CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: seribulan

[Penulis] Lets TALK sumbang mahram

[Copy link]
Post time 30-7-2019 04:27 PM | Show all posts
Sebagaimana menurut data dan laporan terkini yang ada menunjukkan perbuatan ini mempunyai jumlah kes yang besar. Berdasarkan kepada perangkaan yang direkodkan daripada pelbagai sumber seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta perbahasan isu-isu di Parlimen, sejak 2006 sehingga 2016, daripada sebanyak 13,272 jumlah kes rogol dan cabul, terdapat sebanyak 3,272 kes melibatkan kegiatan sumbang mahram yang telah dilaporkan.

Kebanyakan kes ini melibatkan ahli keluarga sendiri terutamanya di antara bapa kandung dengan anak, bapa tiri atau bapa angkat, bapa saudara, bapa mertua dan menantu, dan di antara abang dan adik, adik dan kakak, atau pun ibu dan anak, datuk dengan cucu dan sebagainya. Data yang ada pada 2014 sehingga 2015 pula turut melaporkan bahawa bapa merupakan individu utama dalam kes-kes melibatkan sumbang mahram, meliputi sebanyak 587 kes. Seterusnya, data yang dikumpul sejak 2013 sehingga 2015 menunjukkan bahawa kebanyakan mangsa adalah terdiri daripada kanak-kanak di bawah usia 18 tahun yang meliputi sebanyak 804 kes.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dekat sesiapa yang jadi mangsa sumbang mahram ni kan. Mesti trauma sepanjang hayat. Selalunya kalau trauma, sokongan dari ahli keluarga yang terdekat  sangat lah diperlukan. Tapi kalau si pelakunya ahlis keluarga sendiri, dekat siapa mangsa nak bergantung harap.

Yang sampai hamil tu lagi lah kesian. Status anak pun kucar-kacir. Dah lah kalau anak hasil incest ni prompt to sickness. Sebab tu kita tak boleh kahwin between mahram sendiri. Kalau baca history firaun / kerabat2 zaman dahulu kala, mereka kan amalkan marriage between siblings sebab nak jaga keturunan royal. Hasilnya, banyak sakit hasil penyakit keturunan/genetik. Umur anak-anak pun tak panjang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2019 03:30 PM | Show all posts
dr hari tu kaka tgk aje topik ni
hati kaka membrontak tiap kali tgk perkataan sumbang mahram
rs nak maki, nk tembak dan memcm lg yg ada dlm kepala kaka ni
terbaru ada kes si bapa dok rogol anak dia seminggu 3 kali di rumah dr anak dia berumur 7 tahun
dan ada juga kes yg mana bdk tu dirogol oleh si abg sendiri dan mangsa br berumur 5 tahun si abg plk berusia 10 tahun, kat mana bdk lelaki tu bljr
pernah kaka dok dlm court dan tgk sendiri perbicaraan kes sumbang mahram
ms kaka tgk mangsa yg tt time dah pun berusia 15 tahun mmg sgt kesian
dia di"pakai" oleh bpk durjana dia sejak dia berusia 8 tahun
dan bukan setakat dia shj yg kena 2 lg adik perempuan dia kena sama
dlm kebykan kes sumbang mahram partner in crime si perogol adalah si ibu
knp kaka kata gitu based bbrp kes yg kaka pernah attend si siteri siap buat rayuan kat halim supaya jgn penjarakan si perogol, minta dilpskan dan apa aje si perogol buat kat anak atau mangsa tu x apalah sbb tu darah daging sendiri dan klu perogol dipenjara siapa yg nak bg makan kat family si perogol, aishhhh membuak rs marah bila dgr kata2 tu dtg dr mulut seorg perempuan
yg x kisah pun si anak jd mangsa
infact ada sesetgh kes mmg mak dia sua kan si anak kat laki bila dia tgh period atau dlm pantang

konklusinya kejadian sumbang mahram ni mmg sukar utk dibendung
iman manusia akhir zaman lbh nipis dr kulit bawang
diaorg bertambah galak bila partner in crime bg consent dan membantu
moga kita semua dijauhkan dr golongan seperti ini didalam keluarga kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2019 04:14 PM | Show all posts
banyak dengar kes sumbang maharam ni.
makin menjadi skrg ni. xtau la knp rakusnya manusia berhati syaitan.
Punca utama kurg pendidikan agama, ketagih video pornogafi & sbgainya.
sebab terikut2 budaya barat kononya.
Relevant sgt zaman sekrg belajar tentang pendidikan sex.
Tp org kita sceptical bila ckp pendidikan sex.
Di ingatnya nk ajar budak2 buat sex.
tp sebenarnya more kepada ajar kanak2 supaya jaga batasan lelaki perempuan.
kenapa kena jaga.Langkah pencegahan dan sebagainya.
emak especially kena didik anak bab ni.
lagi satu sbb tu dlm hadis ad pesan cari pasangan kerana agamanya.
sebab nk elak benda2 mc mni la..
Dunia akhir zaman. Semoga kita dijauhi dari tipu daya syaitan & sekutunya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2019 05:18 PM | Show all posts
berbulu je dengar kes yg student kne rogol dgn ayah sejak tiga tahun lepas. si durjana siap ugut nk cederakan ibu, how come seorang bapak boleh jd binatang mcmtu. kdg2 trpikir , martabat org pompuan ni bolh buat cm tu aje dr seorg yg patutnya menjadi seorg pendinding.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2019 01:52 PM | Show all posts
i dont know why, tiap kali baca sal topic / kes ni, mesti dlm hati rasa mcm nk sepuk2 je sape yg buat tu.

paling keji penah baca yang kes bapak rogol anak, siap time buat umrah kena liwat kt mekah! sampai keluar cecair dri dubur anak dia.

punye la spesis x takut dosa sampaikn kat mekah pn xde rasa nk taubat. hitam sungguh hati!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2019 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sebab boleh berlaku

Faktor lambakan video lucah dan mudah diakses   teringat dulu kalau pegi cc sejam dah rm2.50 rasenye . Skrg rm2.50 pn leh dpt internet sehari

Kurang didikan agama . Dulu kan ade kes anak n bapak pergi mekah tp si bapak nye ni pulak boleh rogol anak jugak . Langsung xde rase hormat bkn takat anak , kat tuhan pn dia x hormat

Mungkin faktor dendam dgn ex wife kalau yg dah bercerai . Yg ni rasenye elok pegi check otak tu sbb dah damaged rasenye fkrn dia nk brdendam tp lepaskan kat anak

Hukuman penjara dan sebat pun tak menginsafkan rasenye . Kalau la hukum hudud tu kasi potong anu , elok dipotong je terus . Kalau x , brleluasa perangai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2019 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nauzubillahiminzalik. Mintak dijauhkan dari kalangan keluarga, kawan-kawan kita semua. Xsanggup i nak baca kalau keluar berita camni. Nak-nak kalau mangsanya budak-budak kecik
Kesiannyaa... Diorang dahlah xtau pape. Harapkan pagar, pagar makna padi.. Ishhh mintak dijauhkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sick! This is unacceptable
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2019 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram dengar kes2 macam ni.
Semoga aku dan keturunanku serta umat islam di jauhi dari masalah ini.
Peringatan buat semua untuk sentiasa bertegur dan menjauhinya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 09:18 AM | Show all posts
kalau ank sendiri pn ada kes mcm ni., ini kan pula ank tiri. tapi rasa ny budak tu nk cakap dengan mak dia pun tak berani,
mana tau mak dia jenis percaya kan suami sendri dri anak. tak semua bapak tiri akan anggap ank tiri mcm ank sendri..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 12:41 PM | Show all posts
Moga dijauhkan benda-benda gini dari keluarga kita.

Totally not acceptable!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 05:20 PM | Show all posts
selain faktor kurang pegangan agama, grooming pun menyebabkan budak2 tu senang terikut. Dari kecik dah di”grooming” tanpa mereka sedar, bila dah besar sikit tak nampak dah la benda tu salah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 05:24 PM | Show all posts
f98 replied at 23-7-2019 09:54 PM
Incest reminds me  of Game of Thrones punya characters;  siblings Cersei & Jamie Lannister. Their re ...

kalau raja dekat europe dulu kuat kan kahwin sama depa je. Hasil dari incest ni kita panggil inbreeding. I rasa yang paling famous kes Charles II of Spain, raja yg datang dari family of inbreeding
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat cerita the lodgers yang pasal twin tu. cerita hantu yg pelik. rupanya curse family sbb atuk moyang diorang twin sumbang mahram dpt anak twin jugak. cycle berulang dapat anak je parent bunuh diri. sampai yg latest twin ni yg perempuan nak bebaskan diri dari sumpahan tu.

sumbang mahram totally not acceptable. apatah lg rogol. orang2 yg menganiaya darah daging sendiri wajar dihukum sekeras kerasnya.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 1.302576 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list