CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12Next
Return Post new threads
Show: 17116|Reply: 26

Sistem Angin Permukaan Bumi

[Copy link]

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 27-7-2004 05:26 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Thread ini akan menyentuh semua berkaitan angin..iaitu  Sistem edaran angin permukaan, pola tegak angin, pola angin atmosfera atas juga sistem angin benua,wilayah dan tenpatan yang dikenalai sebagai Musim Monsun TimurLaut, Monsun Barat Daya.
  

Pada umumnya paras rendah dekat permukaan bumi mempunyai satu cerun tekanan dari arah kedua-dua Kutub Utara dan Selatan ke Khatulistiwa.  Ini bermakna bahawa angin permukaan sentiasa meniup dari arah garislintang tinggi ke garislintang rendah.  Akan tetapi, keadaan ini tidak sebegitu ringkas disebabkan oleh perbezaan-perbezaan tekanan kompleks yang terdapat di garislintang-garislintang yang berlainan (Lihat Rajah di bawah).  


Rajah : Taburan tekanan sedunia mengikut garislintang.

Di dalam rajah ini, dapat diperhatikan bahawa pusat-pusat bertekanan tinggi terletak di sekitar kedua-dua kutub, di sekitar garislintang 30oU (Garisan Sartan) dan di sekitar garislintang 30oS (Garisan Jadi).  Sebaliknya, pusat-pusat bertekanan rendah pula terdapat di kawasan-kawasan berhampiran dengan khatulistiwa (yang dikenali sebagai "Doldrum") dan di sekitar garislintang 60oU dan garislintang 60oS.  Di antara garislintang 30oS-35oS dan 30oU - 35oU, angin adalah sentiasa tenang dan lemah. Keadaan suhu juga agak panas dan kering. Garislintang-garislintang tersebut lazim dikenali sebagai Garislintang Kuda ("Horse Latitudes). Dua jalur di antara garislintang-garislintang tersebut dikenali sebagai Ketenangan Sartan ("Calms of Cancer")  dan Ketenangan Jadi ("Calms of Capricorn"). Oleh sebab kewujudan satu sistem taburan tekanan begini, maka sistem-sistem pola angin permukaan juga telah dibentuk mengikut polapola perbezaan tekanan.
blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 27-7-2004 05:32 AM |All posts

Rajah Sistem Taburan Pola Angin Permukaan Sedunia Berdasarkan Anggapan Bahawa Permukaan Bumi adalah sekata dan Bumi tidak bergerak

Rajah di atas pula menunjukkan taburan pola angin-angin permukaan di dalam keadaan sempurna (secara teori) di mana sistem-sistem pola angin yang berlainan telah dipisahkan dengan jelas oleh garislintang-garislintang tertentu.



Di dalam rajah ini, sistem-sistem angin permukaan yang wujud tidak dipisahkan dengan jelas oleh garislintang tetapi pola-polanya berubah-ubah dan bergantung kepada kehadiran pusat-pusat tekanan tinggi dan rendah.
blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 27-7-2004 05:41 AM |All posts
Di dalam kawasan tekananrendah Khatulistiwa, di antara garislintang 5oS dengan 5oU, terdapat satu jaluran angin yang sentiasa berubah dan kawasan tenang khatulistiwa atau "doldrum".  Di sini tidak ada angin lazim permukaan yang tertentu, tetapi terdapat suatu taburan angin yang berubah-ubah arahnya.  Keadaan tenang juga dialami sehingga satu pertiga daripada sebarang tempoh masa.  Oleh kerana zon ini terletak di tengah-tengah jaluran tekanan rendah, maka ia tidak mempunyai cerun tekanan yang kuat untuk menghasilkan tiupan angin yang terus-menerus.

Di sebelah utara dan selatan doldrum itu terdapat pula jaluran-jaluran angin timuran yang meliputi kira-kira zon-zon yang terletak di antara 5oU dengan 30oU dan 5oS dengan 30oS. Angin timuran ini dihasilkan oleh cerun tekanan yang berarah dari jaluran tekanan tinggi hampir tropika ke kawasan tekanan rendah Khatulistiwa.  

Di hemisfera utara, udara yang bergerak ke arah Khatulistiwa terbias ke kanan oleh putaran bumi menyebabkan udara ini bertiup ke barat.  Oleh yang demikian, angin lazim ini bertiup dari timur-laut dan angin ini dipanggil Angin Timuran Utara.  

Di  hemisfera selatan pula, angin yang bertiup ke arah Khatulistiwa terbias ke kiri menjadi Angin Timuran Selatan.  Angin timuran terkenal dengan ketetapan dan ketetapan arah dan tiupannya dan pada masadahulu banyak digunakan oleh kapal-kapal layar.Ketetapan angin dan cuaca yang biasanya cerah menjadikan kawasan ini suatu zon yang amat  digemari oleh saudagar dan pelayar
blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 27-7-2004 05:46 AM |All posts
Di antara garislintang 25oU dengan 35oU dan 25oS dengan 35oS terdapat  satu kawasan jisim udara yang pernah disebut sebagai jaluran angin berubah-ubah dan tenang hampir tropika. (atau sebagai kawasan tenang tropika).  Walaupun sepatutnya jaluran ini berterusan tetapi kawasan-kawasan bertekanan tinggi adalah tertumpu di pusat-pusat atau sel-sel, di kawasan lautan.  

Di antara garislintang 35o dengan 60o di dalam kedua-dua hemisfera pula, terdapat  satu jaluran angin baratan ataupun lebih dikenali sebagai Angin Lazim Baratan . Angin baratan ini bertuip dari pusat tekanan tinggi hampir tropika (30oU dan 30oS) ke kawasan tekanan rendah kutub.  Angin ini bertiup dari arah barat-daya di hemisfera utara dan dari arah baratlaut di hemisfera selatan.

Pada umumnya tiupan jaluran angin baratan ini adalah tidak tentu dan ianya boleh bertiup dari sebarang arah, tetapi bahagian baratan itulah yang lebih kerap bertiup.  Angin ribut selalu berlaku di dalam jaluran tiupan angin baratan ini.  Keadaan cuaca yang berkait rapat dengan sistem angin ini seringnya terdapat hari-hari berawan yang disertai hujan yang berlanjutan.  Keadaan cuaca sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap atau kekal lama.  Angin baratan yang berasal dari kawasan subtropika membawa banyak haba ke kawasan kutub.  Hal ini dapat menyeimbangkan taburan haba yang tidak sekata di merata tempat di dunia.
blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 27-7-2004 05:50 AM |All posts
Di dalam kawasan hemisfera utara, daratan menyebabkan beberapa gangguan kepada jaluran angin baratan ini, tetapi di hemisfera selatan pula, di antara garislintang 40oS dan 60oS, terdapat suatu jaluran lautan yang hampir tiada terputus.  Di dalam kawasan ini, angin baratan tersebut adalah lebih bertenaga dan sentiasa bertiup dengan lebih kencang.  Hal ini menimbulkan peribahasa pelaut "kencang empatpuluhan", "kencang limapuluhan" dan "kencang enampuluhan".  

Pada suatu ketika dahulu jaluran angin baratan selalunya digunakan oleh saudagar-saudagar yang belayar dari Lautan Atlantik Selatan ke arah timur menujui ke Australia, Tasmania, New Zealand dan pulau-pulau di Pasifik selatan. Selepas sampai ke tempat-tempat tersebut maka mudahlah bagi mereka meneruskan pelayaran ke timur mengelilingi dunia dan kembali ke pelabuhan-pelabuhan di Eropah.  Pelayaran mengelilingi Cape Horn ke arah timur mungkin dianggap agak mudah sebab pelayaran mengikut arah tiupan angin baratan, tetapi mengikut arah yang bertentangan dengan angin baratan lazim yang kencang itu adalah amat merbahaya.
blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 27-7-2004 05:52 AM |All posts
Dari garislintang kira-kira 60oS ke Kutub Selatan dan 60oU ke Kutub Utara terdapat dua kawasan yang mempunyai pengaruh angin-angin timuran kutub.  Di hemisfera utara angin lazim tersebut dibiaskan ke kawasan dan dijadikan Angin Timur Laut tetapi di hemisfera selatan angin lazim tersebut dibiaskan pula ke kiri dan dijadikan Angin Tenggara.  Walau bagaimanapun, kedua-dua sistem angin tersebut adalah berasal dari arah timur dan justeru itu tepat dipanggil angin timuran kutub.  Oleh sebab asalusulnya adalah dari pusat tekanan tinggi kutub, kedua-dua sistem angin ini adalah amat sejuk dan tumpat udaranya.

Sistem angin yang sering dipanggil angin timuran kutub merupakan ciri penting di dalam kawasan sekitar Bulatan Artik dan Antartik.  Konsep sistem angin timuran ini telah terlalu banyak diringkaskan.  Ada setengah ahli kajiklim yang pernah mengatakan sistem tersebut  sebenarnya salah.  Menurut mereka, kawasan Antartik yang mempunyai daratan berlitupan ais yang terletak benar-benar di atas Kutub Selatan yang dikelilingi pula oleh lautan amat luas, konsep aliran angin timuran kutub yang berpusar keluar dari arah timuran mungkin dapat diterima.

Angin timuran tersebut akan dibiaskan ke kiri di hemisfera selatan dan ianya ianya akan berpusar mengikut arah lawan jam lalu menghasilkan suatu sistem angin timuran selatan.  Sebaliknya, Kutub Utara tidak mempunyai daratan yang luas tetapi cuma dilitupi oleh Lautan Artik yang luas.  Akibat itu, golongan ahli kajiklim tersebut berpendapat bahawa tiada angin timuran yang ketara yang akan berpusar keluar dari Kutub Utara.  Angin lazim yang terjadi mungkin adalah lemah dan mewujudkan sistem angin timuran utara.
blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 27-7-2004 06:00 AM |All posts
Pola-pola Pergerakan Angin Secara Tegak

Pergerakan udara secara tegak adalah sangat perlahan jika dibandingkan dengan pergerakan udara secara mendatar.  Kebanyakan daripada pergerakan tegak di dalam sistem bumi atmosfera adalah disebabkan oleh proses penyerapan bahangan matahari di permukaan bumi yang kemudiannya menyebabkan udara panas naik ke atmosfera atas.  

Selain daripada itu, proses penyejukan akibat daripada kehilangan bahangan bumi yang berlebihan akan menyebabkan udara tumpat tenggalam.  Walau bagaimanapun terdapat juga pengerakan udara tegak yang disebabkan oleh perubahan arah angin mendatar oleh pengaruh bentuk muka bumi.  Misalnya, angin mendatar yang dipaksa naik secara tegak apabila menemui sebuah gunung yang tinggi akan mewujudkan udara tegak.  

Pergerakan jenis angin tegak begini adalah terhad, tidak begitu meluas dan hanya boleh dikaji di dalam skala tempatan sahaja.  Apabila soalan berkenaan dengan sistem angin tegak yang dihasilkan oleh pemanasan dan penyejukan ditimbulkan, maka diperhatikan bahawa pola angin yang dihasilkan adalah di dalam bentuk perolakan Pada mula-mulanya dapat dianggap bahawa perbezaan tekanan udara akan menghasilkan tiga sel perolakan di dalam setiap hemisfera. Dua sel utama yang terkemuka ialah Sel Hadley yang didapati di antara 0o dengan 30oU dan juga di antara 0oS dengan 30oS.
  
Dapatan-dapatan kajian kajiklim pada lewat abad ke 19 dan awal Abad ke 20 telah menunjukkan bahawa sel-sel di antara garislintang 60oU dengan Kutub Utara serta di antara garislintang 60oS dengan Kutub Selatan sebenarnya tidak wujud dan hanya terdapat pergerakan udara secara mendatar sahaja yang wujud di dalam kawasan-kawasan sejuk begini.

Tambahan  lagi, kebanyakan daripada angin-angin timuran di dalam sel-sel perolakan di antara garislintang 30oS dan garislintang 60oS serta di antara garislintang 30oU dan garislintang 60oU juga didapati di dalam keadaan yang tidak begitu sempurna.  Ada kemungkinan besar bahawa sel perolakan di sini adalah tidak merupakan satu pusingan perolakan yang lengkap tetapi hanya terputus-putus.
  
Satu "perenggan polar" terdapat di antara sel-sel di sini berhampiran dengan sempadan Bulatan Artik dan Antartik yang mempunyai hujan perenggan yang kerap.
blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 27-7-2004 06:04 AM |All posts
Pola Angin Atmosfera Atas

Pergerakan angin di atmosfera atas adalah kebanyakannya di dalam bentuk gerakan gelombang.  Di dalam troposfera terdapat gelombang udara di dalam berbagai saiz yang wujud pada semua paras.  Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pola gelombang dan pertembangan serta percabangannya adalah bertanggungjawab ke atas kejadian cuaca dan iklim sesuatu tempat pada skala masa sehari sehingga beberapa bulan.  

Sistem angin permukaan yang telah dihuraikan setakat ini terdiri daripada udara dasar yang cetek, cuma beberapa ribu meter tebalnya, sedangkan troposfera adalah mempunyai ketebalan di antara 8 hingga 20 km.   Bagaimanakah keadaannya aliran udara di aras yang begitu tinggi ini?  Sistem tekanan tinggi dan rendah yang bergerak secara perlahan-lahan juga wujud di aras-aras yang tinggi tetapi pada amnya, sistem-sistem ini mempunyai pola yang ringkas dengan garisetekanan yang berlengkok licin.  Tiupan angin adalah amat kencang dan benar-benar mengikuti garis tekanan.  Angin sentiasa bertiup di dalam arah lawan jam mengelilingi pusat tekanan rendah di hemisfera utara, tetapi mengikut perjalanan jam mengelilingi pusat tekanan tinggi di hemisfera selatan.

Pola umum atau min pola aliran udara atas dapat digambarkan sebagai satu lakaran di dalam Rajah 11.6.  Terdapat dua sistem angin yang penting di lapisan atmosfera atas.  Satu sistem merupakan sistem angin baratan yang bertiup mengelilingi dunia seluruhnya di sekitar kira-kira garislintang 25oU hingga hampir ke Kutub Utara dan dari 25oS ke Kutub Selatan.  Pada garislintang tinggi, angin baratan merupakan satu pusaran mengelilingi kutub yang menyampai pusat tekanan rendah kutub yang besar.  Ke arah garislintang rendah pula, taburan tekanan yang berbeza telah meningkat perlahan-lahan pada aras tertentu lalu, membentuk dua pusat tekanan tinggi di garislintang l5o hingga 20oU dan garislintang 15oS hingga 20oS. Ini merupakan kawasan-kawasan tekanan tinggi hampir tropika yang terganjak sedikit ke arah Khatulistiwa.  

Di dalam zon tekanan tinggi halaju angin adalah rendah, iaitu hampir sama seperti keadaannya di kawasan tenang tropika pada aras laut.  Di antara dua pusat tekanan tinggi di kedua-dua hemisfera tersebut, terdapat satu jaluran tekanan rendah yang lemah yang mempunyai angin lazim timuran. Sistem inilah yang dikenali sebagai sistem kedua peredaran sedunia yang besar di atmosfera atas dan sering dikenali sebagai Angin Timuran Khatulistiwa.  Pada aras-aras yang lebih rendah pengaruh angin ini mungkin meliputi kawasan garislintang yang lebih tinggi, iaitu di sekitar kawasan angin timuran permukaan.
blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 27-7-2004 06:23 AM |All posts
Sistem Angin Monsun di Benua Asia

Perkataan "Monsun" mungkin berasal daripada perkataan Arab "Mausin" yang bermakna musim atau daripada perkataan Melayu "Monsin". Pada zaman lampau, telah dipercayai bahawa nelayan-nelayan dan saudagar-saudagar Arab telah menggunakan istilah ini untuk menghuraikan satu sistem angin musiman di laut Arab kira-kira 6/7 Abad dahulu.  Angin ini bertiup dari arah Timur Laut untuk 6 bulan dan kemudian menukar arah dan bertiup dari arah BaratDaya untuk 6 bulan lagi.  Walaupun pendapat-pendapat berkenaan dengan definisi tepat bagi angin monsun adalah berbeza-beza, memang sudah menjadi penggunaan umum di dalam bidang kajiklim untuk mendefinisikannya sebagai:  "satu pola angin musiman yang bertiup tanpa perubahan arah untuk beberapa bulan, dan kemudiannya angin ini semata-matanya hilang untuk satu tempoh yang singkat, biasanya sebulan, dan kemudian bertiup pula di dalam arah bertentangan untuk baki beberapa bulan yang lain di dalam satu tahun tersebut".

bersambung di jenis2 monsun......
blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 27-7-2004 06:37 AM |All posts
Monsun berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di antara daratan dan lautan hasil daripada pemanasan sinaran matahari. Semasa musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk dengan lebih cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia Tengah. Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi (antisiklon) yang sangat kuat di Siberia. Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat-laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur-laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju Asia Tenggara.

Dari masa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah atau siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak.

Pada musim panas, pemanasan suria yang kuat meningkatkan suhu di kawasan daratan Asia. Semasa udara panas mengembang naik, kawasan tekanan rendah separa tetap terbentuk. Angin lengas tenggara yang berasal dari selatan Lautan Hindi dan rantau Indonesia-Australia bertukar menjadi angin barat-daya apabila melepasi Khatulistiwa. Angin ini seterusnya bergerak merentasi Asia Tenggara sebelum menumpu ke arah Indochina, China dan barat-laut Pasifik.
blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 27-7-2004 01:19 PM |All posts

apakah ini ...

salam,
apakah ini- sistem angin ??-  akan dapat sedikit sebanyak  explain mengapa kita dapati GURUN hanya berada di bahagian BARAT benua ???
able was I ere I saw Elba
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 27-7-2004 01:53 PM |All posts
Originally posted by mbhcsf at 2004-7-27 13:19:
salam,
apakah ini- sistem angin ??-  akan dapat sedikit sebanyak  explain mengapa kita dapati GURUN hanya berada di bahagian BARAT benua ???



Betul ke? :hmm:       Nak buat poll ke?     

Wallahua'lam
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 28-7-2004 04:48 PM |All posts

i mean

dlm buku geog - goh cheng long - ada sebut as to why it is but i terlupa..lah..tolong lah...please...
able was I ere I saw Elba
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 28-7-2004 11:29 PM |All posts
mok nik rasa kenapa gurun berada dibarat benua ini berkaitan dengan keadaan iklim iaitu kadar kelembapan dan penerimaan hujan tahunan serta kedudukannya di garis lintang.


kalau kita perhati kedua-dua zon gurun tropika yang luas yang terletak di sekitar Garisan Jadi dan Garisan Sartan merupakan  kawasan-kawasan gurun tandus yang panas tersebut menerima hujan kurang daripada 25 cm setahun, dan di beberapa buah tempat, hujan tahunannya adalah kurang daripada 5 cm.  Kawasan gurun ini terletak di bawah pengaruh sel tekanan tinggi tropika, dan wujudnya gurun ini adalah disebabkan oleh sel tekanan tinggi yang sama.


p/s mok nik tak ada buku goj cheong long ..kalau ada boleh semak
blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 28-7-2004 11:40 PM |All posts
mok nik nak sambung berkaitan sistem monsun balik...

Musim Monsun Timur Laut                  

Angin-angin Monsun Timur Laut bertiup semasa Hemisfera Utara mengalami musim dingin, iaitu dari bulan November ke Mac .Oleh kerana itu, Monsun Timur Laut seringkali dikenali sebagai "Monsun Musim Dingin."  Pada musim ini, nilai- nilai suhu yang terlampau rendah di bawah 0oC dialami di pedalaman Benua Asia, khasnya di kawasan Dataran Tinggi Tibet dan Mongolia. Hal ini telah menghasilkan sebuah pusat tekanan yang tinggi.  Kawasan pusat tekanan tinggi ini merupakan zon-zon di mana udara sejuk tenggelam dan terhimpun.
  
Pada masa yang sama, Hemisfera Selatan sedang mengalami musim panas yang mempunyai nilai-nilai suhu yang melebihi 35oC.  Akibat pemanasan yang terlampau itu, kumpulan-kumpulan udara di permukaan pun naik ke atmosfera atas dan mewujudkan suatu kawasan "hampagas" di permukaan bumi. Kawasan hampas tersebut merupakan sebuah pusat tekanan yang rendah dan biasanya terjadi di sekitar benua Australia dan lautan sekitarnya.  Perbezaan nilai  tekanan di antara Benua Asia dan Benua Australia ini akan mewujudkan satu cerun tekanan dari arah Asia ke Australia.  Akibatnya, timbulnya satu pola pengaliran udara dari pedalaman Benua Asia menujui ke Benua Australia.  Apabila kumpulan-kumpulan udara keluar dari pusat tekanan tinggi di Asia, ianya dibiaskan ke arah kanan oleh Daya Coriolis dan seterusnya menghasilkan sistem Angin Monsun Timur Laut.  Angin ini bertiup dengan kencang dan sifatnya yang paling ketara ialah pengaruh pendinginannya.

Kawasan-kawasan yang dilalui oleh angin ini mengalami kesan penyejukan dan hal ini telah menyebabkan nilai-nilai suhu di kawasan Asia Tenggara yang beriklim Monsun dan Khatulistiwa dari menjadi terlampau tinggi.

Selain daripada mempengaruhi suhu di kawasan-kawasan yang dilaluinya, angin itu juga mempengaruhi taburan hujan di kawasan-kawasan tersebut.  Pada dasarnya, angin yang berasal dari kawasan pedalaman benua (daratan) adalah merupakan angin yang kering.  

Akibat itu, kebanyakan kawasan yang dilalui oleh Angin Monsun Timur Laut, terutamanya Benua Kecil India, Pakistan, Bangladesh, Burma, Negeri Thai, Vietnam, Kampuchea dan Laos, mengalami musim kemarau yang teruk.  Walau bagaimanapun, apabila angin tersebut merentasi lautan sebelum sampai ke mana-mana kawasan, ianya akan membawa hujan lebat juga.  Contoh-contoh yang baik ialah Semenanjung Thai dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang menerima hujan lebih daripada 1500 mm semasa Musim Monsun Timur Laut.  Angin Monsun Timur Laut merentasi Teluk Siam dan Laut China Selatan dan membawa hujan yang lebat kepada kedua-dua kawasan tersebut.  Apabila kumpulan angin monsun Timur Laut merentasi khatulistiwa dan masuk ke dalam Hemisfera Selatan, arahnya akan dibiaskan ke kiri oleh Daya Coriolis dan seterusnya ia dijadikan Angin Monsun Barat Laut.
blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 28-7-2004 11:43 PM |All posts
Musim Monsun Barat Daya                 

Semasa Hemisfera Utara mengalami musim panas, iaitu kira-kira dari bulan Mei hingga September, keadaan angin yang bertentangan dengan Angin Monsun Timur Laut pun bertiup.  Pada masa itu, kawasan pedalaman Benua Asia sedang mengalami nilai-nilai suhu yang amat tinggi dan akibat itu kumpulan udara yang naik akan menjadikan kawasan itu sebuah pusat tekanan rendah.  

Sebaliknya, pada masa yang sama juga Benua Australia dan Lautan sekitarnya sedang mengalami nilai-nilai suhu yang terlampau rendah.  Hasilnya ialah sebuah pusat tekanan tinggi yang mula terbentuk di kawasan itu.  Akibat perbezaan tekanan di antara kedua-dua benua tersebut, satu daya cerun tekanan akan terbentuk dan udara sejuk yang berat dari Australia akan mulai bergerak menujui ke kawasan Asia Tengah.  

Pada mulanya, angin yang bertiup dari Australia merupakan sistem Angin Monsun Tenggara kerana ianya telah dibiaskan ke kiri oleh Daya Coriolis.  Sebaik-baik sahaja angin-angin Tenggara itu merentasi khatulistiwa, kesemuanya akan dibiaskan ke kanan oleh daya yang sama di Hemisfera Utara.  Akibat itu ianya akan seterusnya bertiup pula sebagai Angin Monsun Barat Daya.  

Musim Monsun Barat Daya merupakan musim lembab dan panas di kebanyakan kawasan di Asia kerana angin tersebut merentasi banyak kawasan lautan sebelum sampai ke daratan.  Apabila angin-angin barat daya yang lembab bertemu dengan banjaran Gunung Himalaya, maka tiupannya dipesongkan ke arah Dataran Ganges.  Ini menyebabkan hujan tahunan turun hingga lebih daripada 7000 mm di daerah-daerah Pergunungan Assam di India.  

Pengaruh angin yang membawa hujan ini akan menjadi kurang berkesan jika jaraknya semakin jauh ke kawasan pedalaman.  Sebagai contoh, Calcutta menerima hujan sebanyak 2000 mm setahun, Varanasi 1000 mm, Delhi 700 mm dan Lahore 500 mm.  Bahagian-bahagian pantai Barat yang menghadap angin Barat Daya di India juga menerima lebih banyak hujan daripada pantai timur.  Pantai-pantai timur Jepun dan China serta pantai-pantai negeri lain yang menghadap ke arah tiupan angin ini juga mendapat hujan yang banyak pada musim ini (kecuali sekiranya kawasan itu terletak di dalam kawasan lindungan hujan, misalnya Pantai Barat Semenanjung Malaysia dilindungi daripada Angin Monsun Barat Daya oleh BanjaranBanjaran pergunungan di Pulau Sumatera).
blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 28-7-2004 11:49 PM |All posts
Musim-Musim Antara Monsun

Semasa angin-angin monsun berubah arahnya, terdapat tempoh-tempoh yang singkat yang mempunyai angin tidak tepat arah dan keadaan udara yang sentiasa tenang.  Waktu-waktu ini dikenali sebagai musim peralihan monsun atau musim-musim antara monsun.  

Di Semenanjung Malaysia, terdapat dua musim antara monsun, iaitu pada bulan  April apabila Angin Monsun Timur Laut berubah kepada Angin Monsun Barat Daya dan pada bulan  Oktober apabila Angin Monsun Barat Daya berubah menjadi Angin Monsun Timur Laut.  Semasa kedua-dua musim peralihan yang singkat ini kebanyakan hujan yang turun adalah di dalam bentuk ribut petir yang berasal daripada hujan perolakan .

Di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, kebanyakan tempat mengalami bulan yang paling lembap pada bulan Oktober (contohnya:  Stesen Kajianan Alor Star di Kedah).  Bulan April juga merupakan bulan yang lembap di Kawasan Barat Laut Semenanjung Malaysia.  Pengaruh musim-musim peralihan tersebut ke atas suhu juga nyata sekali.  Disebabkan oleh keadaan yang tenang tanpa pengaruh angin, maka suhu boleh meningkat dengan mudahnya (terutamanya di sekitar bandar-bandar besar).  Misalnya, di Kuala Lumpur, purata suhu bulan April adalah kira-kira 27.4oC dan suhu pada bulan Oktober pula, ialah kira-kira 28.1oC berbanding dengan min suhu bulanan 26.7oC


Rajahembentukan Hujan Perolakan.
blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 28-7-2004 11:58 PM |All posts
Angin-Angin Tempatan

Di merata kawasan di dunia didapati berbagai jenis angin tempatan yang mempunyai berbagai jenis nama.  Di antaranya yang amat terkemuka ialah Bayu Darat dan Bayu Laut.  Bayu Darat bertiup pada waktu malam dan Bayu Laut bertiup pada waktu siang.  Angin tempatan ini amat berguna kepada nelayan semasa zaman kapal layar yang bergantung sepenuhnya kepada angin.

Bayu lurah (angin anabatik) adalah bertentangan dengan angin gunung.  Pada waktu siang, pemanasan lurah-lurah gunung oleh sinaran matahari akan menyebabkan udara menjadi panas dan kemudian naik ke atas mengikut cerun gunung hingga ke puncak gunung.  Udara panas yang naik ke atas semakin menjadi sejuk melalui penyejukan adiabatik dan kemudian menghasilkan awan kumulus serta hujan lebat (Rajah di bawah).


Rajah - Bayu Lurah

Angin katabatik adalah hampir sama dengan angin gunung kecuali angin katabatik dihasilkan oleh tarikan graviti (jadi amat susah untuk membezakan angin gunung daripada angin katabatik sebab kedua-duanya mengalir dari cerun atas ke cerun bawah).  Udara yang sejuk lagi tumpat di puncak gunung atau dataran tinggi adalah lebih berat lalu ditarik ke cerun bawah oleh daya graviti bumi.  Contohnya angin katabatik ialah angin mistral (Bahhasa Perancis)  dan angin bora (Bahasa Yugoslavia) (Rajah di bawah)

blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 29-7-2004 12:02 AM |All posts
Kawasan-kawasan yang terletak di pinggir gurun sentiasa mengalami angin panas dan kering yang bertiup dari gurun.  Misalnya, angin panas yang bertiup dari Gurun Sahara ke arah utara dan mempengaruhi pantai Mediterranean dikenali sebagai angin siroko.  Angin panas dan kering ini merupakan bencana sebab ia memusnahkan tanaman buah-buahan sitrus.  Di Mesir, angin ini dikenali sebagai angin kamsin dan diberikan nama angin leveci di Sepanyol.

Angin fohn dan angin cinuk merupakan angin tempatan yang dipengaruhi oleh bentuk muka bumi.  Angin fohn dan angin cinuk yang kering lagi panas terjadi di cerun banjaran gunung yang terlindung.  Angin-angin ini dihasilkan daripada percampuran lapisan udara atas dan bawah secara turbulens di cerun yang terlindung itu.  Lapisan udara atas yang mengandungi sedikit lembapan akan dikeringkan dan dipanaskan apabila ia mengalir ke aras yang rendah.  Angin fohn berlaku di Banjaran Alps di Eropah sementara angin cinuk berlaku di Banjaran Rocky di Amerika Utara.  Bagi angin cinuk, ia mula berasal dari pantai barat Amerika Utara.  Angin baratan ini bertiup dari Lautan Pasifik dan membawa hujan lebat ke pantai barat dan cerun barat (cerun yang menghadap angin) Banjaran Rocky.  Selepas angin ini merentasi puncak Banjaran Rocky dan sampai ke cerun timur (cerun terlindung), ia sudah menjadi kering (Rajah di bawah).

blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 24-8-2004 07:06 PM |All posts

eh why not ..

salam akak?
boleh tak panjangkan lagi kepada sistem angin mistral and those angins di benua eropah ...bless you..
able was I ere I saw Elba
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 25-8-2004 06:18 AM |All posts
w/salam

mok nik tau just a little things about mistral/maestral wind..


The mistral/maestral is a cold, northerly katabatic wind flowing into the Gulf of Lion from the southern coast of France. Maestrals are most common during winter and spring, although gale-force events can occur year-round. The wind is characterized by the sinking of cold air generated over the mountains and then funneled through the Garone Valley between the Pyrennes and the Massif Central and through the Rhone Valley farther east between the Massif Central and the Alps. In the winter, wind speeds can reach over 100 knots off the southern coast of France. Gale-force Mistrals often develop when cyclogenesis occurs over the Gulf of Genoa with the passage of the 500 mb trough through eastern France. The effects of gale-force Mistrals can extend into the western and central Mediterranean, creating high sea states throughout the entire region, especially blowing through the Strait of Bonifacio between the islands of Corsica and Sardinia. Mistrals are considered the most dangerous of all Mediterranean winds because of their high speeds and persistence. The maestral is the most characteristic wind in the early spring and summer.

blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 25-8-2004 10:28 AM |All posts
mok nik have some info about Mediterranean Winds System. Beside mistral/maestral wind, it has Bora—Adriatic Sea, Bora—Aegean Sea, Etesian, Levante, Mistral, Sirocco, and Westerly.

I'm tried cari info in Bahasa but it's hard to find it...

Bora--Adriatic Sea

Cold, north to northeast katabatic wind flowing through mountain passages into the Adriatic Sea east of Italy (similar to Bora--Aegean Sea). Bora--Adriatic Sea may be associated with stormy weather, with winds reaching 100 kts or more. Bora-Adriatic Sea develops in the winter when cold polar air builds over the Balkans and flows katabatically through the valleys of the Dinaric Alps and into the Adriatic Sea. As shown, Bora--Adriatic Sea flow is generally confined to the Adriatic Sea area, as the Alps to the north, and the Apennines to the west, channel the flow southwestward. Bora--Adriatic Sea can reach gale to storm-force strengths, and can extend well out to sea, but are usually confined to the coast in the northeast Adriatic. The Bora--Adriatic Sea can also be produced when high pressure over the Balkans interacts with a low in the Ionian Sea. Funneling through the Strait of Otranto can produce storm force northerlies and associated high seas

blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 25-8-2004 10:31 AM |All posts
Bora--Aegean Sea

Cold, north to northeast katabatic wind flowing from the Balkans Peninsula and the mountains of western Turkey, through the Vardar and Dardenelles gaps and finally into the Aegean Sea (similar to Bora--Adriatic Sea). The flow is confined to the Aegean Sea by the Rhodope mountain range to the north of the Aegean Sea, the Boz Daglar to the east and the Pindus mountains to the west. As the flow moves south, it is channeled and its direction changes to northwesterly flow. The gale-force Bora--Aegean Sea can also be produced when high pressure over the Balkans interacts with a low moving across Crete, south of the Aegean Sea.

blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 25-8-2004 10:34 AM |All posts
Etesian

Prevailing northerly monsoonal winds in the summer and early fall, flowing into the Aegean Sea and into the eastern Mediterranean. Etesian has a similar flow pattern to the wintertime Bora--Aegean Sea winds. The NW flow is confined to the Aegean Sea by the Rhodope mountain range to the north of the Aegean Sea, the Boz Daglar to the east and the Pindus Mountains to the west. Etesian winds are associated with clear skies and dry cool weather. Gale-force Etesians may occur as a result of thermal lows deepening over Turkey. Due to the extended duration of these winds, they can produce significant seas along the Egyptian and Israeli coasts. These steady winds seldom reach gale-force strength except when channeled through passes. The gale-force Etesian is induced by the interaction of the seasonal trough along the south coast of Turkey and high pressure over eastern Europe.

blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 25-8-2004 10:37 AM |All posts
Levante

Warm, east to northeast wind that flows from the Alboran Channel and is funneled through the Strait of Gibraltar. Gale-force Levante extends to the eastern Gulf of Cadiz. "Levanter" is the English name for this wind in the Strait of Gibraltar and Alboran Channel. Synoptically, Levante can occur in three ways: (a) high pressure over central Europe and relatively low pressure over the southwest Mediterranean, (b) high pressure cell over the Balearic Islands (Levante will be localized around the Strait), and (c) an approaching cold front from the west toward the Strait of Gibraltar. During the winter months, gale-force Levante often follow the end of gale-force Mistral events. Oftentimes, satellite imagery can depict the onset of gale-force Levante when low stratus clouds dam up along the eastern side of the Strait of Gibraltar. During the summer, gale-force Levante is generally confined to the Strait of Gibraltar.


blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com
Reply

Props Report

12Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 15-9-2014 09:59 AM , Processed in 0.337333 second(s), 23 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top