CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 56954|Reply: 64

SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

[Copy link]
Post time 7-8-2004 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Ayuh kita tunjukkan patriotisma kita dgn berbincang mengenai kemerdekaan...antara yg boleh dibincang
1. Buku2 kemerdekaan
2. Sajak2 kemerdekaan (paste sini)
3. Lirik2 lagu kemerdekaan yg berunsur sastera juga..cam Warisan
4. Pengalaman kemerdekaan...sebelum n selepas...menyambut...dll
5.a pa2 saja...janji kemerdekaan...setahun sekali jer..hari ni pon...

JGN LUPA KIBARKAN JALUR GEMILANG

Jalur gemilang
Merahmu bara semangat waja
utihmu bersih budi pekerti<
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
uncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
erpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah Jalur gemilang
Keranamu Malaysia
Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
akar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang Demi bangsa kedaulatan negara
Keranamu Negara Malaysia Malaysia...Terima kasih Malaysia !

[ Last edited by  seribulan at 2-8-2008 08:41 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2004 04:51 PM | Show all posts

Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

TUN DR MAHATHIR B MOHAMAD
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2004 04:54 PM | Show all posts
Keranamu Malaysia,
Tegakkan nusa gagahkan bangsa,
Kita susun seribu langkah, menuju ke hadapan
Bersama mensesah pekat malam, menerjah gelombang
Berlari mengejar cahaya, menepati janji di hujung jalan
Walau berdepan sejuta rintangan
Sekali pun jatuh di medan perjuangan
Namun tetap meredah, mencapai wawasan
Alangkah damainya negeri ku ini
Dilimpahi rahmat, kemakmuran dikurniai
Bangsa bersatu berjiwa waja
Semangat patriotik kian membara
Dunia sudah membuka mata
Penghormatan kini menjadi nyata
Tiada lagi penindasan
Tiada lagi penghinaan
Kemerdekaan terus terpelihara
Damainya negeriku... Malaysia

DR. Mahathir
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2004 05:01 PM | Show all posts

Sejarah Kemerdekaan



Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya.  Namun rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui.

    Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar  untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur.  Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu.  Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung selama satu minggu.

    Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung.  Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ satu usaha  ke arah memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah pembentukan negara Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa kental yang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu.

Source: http://www.cikgu.net.my/edisimerdeka/sejarah.php3
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2004 05:08 PM | Show all posts
1. 31/08/1957
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU



Tanah Melayu telah menerima pengisytiharan kemerdekaannya tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Laungan "MERDEKA" telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman,Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama keesokan harinya tepat 9.30 pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

2. 31/08/1957
PERDANA MENTERI PERTAMA
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Shah (1903 - 1990)
BAPA KEMERDEKAAN

Perdana Menteri Malaysia pertama dari 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970. Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bergema di seluruh pelusuk Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Negara tidak dijajah lagi. Bermulalah demokrasi berparlimen di mana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Agong yang pertama. Gabungan parti politik yang mewakili tiga bangsa majoriti negara; Melayu, Cina dan India di bawah Parti Perikatan berjaya membawa perubahan dan menjadi asas perpaduan hingga ke hari ini. 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan dan perancangan pembangunan negara bermula demi kesejahteraan rakyat.

3. 5/08/1957
PEMILIHAN LAGU KEBANGSAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Lagu Terang Bulan, lagu kebangsaan negeri Perak telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Pemilihan ini dibuat oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra.Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Walau bagaimanapun lagu Terang Bulan telah terpilih kerana ia mempunyai unsur kemelayuan.Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu. Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1 000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'NegaraKu' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2004 05:10 PM | Show all posts
28/07/1960
BUNGA RAYA DIISYTIHARKAN SEBAGAI BUNGA KEBANGSAAN

Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Di akhir pada tahun 1958 Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk pemilihan iaitu; bunga kenanga, bunga raya, bunga melur, bunga teratai, bunga mawar, bunga cempaka dan bunga tanjung.

16/09/1963
PERISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 1963 seiring dengan dentuman 101 das tembakan meriam dan teriakan "MERDEKA", Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kelahiran sebuah negara baru kepada seluruh dunia iaitu Malaysia. Stadium Merdeka yang dibanjiri oleh 30,000 rakyat Malaysia telah bergema kembali dengan laungan semangat rakyat seperti 6 tahun yang Ialu dalam tahun 1957 ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya. Upacara membaca Deklarasi Penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor-gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negara yang baharu di dalam Persekutuan Malaysia laitu Lee Kuan Yew, Donald Stephens dan Stephen Kalong Ningkan. Upacara ini telah dihadiri juga oleh Kabinet, anggota-anggota diplomat asing di Kuala Lumpur serta wakil-wakil dari Kerajaan-Kerajaan yang telah dijemput khas.

9/08/1965
PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA

Singapura telah dipisahkan dari Persekutuan Malaysia. Kemasukan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16/09/1963 telah melepaskan Singapura daripada belenggu penjajahan Inggeris dan menjadikan Singapura sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2004 05:12 PM | Show all posts
1/09/1967
BAHASA MELAYU DIISYTIHARKAN SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967.

13/05/1969
TRAGEDI 13 HB. MEI, 1969

Pada hari ini dalam tahun 1969, telah berlaku satu peristiwa yang hampir-hampir menghancurkan keutuhan negara yang dikenali sebagai Tragedi 13 Mei. Tragedi yang menggugat keutuhan negara ini adalah ekoran dari pilihanraya kebangsaan yang telah berlangsung pada 10hb Mei 1969 di mana emosi dan sentimen perkauman telah disuarakan dengan begitu lantang. Keadaan ini telah digunakan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan-tujuan politik mereka. Hasil dari pilihanraya ini Parti Perikatan telah berjaya menubuhkan kerajaan sekali lagi tetapi dengan kelebihan undi yang kurang dari kemenangan-kemenangan yang lampau dan tanpa perwakilan dari MCA.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2004 05:13 PM | Show all posts
22/09/1970
PERDANA MENTERI KEDUA Tun Abdul Razak Dato' Hussein (1922 - 1976)
BAPA PEMBANGUNAN

Perdana Menteri Malaysia kedua dari 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976. Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada zamannya untuk membasmi kemiskinan serta menaikkan taraf ekonomi rakyat tanpa mengira kaum. Kesungguhannya memperbaiki kehidupan rakyat terbukti menerusi rancangan FELDA, program Buku Hijau dan berbagai lagi perancangan yang mengajak rakyat memajukan negara. Bagi menjamin perpaduan rakyat berbagai kaum menerusi parti politik, Barisan Nasional ditubuhkan. Tun Razak meletakkan asas yang menjadikan rakyat Malaysia kukuh bersatu ke arah pembangunan negara.

15 Januari 1976
TUN HUSSEIN ONN - PERDANA MENTERI MALAYSIA KETIGA

Tun Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri ketiga pada 15 Januari 1976 dan dikenali sebagai Bapa Pendidikan Malaysia. Pemerintahan beliau dikenali sebagai Zaman Pepaduan Negara (1976-1981). Perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat berbagai kaum di negara semakin kukuh dan menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Negara menuju kematangan dalam politik dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi yang semakin terserlah.(1976-onn.jpg)

16/07/1981
MAHATHIR MOHAMAD - PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE 4

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat pada 16 Ju1ai 1981 hingga kini. Pemerintahan beliau dikenali sebagai Era Pembangunan Perindustrian dan Globalisasi. Dasar Pandang Ke Timur, projek kereta nasional, pelaburan dalam industri menyumbang ke arah kepesatan ekonomi negara. Kini Malaysia menjadi contoh dan ikutan negara-negara membangun terutama negara Dunia Ketiga (1981-mahathir.jpg)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2004 05:15 PM | Show all posts
Semua maklumat di atas dipetik dari laman web: http://www.cikgu.net.my/
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2004 06:36 AM | Show all posts
Keranamu Malaysia

Sebagai warga pesada tercinta
Kami sentiasa sedia
Mempertaruhkan kudrat
Siaga berdiri di medan
Pada garis paling hadapan

Biar berputih tulang
Daripada berundur ketakutan
Membiar musuh mencuri kesempatan
Tanpa rela berputih mata
Membiar anak bangsa ditekan dan dihina

Keranamu Malaysia
Kami anak pasca merdeka
Bukan sekadar melafazkan setia
Malah menyanggupi apa saja
Kendatipun nyawa galang gantinya!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2004 06:36 AM | Show all posts
Mantera Patriot Bangsa

Kita langir keris pusaka
Dari cita semangat waja
Biar membara dupa bangsa
Dengan tangkas pencak
Sang wira di medan laga

Keramat loknya ditempa pandai besi
Ditinta kursani digenggaman pejuang sejati

Hei, tangkas langkahmu di tengah gelanggang
Bagai kijang bermukin di hutan
Kemas pencakmu berhadapan lawan
Bagai sang harimau siaga menerkam

Hei, jati diri kau pasakkan
Musuh kau tumbangkan
Rantai penjajah kau leburkan

Tegak sendi maruah bangsa
Pencak budi memaknakan merdeka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2004 06:58 AM | Show all posts
PEJAM celik pejam celik, tanpa kita sedari, negara kita akan menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan yang ke-47. Jangka masa 47 tahun itu bukanlah suatu tempoh yang singkat. Bagi manusia, seseorang yang berusia sedemikian bolehlah dianggap seorang yang dewasa, matang dan mampu berdikari. Namun begitu, kita janganlah berbangga dengan 'status' berkenaan kerana masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dan dimantapkan.

Dalam usaha untuk menyemarakkan sambutan dan perayaan kemerdekaan ini, seluruh rakyat dan penduduk haruslah komited dalam sama-sama menghayati dan menceriakannya. Kita hendaklah menyemai semangat kebangsaan dengan penuh perasaan patriotik. Nilai dan unsur patriotisme adalah sangat penting untuk dihayati terutama sekali oleh generasi remaja dan belia harapan bangsa. Dengan memiliki semangat cintakan negara, anak-anak watan akan lebih bertenaga serta berdisiplin untuk menolak gejala-gejala yang boleh merosakkan dan memporak-perandakan keharmonian negara. Seperti tahun-tahun yang sudah, komitmen kita yang bersepadu adalah sangat-sangat diharapkan dengan pengibaran jalur gemilang di rumah-rumah persendirian dan agensi-agensi kerajaan.

Mengimbas kembali hala tuju negara sejak dua dekad ini, Malaysia telah berupaya mengorak langkah dan meneroka jalan-jalan kemajuan ke arah yang lebih dinamik. Dengan bermula dari bawah, kini kita sudah mampu untuk 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' di arena serantau mahupun antarabangsa. Jati diri inilah yang perlu ada di dalam sanubari kita. Kita hendaklah mengenal jati diri kita sendiri dan tidak terikut-ikut dengan rentak orang lain. Tanpa mengenal diri sendiri, kita tidak akan mempunyai arah dan matlamat perjuangan di masa hadapan.

Ia secara tidak langsung adalah selaras dengan cita-cita dan hasrat Kerajaan untuk meluaskan lagi daya saing kita dalam perspektif yang luas yang meliputi bidang sosiobudaya, politik, ekonomi dan kenegaraan. Ia merupakan satu faktor yang penting dan utama di dalam memperjuangkan dan memperkasakan kedaulatan hidup bernegara.

Di samping itu, sempena Hari Kemerdekaan ini, kita juga dinasihatkan agar terus mengukuhkan ketahanan diri sebagai umat Islam. Mempertahankan dan menjunjung setia negara kita yang berdaulat ini berlandaskan ajaran-ajaran agama Islam menurut falsafah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Kita mestilah berusaha dengan gigihnya mendalami ajaran-ajaran agama Islam, mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh sehingga mempunyai asas keimanan yang teguh dan tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang boleh merosakkan aqidah.

Dalam konteks ini, kita haruslah bersyukur kerana warisan adat resam turun-temurun di negara ini masih lagi dikekalkan bak kata pepatah 'tak luput dek hujan tak lekang dek panas'. Sistem kekeluargaan yang kita warisi sejak zaman-berzaman, sifat pemedulian, kerjasama yang baik dan hubungan silaturahim yang erat di antara pihak kerajaan dengan rakyat serta penduduk negara ini merupakan unsur-unsur keberkatan yang dilimpahkan oleh Allah Subhanahu Wataala ke atas negara kita. Dengan izin dan rahmat-Nya jua, sama-samalah kita berdoa semoga kita akan terus menikmati kemakmuran dan kesejahteraan yang berterusan di bumi Malaysia tercinta.

Merdeka
Merdeka
Merdeka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2004 09:36 AM | Show all posts
Mok,

Ni gubahan sendiri ker?
atau gubahan org lain??
bestnya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2004 09:51 AM | Show all posts
sajak2 tuh mok nik paste dari email yang diterima. nama pengarang tidak pula di beri, sebab itu mok nik tidak meletak kan nama pengarang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2004 09:54 AM | Show all posts
ooo..ok...ingatkan Mok yg buat...
dah nak terkesima ni...heheeh..

psst, Mok...kalo kat sana..biasanya
camna sambut merdeka ek??
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2004 10:54 AM | Show all posts
sambut merdeka msia ker 4th of july?

kalau merdeka msia tak ader ler apa2 kat sini..sebab kat miami nie tak ada msia consulate...tapi masa kat NY dulu sempat merasa suasana kemerdekaan di msia consulate

4th of july sini, sambut dgn fireworks...berdentum sana berdentum sini..macam musim rayer cina zaman tak haram main mercun ..rumah mok nik dekat dgn beach..jalan kuar masuk sesak tiap kali 4th of july sebab biasanya kat beach of miami ada fireworks dan consert besar2an masa itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2004 01:41 AM | Show all posts

Logo dan Tema Hari Kemerdekaan


1976: KETAHANAN RAKYAT


1977: BERSATU MAJU


1978: KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN


1979:BERSATU BERDISIPLIN


1980: BERDISIPLIN BERBAKTI


1981: BERDISIPLIN BERHARHARMONI


1982: BERDISIPLIN GIAT MAJU


1983: BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN


1984: AMANAH ASAS KEMAJUAN


1985: NASIONALISME TERAS PERPADUAN


1986: BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH


1987: SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2004 01:49 AM | Show all posts

Logo dan Tema Hari Kemerdekaan


1988: BERSATU


1989: BERSATU


1990: BERJAYA


1991: WAWASAN 2020


1992: WAWASAN ASAS KEMAJUAN


1993: BERSATU MENUJU WAWASAN


1994: NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN


1995: JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN


1996: BUDAYA PENENTU KECAPAIAN


1997: AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA


1998: NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA


1999: BERSATU KE ALAF BARU


2000/2001/2002/2003: KERANAMU MALAYSIA

[ Last edited by Tok_Batin on 9-8-2004 at 01:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2004 03:31 AM | Show all posts



Sejarah Jalur Gemilang

Pada tahun 1949 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung rekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sebanyak 373 penyertaan telah diterima di mana tiga rekaan bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2004 03:44 AM | Show all posts
link tentang sejarah ringkas pejuang kemerdekaan abad ke-20




http://malaysiakita.tripod.com/abadke20.html

laman web yg ringkas mengenai sejarah kemerdekaan dan padat dengan tarikh-tarikh penting serta tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan di Tanah Melayu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.301940 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list