



Seungri merupakan salah seorang yang dituduh sebagai ‘bapa ayam’ kerana menjadi orang tengah dalam mendapatkan khidmat pelacuran bagi pelanggan-pelanggannya termasuklah daripada para pelabur, hartawan dan golongan selebriti. Kontroversi berpanjangan dan kecaman berterusan telah memaksa Seungri mengumumkan persaraannya menerusi laman sosial semalam dan agensi YG belum memberikan apa-apa kata putus mengenai kontraknya bersama Seungri.

2. Jung Joon Young


Jung Joon Yeong bergambar bersama Seungri.
Berita mengenai Jung Joon Young sebagai pelanggan utama Seungri mula didedahkan oleh slot ala-ala buletin utama cenel SBS, SBS’s 8 O’Clock News pada sekitar jam 8 pm semalam. Jun Joon Young dikatakan telah merakam video klip seks ‘kinky’ bersama mangsa (disyaki pelacur) tanpa kerelaan mereka dan kemudiannya berkongsi video berkenaan di laman mesej Kakaotalk.




Jung Joon Yeong sebagai artis Korea yang melanggan pelacur dari Seungri, dan berkongsi video seksnya.
Dalam satu keratan mesej yang didedahkan, Jung Joon Young memberitahu rakannya, Encik Kim bahawa dia sedang melakukan seks. Kemudian, Encik Kim membalas , “Kamu punyai video?”. Tanpa segan silu, Jung Joon Young segera berkongsi video seks yang berdurasi 3 saat itu. Jung Joon Young turut melahirkan rasa kepuasannya kerana dapat merakamkan video berkenaan yang dirahsiakan daripada pengetahuan mangsa. Dalam masa yang sama, Jung Joon Young turut berkongsi videonya sedang intim dan memeluk erat seorang pelayan kelab malam.

Kedua-dua, Jung Joon Young dan Seungri diketahui mempunyai hubungan erat. Mereka dilihat bersama dalam program realiti tv tvN “Salty’s Tour’ pada tahun lepas dan bergurau tentang cara bagaimana wanita menghampiri mereka.
Agensi yang mewakili Jung Joon Yoong memaklumkan bahawa beliau belum mengesahkan atau menafikan laporan berkenaan. “Jun Joon Young sedang sibuk menjalani penggambaran di Amerika Syarikat. Kami akan dapatkan kenyataan beliau sebaik saja beliau mendarat ke Korea nanti.”

3. Choi Jong Hoon (FT Island)



Choi Jong Hoon mempunyai hubungan perniagaan dengan Seungri apabila membuka salah satu restoren francais ‘Ramen Store’ yang berpengkalan di Korea dengan menggunakan Seungri sebagai orang tengah. Jadi, ia tak mustahil apabila sebilangan netizen mendakwa Choi Joong Hoon ialah Encik Choi dalam keratan bergambar yang dilaporkan berita SBS’s 8 O’Clock News.



SBS’s 8 O’Clock News turut melaporkan selain Jun Joon Young, Encik Choi juga berkongsi video klip seks bersama mangsa tanpa kerelaan mereka.

4. Yong JunHyung (Highlight/BEAST)


Yong JunHyung yang didakwa sebagai ‘Penyanyi Yong’ di dalam laman mesej KakaoTalk tersebut telah menafikan secara sekeras-kerasnya penglibatannya menerusi agensi Around US yang turut menguruskan kumpulan kpop, Highlight.

SBS “8 O’Clock News” telah menamakan ‘Penyanyi Yong’ ialah orang yang berinteraksi dengan Jung Joon Young pada tahun 2016. Jung Joon Young dilaporkan mengalami kesukaran hidup disebabkan masalah peribadi lalu beliau ditanya oleh Yong Junhyung tentang permasalahan tersebut.
“Saya telah kantoi ambil video dan berkongsi di laman sosial,” kata Jung Joon Young.

“Kamu maksudkan kamu kantoi dek perempuan itukah?,” tanya Yong Junhyung.

“Ya..Ah, kalau dia dapat tangkap saya lah. Saya boleh saja berpura-pura mencintainya sewaktu main (melakukan seks).”

Agensi Around US menyangkal dakwaan Yong Junhyung pernah berkomunikasi dengan Jung Joon Young tetapi tak menafikan bahawa penyanyi tersebut merupakan kawan kepada Yong Junhyung.

Kenyataan penuh tentang penafian Yong Junhyung boleh dibaca di sini : Soompi


5. Lee Hong Ki (FT Island)


Menurut laporan electimes dan golftimes, pengguna akaun ‘Penyanyi OO’ ialah di antara milik Yong Junhyung ataupun Lee Hong Ki. Walaubagaimanapun, tidak seperti rakan sekumpulannya, Choi Jong Hoon yang masih berdiam diri lagi, Lee Hong Ki berinteraksi bersama peminatnya menerusi “Kakao Talk Opening Lounge”  – “Lonely Lee, Hong Ki” , seterusnya mengurangkan kegusaran peminatnya.
Lee hong Ki berkata, “Saya bangun, dan tidur semula. Jangan bimbang.”


6. Zico (Block B)


Zico bergambar bersama Jung Joon Young.

Jung Joon Young dan Zico mempunyai hubungan yang rapat sebagai kawan, maka ianya tak mustahil namanya turut tersenarai sama sebagai pemilik akaun dalam mesej KakaoTalk tersebut.

Rentetan daripada isu mengenai hubungannya dengan Jung Joon Young yang tengah menular semalam, netizen cuba menyelongkar beberapa program menyaksikan gandingan mereka bersama. Dalam satu episod MBC ‘Radio Star’ disiarkan pada tahun 2017, Zico berasa pelik dengan tabiat Jung Joon Young yang sentiasa mengelakkan telefon pintar kepunyaannya yang di namakan sebagai ‘Golden phone’ itu daripada dibaca oleh orang lain. Zico memaklumkan bahawa telefon pintar itu tersimpan rapi mesej-mesej KakaoTalk yang merupakan koleksi peribadinya. Ia hanya digunakan untuk kecemasan, katanya dalam program realiti itu yang turut dihadiri oleh Jung Joon Young.

Sebilangan netizen berasa meluat dengan pendedahan dibuat oleh Zico di dalam program itu kerana Zico seakan-akan melepas tangan tanpa memaklumkannya pada pihak berkuasa, mungkin atas alasan privasi Jun Joon Young.

7. Roy Kim


Begitu juga Zico, Roy Kim dan Jung Joon Young merupakan rakan baik. Mereka pernah berkali-kali muncul bersama dalam program realiti tv termasuklah Celeb Bros pada dua tahun lepas.




Melalui Jun Joon Young, Roy Kim mengenali Seungri. Sewaktu Seungri mengadakan konsert solonya pada Februari lalu meskipun berhadapan dengan kontroversi kelab ‘Burning Sun’ jagaannya, Roy Kim menghantar surat menyatakan bahawa dia tak dapat hadir ke konsert penyanyi tersebut.



Jun Joon Young dilihat bergambar bersama Seungri, Choi Jong Hoon (FT Island) dan Roy Kim.
Netizen masih menunggu jawapan daripada pihak Roy Kim yang masih sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sosiologi di Georgetown University, Amerika Syarikat.

8. Kang Daniel


Kang Daniel, bekas ahli Wanna One ini, tak dinamakan sebagai tujuh orang yang tersenarai tersebut. Beliau dikaitkan dengan Seungri kerana hartawan wanita yang melabur di dalam ‘Burning Sun’ itu, yakni berasal dari Taiwan ialah wanita yang sama melabur untuk Kang Daniel tetapi berasal dari Hong Kong.

Peguam yang menguruskan kes perbalahan Kang Daniel dengan agensinya LH , Seon Jong Moon, berkata, “Tidak betul sama sekali. Dia tak menemui Seungri secara senyap-senyap, dan tak pernah pun ke kelab Burning Sun seperti didakwa.”

“Hanya ada dua konsert Wanna One, di mana Seungri hanya hadirinya sebagai artis senior, ” tambahnya lagi.

Tak dapat disimpulkan bagaimana desas-desus mengenai Kang Daniel melanggan pelacur daripada Seungri boleh tersebar.
https://kmania.info/2019/03/12/7-artis-lelaki-korea-ini-disyaki-melanggan-pelacur-menerusi-seungri-big-bang/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2019 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ka nak takajut? Kpoopers die hard fans ja la kot yang takajut?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam dok bace komen padal kes ni nak gelak pun ade.. Mate si jjy tu macam lubang poggong dikatenye
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 02:16 PM | Show all posts
pelacur mana dia layan tu? entah2 pondan bukit bintang
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tanganbercakap replied at 12-3-2019 02:13 PM
Semalam dok bace komen padal kes ni nak gelak pun ade.. Mate si jjy tu macam lubang poggong dikateny ...

tapi mata dia something la macam org ambik benda jea.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
zu_nia replied at 12-3-2019 02:41 PM
tapi mata dia something la macam org ambik benda jea.

Amik benda ke telebih layan porn maybe jugak hahah
Katenye chat tu pun dah diedit bagi elok sikit untuk public.. Kalau tak lagi teruk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2019 04:06 PM | Show all posts
Muka redup2 semua..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Haram sekor pun aku tak kenal kpop ni. Aku tgk muka semua sama jah. Suci murni. Tak sgka lyn pelacur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2019 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Seungri ni dh umumkan nak bersara dari Industri kan? Joon yeong ni pun kena banned keluar dr Korea
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam twist je tajuk. Setahu iols, artikel dari kpop website, nama2 ni terpalit sekali sebagai ahli chat room JJY dgn Seungri. Lee Hongki, Junhyung Daniel setakat ni bukan termasuk dalam ahli chat room JJY dan Seungri. Tak tau macam mana tiba nama2 Daniel bleh terkait sekali. Yang naik nama sebagai ahli chat room setakat ni, Abang Yuri SNSD, FT Island Choi Jong Hoon dan CN Blue Lee Jonghyun
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 11:31 PM | Show all posts
serius lah Roy Kim pon terbabit sama................................??
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 12-3-2019 11:31 PM
serius lah Roy Kim pon terbabit sama................................??


Sekarang ni kita tak tau sape antara kawan2 diorang ni yang join chat room tu, sebab berita pun takde reveal nama selebriti lain selain daripada Seungri dan JJY ni, diorang cuma refer sebagai Singer Lee, Singer Choi je. Tapi skandal melibatkan Burning Sun, polis, ahli politik, kabel2 besar lagi besar sebenarnye tapi senyap jap sekarang (siap ada detektif mati kena bunuh dulu, masa siasat kes ni tapi kes tu tutup macam tu je, diorang declare kes bunuh diri, knetz dah start gali balik pasal kes detektif tu) lepas berita reveal pasal chat room JJY dan Seungri ni, tak tau ler kot ni taktik tangan2 tertentu nak senyapkan skandal Burning Sun
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 13-3-2019 01:52 AM
Sekarang ni kita tak tau sape antara kawan2 diorang ni yang join chat room tu, sebab berita pun  ...

Ade komen kate kes group chat ni wartawan reveal sebab polis tak nak siasat walaupun dah ade bukti semua
Seungri tu ala2 baby shark do do do je nak sampai ke granpa shark silap lemas tengah jalan je nanti
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-3-2019 06:10 AM
Perlu ka nak takajut? Kpoopers die hard fans ja la kot yang takajut?

i takajut, yang. i takajut dgn kebodohan fandoms ne.. ternyata manusia tervodoh harktuih adalah manusia yg menyertai fandom kpop, iya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
tanganbercakap replied at 12-3-2019 02:46 PM
Amik benda ke telebih layan porn maybe jugak hahah
Katenye chat tu pun dah diedit bagi elok sikit ...

Muka innocent gila tapi di sebalik nya.... hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 12-3-2019 11:31 PM
serius lah Roy Kim pon terbabit sama................................??

Roy Kim kata nya media confused. Bukan dia kata nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
https://twitter.com/stuckonarii/status/1105162024940527617?s=21

Baca kt link nie pun boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 08:58 AM | Show all posts
lee hong ki ftisland  dah disahkan tak terlibat

https://www.soompi.com/article/1 ... ith-jung-joon-young
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 09:01 AM | Show all posts
Amik hooker slamat sket kowt. One nite stand sebarangan , tak pasal2 kena tuduh rogol

Keji giler gi rakam n share reramai Takutnya if terkahwin dgn spesis mcm ni.

1.Sengkek sgtkah seungri sampai jd bapa ayam?

2.Bisnes level elite kah? ada idol jd anak ayam?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:22 AM | Show all posts
Semua iols tak kenal kecuali Seungri, itu pun sebab Big Bang.
Nama lain pernah dengar FT island, CN Blue.
Yang lain, haram iols tak kenal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.082381 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list