CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4113|Reply: 14

Sering Buat Panggilan Tak Senonoh & Tukar Gambar Berahi, Isteri Pendakwah Se

  [Copy link]
Post time 20-12-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sebelum ini, baru sahaja kecoh dengan kontroversi membabitkan juara Da’i musim kedua, Da’i Farhan yang telah berkahwin dengan dengan isteri keduanya dalam keadaan isterinya yang sedang sarat hamil. Isu membabitkan pendakwah itu sememangnya mendapat perhatian netizen kerana rata-ratanya kurang senang dengan tindakannya lebih-lebih lagi apabila sanggup menceraikan isteri pertama.

Bagaimanapun terbaru, kecoh semula kontroversi membabitkan seorang pendakwah selebriti lain apabila dia didakwa telah berlaku curang dengan isterinya selama beberapa tahun. Bahkan apa yang mengejutkan, perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya baru-baru ini.

Menerusi satu temu bual eksklusif yang dibuat bersama mStar, wanita tersebut mendedahkan bahawa dia telah dicurangi oleh suaminya yang juga merupakan bekas peserta program realiti dan sudah menanggung derita sepanjang empat tahun perkahwinan.

Menurut wanita itu, suaminya juga sudah beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang bersama wanita lain namun tetap memberikan peluang kerana percaya suaminya itu mampu berubah.

Jelas wanita ini, pendedahan itu dibuat bukan untuk mengaibkan suaminya, namun untuk mengingatkan kepada masyarakat supaya tidak tertipu dengan penampilan golongan seperti ini.

Apa yang mengejutkan menurut wanita ini, suaminya juga sanggup membuat panggilan tidak senonoh bersama wanita lain dan ia bagaimanapun terbongkar apabila dia terjumpa rakaman video tersebut di dalam telefon bimbit milik suaminya.

Selain daripada panggilan telefon tersebut, wanita ini turut mendedahkan bahawa dia juga menemukan beberapa keping gambar bekas teman wanita kepada suaminya itu yang sering dikongsikan melalui pesanan peribadi di Instagram.

Tidak cukup dengan itu, dia memberitahu bahawa suaminya itu juga sering menghantar DM kepada gadis-gadis secara rawak untuk memulakan perbualan tidak senonoh.

Justeru kata wanita ini, dia berhasrat untuk membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya itu ekoran daripada pelbagai perkara yang telah dilaluinya.

Sumber: mStar, OhMyMedia, ohbulan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2019 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau orang alim tu menggatal,usah ler dekat.orang alim ke tak alim ke cobaannya sama aje.kalau dah gatal tu gatal la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2019 03:07 PM | Show all posts
adei...sila henti program2 ustaz mee segera ni....

klu nak buat jugak..gelaran itu hanya di guna pakai untuk juara sahaja...

menjahanamkan imej /gelaran ustaz2 jek la derang ni...lepas sorang2 perangai tak guna...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2019 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 20-12-2019 03:07 PM
adei...sila henti program2 ustaz mee segera ni....

klu nak buat jugak..gelaran itu hanya di guna  ...

Kalau untuk juara je..si farhan layak la.dia kan juara.hihi
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2019 03:37 PM | Show all posts
Edited by seri_mawr at 20-12-2019 03:38 PM
truememe replied at 20-12-2019 03:31 PM
Kalau untuk juara je..si farhan layak la.dia kan juara.hihi

entah...x tahu...hahhaa....tak pernah aku tgk rancangan dai2 tu....aku kenal pun sbb derang ada kontraversi...

klu gitu buat mcm dewi remaja...salah laku tarik balik gelaran juara....dan dai semua tak leh pakai....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2019 04:58 PM | Show all posts
Sebab tu jangan mudah terpedaya dengan luaran yang cuba dipamirkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2019 05:28 PM | Show all posts
forumer ada buat csi ke.. sapa yang terlibat nii
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2019 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana gmbrnya? Videonya? Letih dh baca berita yg sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2019 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
shark_eow7 replied at 20-12-2019 05:28 PM
forumer ada buat csi ke.. sapa yang terlibat nii

Orang cakap nama dia hijrah
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Berape byk benanglaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2019 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ostad somad pun curang xpadan puak2 yindon kemaghin b4 this agung2kan ostad somad tu ulama setaraf wali..ujung2 kantoi curang media yindon malu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2019 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
dah ada dah la cerita ni.. ok, dah boleh katup
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2019 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 20-12-2019 02:43 PM
orang alim banyak coobaan, sebab itu jangan dekat mereka, supaya kurang coobaan, betul tak ?

org yg dah tak percaya Tuhan macam kau ni adalah racun & penghasut, betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 08:50 AM | Show all posts
sgb istri jgn terlalu percaya suami tu setia nk mampus
dan org luar pun jgn terlalu percaya luaran seseorg
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2019 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
haryatie replied at 23-12-2019 08:50 AM
sgb istri jgn terlalu percaya suami tu setia nk mampus
dan org luar pun jgn terlalu percaya luaran  ...

Iols mmg x pernah percaya laki sendiri. Pasti ada tapisan dan siasatan lbh lanjut utk mengesahkan sesuatu perkara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.058502 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list