CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5592|Reply: 8

Keadaan Sebenar Banglo 'Misteri Dilaila' Rupanya Lebih Menyeramkan!

[Copy link]
Post time 4-2-2021 09:25 PM | Show all posts |Read mode
Keadaan Sebenar Banglo 'Misteri Dilaila' Rupanya Lebih Menyeramkan!



Filem Misteri Dilaila telah pun ditayangkan pada minggu lepas dan rata-rata memberi reaksi positif baik dari segi jalan cerita, lakonan dan elemen misteri/seram ditampilkan.

Namun satu perkara yang wajar diberi pujian adalah tentang aspek rekaan set penggambaran di banglo terbabit. Tampak mewah namun masih mengekalkan elemen seram.

Walau bagaimanapun, tahukah anda sebenarnya keadaan asal banglo ini tidaklah seperti yang anda lihat di dalam filem? Ia sebaliknya lebih seram daripada digambarkan.




Rojak Daily berkesempatan pergi ke Bukit Fraser untuk menyaksikan sendiri banglo digelar sebagai Banglo Pekan ini. Kami mendapat bantuan daripada penduduk yang merupakan imam di Masjid Sultan Mahmud Bukit Fraser iaitu Ustaz Ubaidullah.

Anda boleh lihat gambar di dalam banglo ini.







Di bawah pula merupakan hasil banglo selepas diubah suai oleh pihak produksi. Ia telah dimuat naik oleh pengguna Twitter.






Kisah Seram?

Menurut Ustaz Ubaidullah banglo ini pada awalnya dibuka kepada orang awam untuk menyewa bilik, namun disebabkan berlaku masalah pengurusan dalaman, maka ia dibiarkan kosong.


Jelasnya, banglo ini mungkin nampak seram, namun ia tidaklah hingga menggangu pemikiran penduduk setempat. Katanya, sesekali kedengaran juga kisah-kisah seram berkaitan banglo terbabit.




“Paling baru adalah ketika di set penggambaran Misteri Dilaila yang mana terdapat krew yang mengadu barang-barang mereka secara tiba-tiba dialihkan,"katanya.

Tidak cukup dengan itu, menurut ustaz ini lagi, terdapat satu bahagian iaitu di tangga hujung rumah ini dikatakan agak seram. Terdapat cerita yang mengatakan penduduk mendengar bunyi kanak-kanak bermain di bahagaian tangga terbabit.

Seram? Kalau anda yang mahukan lebih lagi kisah misteri dan seram, boleh lah menonton filem Misteri Dilaila yang telah pun ditayangkan di pawagam berhampiran. Anda boleh lihat bagaimana banglo ini digunakan sebagai set penggambaran utama.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan cerita zul arifin tu ker.. ke citer lama up balikk
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:43 PM | Show all posts
Cantiknya bila dah dapat sentuhan ID. So dah boleh sewa tak banglo ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 11:08 PM | Show all posts
husie91 replied at 4-2-2021 09:40 PM
Ni bukan cerita zul arifin tu ker.. ke citer lama up balikk

betul lah.. baru tau memang berhantu rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 11:17 AM | Show all posts
Edited by hatikudus at 5-2-2021 11:19 AM

Dah lama tak pi Bukit Fraser, mmg best utk berehat. Cuma jalan nak ke sana tu seriau.
Byk banglo2 samada yg terjaga & masih disewakan atau yg terbiar pun byk...rasa mcm nak masuk tgk satu2  
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 12:02 PM | Show all posts
mcm dlm MV clip lagu peluang kedua pun ada jugak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-2-2021 02:02 PM | Show all posts
hatikudus replied at 5-2-2021 11:17 AM
Dah lama tak pi Bukit Fraser, mmg best utk berehat. Cuma jalan nak ke sana tu seriau.
Byk banglo2 s ...

jom kita sama2 terjah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 02:19 PM | Show all posts
piao replied at 5-2-2021 02:02 PM
jom kita sama2 terjah

Hahahahh...iols seram jugak jalan nak ke sana tu...curam berliku & nak2 musim ujan ni...seriauuuu tanah runtuh ke apa ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2021 02:46 PM | Show all posts
hatikudus replied at 5-2-2021 02:19 PM
Hahahahh...iols seram jugak jalan nak ke sana tu...curam berliku & nak2 musim ujan ni...seriauuuu  ...

xpe kita naik HELI


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.493235 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list