CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6212|Reply: 41

[Tempatan] Tak perlu ke Hospital - Ujian Covid-19 boleh dilakukan di rumah

  [Copy link]
Post time 10-3-2020 03:11 PM | Show all posts |Read mode
Ujian pengesahan COVID-19 boleh dijalani di rumah - KP Kesihatan

PUTRAJAYA: Orang ramai kini boleh menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke hospital, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, pengambilan sampel itu akan dilakukan oleh pegawai perubatan dan paramedik swasta yang terlatih dan sampel tersebut kemudian akan dihantar ke makmal untuk dianalisis.

"erkhidmatan ini bagaimanapun tertakluk kepada bayaran yang dikenakan oleh pihak swasta terbabit," katanya pada sidang media di Putrajaya di sini, pada Isnin.

Difahamkan setiap ujian yang akan dikendalikan oleh tiga pegawai perubatan swasta itu melibatkan kos antara RM600 dan RM700.                                                        
Dr Noor Hisham berkata, sekiranya ujian mendapati positif COVID-19, mereka akan dirujuk ke hospital kerajaan.

Buat masa ini jelasnya, KKM mengadakan kolaborasi dengan Bookdoc, Pantai Premier Pathology Sdn Bhd, Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ), Qualitas Medical Group Sdn Bhd, Gleneagles Kuala Lumpur, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Jospital Pantai Cheras, Hospital Pantai Klang, Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka, Twin Tower Medical centre, KLCC dan DoctorOnCall.

Senarai hospital itu katanya, akan ditambah dari semasa ke semasa.

"Orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan memuatnaik aplikasi berkaitan serta melayari laman web syarikat-syarikat berkenaan bagi maklumat lanjut," jelasnya.

Ditanya mengenai penularan wabak COVID-19 yang dikaitkan dengan suhu, Dr Noor Hisham menjelaskan, COVID-19 tidak dapat bertahan lama sekiranya suhu melebihi 30 darjah Celcius.


"Semasa musim sejuk, virus ini akan lebih mengganas jika dibandingkan di kawasan panas," ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau memaklumkan, KKM sedang mempertimbangkan sama ada sekatan kemasukan sementara akan diperluaskan atau sebaliknya.

Buat masa ini katanya, KKM kini sedang memantau rapat penularan wabak tersebut di Amerika Syarikat (AS), Perancis, Sepanyol dan  switzerland.

Sebelum ini Malaysia menyekat sementara kemasukan pelawat dari China, Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran.  


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ujian-pengesahan-covid-19-boleh-dijalani-di-rumah-kp-kesihatan-233058


So after cikcur luar negara, sila kurantin diri di rumah n buat ujian covid19





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2020 03:12 PM | Show all posts
1. Virus2 dari keluarga CoronaVirus (CoV) menyebabkan penyakit kpd mamalia (like manusia) dan burung.

2. Terdpt 4 jenis coronavirus yg biasa menyerang manusia , dan sebabkan sakit spt demam selsema.

3. Coronavirus adalah "zoonotic" - boleh berpindah dari haiwan kpd manusia. Coronavirus yg dijangkiti dari haiwan berpotensi jd bahaya.

“Bats and birds are considered reservoir species for viruses with pandemic potential,” Bart Haagmans, a virologist at the Erasmus Medical Center in Rotterdam, Netherlands, told Business Insider.

a. SARS-CoV - dijangkiti dari civet cats. Ada ckp dari kelawar.
b. MERS-Cov - dijangkiti dari dromedary camels


4. Jenis coronavirus yg baru - COVID-19 , dispeku bermula dari kelawar , then pindah ke haiwan lain (mebi makan buah yg ada terkena taik kelawar?) dan seterusnya menjangkiti manusia.

- In fact, a study published February 3 found that the Wuhan coronavirus shares 96% of its genetic code with coronaviruses circulating in Chinese bat populations.

- Last week, a study published in the journal Nature found that the new coronavirus shares 80% of its genome with the SARS coronavirus. Both viruses can bind to the same cell receptor, called ACE2, deep in people’s lungs. ACE2 receptors also exist in bats, pigs, and civets, which suggests these three species could also be possible intermediaries.



5. Antara simptom COVID-19 :

a. nafas pendek
b. kesukaran bernafas
c. demam
d. batuk

6. Infeksi COVID-19 boleh menyebabkan pneumonia (radang paru paru) , severe acute respiratory sindrome , kegagalan buah pinggang dan kematian.

*ditulis ikut kefahaman ai. Sbrg kesilapan mohon betulkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2020 03:13 PM | Show all posts
16 Nov 2002
seorg petani(katanya) di Guangdong , China sakit pneumonia "ganjil".

10 February 2003

Pejabat WHO Beijing terima mesej , berlaku 100 kematian di Guangdong,  akibat penyakit berjangkit misteri. Later penyakit itu dikenali sbg SARS.

30 Dec 2019
Dr. Li (34) adalah seorang ophthalmologist di Wuhan Central Hospital. Mendiang post "7 kes spt SARS dari Pasar Borong Makanan Laut Huanan ” di group tertutup wechat , dimana rakan2 medicalnya membawang.


Mendiang menasihatkan rakan2nya supaya berhati2. Bagaimanapun , postnya telah di screencap dan beredar online. Dr Li ditahan polis krn sebarkan berita palsu.


31 Dec 2019

Jurucakap kesihatan mengesahkan terdapat byk kes pneumnonia di Wuhan , yg tidak diketahui puncanya.N tiada bukti sakit tu vley berjangkit. Later spt yg weols sedia maklum , berpunca dari Covid-19.

11 Jan 2020
Pacit berumur 61 thn menjadi korban pertama Covid-19.

SARS dan COVID-19 dikatakan mungkin tersebar dari haiwan ke manusia di Pasar Basah.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 03:18 PM | Show all posts
thank you for sharing borrow
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
        
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 03:47 PM | Show all posts
Akak tidak percaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2020 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin ada hikmah cuaca kemarau, virus Covid 19 tak dapat bertahan lama. Tambah pula gelombang haba. Biar mati semua virus bahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 03:56 PM | Show all posts
Difahamkan setiap ujian yang akan dikendalikan oleh tiga pegawai perubatan swasta itu melibatkan kos antara RM600 dan RM700.   


astaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2020 04:03 PM | Show all posts
Edited by MadameOnion at 10-3-2020 04:04 PM
sharlenetexas replied at 10-3-2020 03:53 PM
Mungkin ada hikmah cuaca kemarau, virus Covid 19 tak dapat bertahan lama. Tambah pula gelombang haba ...

heat stroke pu bahaya jugak..pendek kata semua kena jaga kesihatan..amalkan kebersihan dam minum air banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 04:04 PM | Show all posts
INGT MURAH JE...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 10-3-2020 04:03 PM
heat stroke pu bahaya jugak..pendek kata semua kena jaga kesihatan..amalkan kebersihan dam minum a ...

Suhu lebih 30 darjah Celcius.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 04:05 PM | Show all posts
thank you                 
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2020 04:20 PM | Show all posts
@zulka @dubuk welkem
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau walaupun ada demam, batuk selsema tak semestinya discreen utk covid eh sekarang.

Psl husband akak ada 3 simptom nih, Dr just bg mc dua hari n bg ubat batuk selsema. Ni pun srh dia jgn in contact dgn anak sgt takut berjangkit jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 05:08 PM | Show all posts

sama sama

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 05:10 PM | Show all posts
sekarang 36 darjah. tepi badan membahang air jangan cakap lah melepuh kaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2020 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 9 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

BYDG OF HEALTHONMARCH 9, 2020

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 9 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat18kes baharujangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya. Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenalpasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya.

KKM ingin memaklumkan satu kes (kes ke-101) yang dikesan di kalanganPatient Under Investigation(PUI) telah dilaporkan melibatkan seorang lelaki yang baru pulang dari Iran. Kes bersama dengan rakan perniagaan beliau telah ke Iran pada 20 Februari sehingga 27 Februari 2020. Kes telah dikesan bergejala pada 5 Mac 2020 dan kes telah disahkan positif COVID-19 pada 8 Mac 2020. Kini, kes telah dirawat dan dimasukkan ke wad isolasi Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.

Dengan pertambahan 18 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 117 kes. Daripada jumlah ini sebanyak 19 kes dikesan di kalanganPatient-Under-Investigation(PUI) jangkitan COVID-19, 96 kes dari kalangan kontak rapat dan dua (2) lagi kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan. Dua kes yang dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi semalam, masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi dan masih memerlukan bantuan alat pernafasan.

Untuk makluman semua, kes-kes bagi gelombang kedua yang dilaporkan ini (bermula kes ke-23 sehingga kes ke-117), hanya enam (6) kes sahaja yang dilaporkan dari kalangan PUI dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.Manakala kes-kes lain pula melibatkan kluster yang terdiri daripada kontak-kontak rapat dan mempunyai perkaitan antara sama lain.

Di samping itu, KKM juga telah menjalankan survelan COVID-19 bagi mengesan kes terpencil atau sporadik di Malaysia melalui pesakitinfluenza-like-illness(ILI) dansevere acute respiratory infection(SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke negara-negara yang terjejas atau kontak dengan kes positif COVID-19. Sehingga 9 Mac 2020, sebanyak 574 sampel telah diuji dan setakat ini tiada sampel dikesan positif jangkitan COVID-19.Berdasarkan maklumat semasa, buat masa ini tiada kes sporadik COVID-19 yang dikesan melalui aktiviti survelan ini.

PENGAMBILAN SAMPEL COVID-19 DI RUMAH

Untuk makluman, KKM telah berkolaborasi dengan pihak swasta bagi perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah. Dengan kolaborasi ini, orang awam yang tidak mempunyai gejala boleh menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan. Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan melawat laman web/memuatnaik aplikasi berkaitan bagi menentukan masa lawatan ke rumah bagi tujuan pengambilan sampel. Walau bagaimanapun, perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 ini akan dikenakan caj oleh pihak syarikat swasta berkenaan.

NASIHAT KESIHATAN

KKM in menasihatkan orang awam tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri yang baik dan sekiranya bergejala, elakkan dari mengunjungi ke tempat-tempat awam. Dua kaedah mudah ini telah terbukti mampu mengurangkan penularan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh titisan sekresi pernafasan (respiratorydroplet)dalam kalangan komuniti. Kaedah ini juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh negara China semasa menghadapi wabak COVID-19 di negara mereka dan kaedah ini merupakan salah satu penyumbang pengurangan kes COVID-19 di China.Penjagaan kebersihan diri yang baik adalah seperti sentiasamengamalkan tahap kebersihan yang tinggiseperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakanhand sanitizerdan segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas.KKM ingin menasihatkan orang ramai agarmenangguhkan perjalanan ke luar negaraterutamanya ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik Rakyat China, Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran (seperti yang dimaklumkan sebelum ini).Orang awam juga diingatkan untuk tidak menyebarkan berita atau maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian COVID-19 ini. Maklumat terkini berkenaan perkembangan semasa kejadian COVID-19 boleh didapati daripada laman sesawang KKM;moh.gov.my

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa dan orang awam akan sentiasa dimaklumkan mengenainya.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Mac 2020 @ 4:00 petang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2020 08:23 PM | Show all posts
sofyayra replied at 10-3-2020 04:36 PM
Baru tau walaupun ada demam, batuk selsema tak semestinya discreen utk covid eh sekarang.

Psl hu ...

Ikut guideline ni : https://mpaeds.my/wp-content/uploads/2020/01/Guidelines-2019-Novel-Coronavirus-2019-nCoV-Management-In-Malaysia-No.-22020.pdf ,   if disyaki PUI (Person Under Investigation)  covid-19,  baru sepital buat screening.

Person-Under-Investigation (PUI)

A person with fever AND clinical sign/symptoms suggestive of pneumonia. OR severe respiratory infection with breathlessness AND had history of travel to or reside in Mainland China within the last 14 days; OR close contact with a confirmed case of 2019-nCoV.

close contact define as :
•Health care associated exposure, including providing direct care for 2019-nCoV patients,  working  with  health  care  workers  infected  with 2019-nCoV,  
visiting patients or staying in the same close environment of a 2019-nCoV patient.
•Working together in close proximity or sharing the same classroom environment with a with 2019-nCoVpatient
•Traveling together with 2019-nCoV patient in any kind of conveyance
•Living in the same household as a 2019-nCoV patient



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2020 08:28 PM | Show all posts
dubuk replied at 10-3-2020 05:10 PM
sekarang 36 darjah. tepi badan membahang air jangan cakap lah melepuh kaki

Panas kan, bilik rasa cam sauna
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersyukur skrg tgh panas bahang.mntak2 mati la semua virus2 yg kt malaysia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.381174 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list